Monday, 28 March 2011

Perempuan Pemboros!

Anda suka duit?
::Sapa tak suka duit memang pelik la...::

Hari sabtu yang lepas macam biasalah... keluar dengan encek driver si buah hatiku. Sebelum keluar aku check baki akaun dulu kat Maybank2u... horeyyy!! gaji sudah masuk! Awal pulak kali ni. Ketawa dengan riang. Joget-joget sikit sebelum pergi mandi. Masa tu tengah chatting dengan si dia terus decide kate tak jadilah pergi Dataran Merdeka tengok konsert kita pergi Sunway Pyramid shopping dan tengok wayang. Ngeeee... :D  

Shopping... shopping... makan... makan... tengok wayang cerita Sucker Punch aku belanja sebab aku yang paksa dia tengok. Ok.. Lagi pun gaji dia belum masuk so aku bayar semua (-_-"). Balik dari tengok wayang singgah Uptown Shah Alam pulak sebab aku nak buat rawatan resdung. Kena RM38. Ok.. duit mengalir keluaq macam ayaq... Ngeee... dalam kepala taknak kira berapa dah yang tinggal dalam purse.

Bab perabih duit ni aku memang no.1, lepas tu bila dah bayar sewa rumah, bayar bil semua, tengok baki akaun mula la meleleh ayaq mata... Duit dah habih... wuwuwuwuwu... makan lauk kicap ngan telur la lepas ni. Dasar pemboros! Haihhh... Bila la nak start simpan duit nak kawen ni?! Encek driver pun selalu bising dan nasihat suruh berjimat. Simpan duit nak beli kereta dan kawen. Sampai bila nak mengharapkan dia jer jadi driver aku kalau nak kemana-mana (Aihh.. dah kata dah jawatan driver peribadi aku dia sorang ja yang pegang). Tapi... tapi... kan.. mata aku ni kan.. tak boleh tengok la... rambang mata mesti nak keluar duit gak nak shopping! Kalau tak dapat shopping kat luar, dekat opis depan pc ni pun boleh. Kelik-kelik aje ha... ha tengok... contonhnye pada petang sabtu lepas dapat tau gaji dah masuk tu, belum mandi lagi tu sebelum nak keluar dating, aku dah kelik-kelik kat blog Tennielicious beli contact lens baru. Haiyaaa!!!

Hujung bulan April ni Bff aku kawen. Alamak!! Hadiah dia tak tempah lagi! Duit lagi... Nangis kejap (T_T). Aku bercadang nak kasi sesuatu yang special. Nak kena tempah awal-awal. 15 April pulak birthday my bf encek driver kesayangan. Hadiah lagik! hutang PTPTN tak bayar lagik. Hmm... Padan muka sebab shopping dan berjimba-jimba tak hengat dunia lepas dapat gaji... Padan muka kau Chieda. Sila nangis sekarang.

::Ohh itu teruk sangat nangis tu. Tak tak..::

::Uishh teruk muke nangis camni.::

::haa ok.. Nangis malu-malu.. ehhe::
Encek bf... selepas anda dapat gaji, saya mau beli sesuatu.... nk pinjam bulehhh?? Teheeee... :D (Tak sedar diri lagi T_T")

credit gambar: Google

2 comments:

nn said...

mak aih. shopping saja bila ada duit sampai lupa nak priorities benda penting.

i pun sometimes macam tu jugak. haha. pantang ada sale.

my mom on the other hand, agak thrifty. in a few years, sekali je beli handbag and kasut.

Cida said...

hihi.. tak sedar diri lepas dapat gaji. bila duit dah takde baru menyesal. tak tau bila nk tgglkan tabiat buruk ni.