Wednesday 29 June 2011

Transformers: Dark of The Moon

Semalam aku dan encek bf pergi tengok tayangan premier Transformers dekat Times Square. Aku dapat dua tiket free. Tengok kat panggung Premier Class hokehh. Huhuhu...

Kali ni ada banyak pelakon baru antaranya Patrick Dempsey (Si doktor dalam Grey's Anatomy) yang bertukar jadi orang jahat dalam cite ni bersengkongkol dengan Decepticon. Sejak awal-awal lagi aku da dapat agak dah die ni ada agenda tersembunyi sebab tibe-tibe baik sangat nak adiahkan kete la ape la kat pekerja die si Carly gf Sam. Pastu watak-watak lama yang kembali lagi seperti husband Fergie Black Eyed Peas yang kacak tu si Josh Duhamel (Lennox), Tyrese Gibson (Epps), John Turturro, parents Sam yang kalut dan semestinye robot-robot yang bleh bercakap tuh. Huhu..

::Josh Duhamel, husband Fergie yang kacak! I lOikes!::
::Patrick Dempsey dan Carly::

Cerite ni bermula dengan peperangan di Cybertron diantara pihak Autobots dan Decepticons. Autobots kalah dan ketua diorang Sentinel Prime cuba untuk launch The Ark, Autobot spacecraft dari planet diorang yang membawa satu teknologi hebat yang boleh menyelamatkan umat eh.. spesies diorang.. eh.. diorg ni nak cakap apa eh.. spesies ker hape ntah.. ahh lantak la... Semasa pelancaran The Ark, Starscream menyerang dan The Ark crashes kat Bulan. Masa tu tahun 1961. Kebetulan masa tu Presiden Amerika John F. Kennedy kuar kat TV berjanji pada rakyat untuk menhantar manusia pertama ke bulan. Huhuhuhihihiu... Pada tahun 1969 NASA pun hantar angkasawan pertama ke bulan yang sebenarnya tujuan diorang adalah untuk menyiasat kapal angkasa The Ark yang terkandas kat bulan tu.
::Sentinel Prime::

Sam Witwitcky pulak dah dewasa... Dah tamat kolej dan tengah menganggur. Die duduk serumah dengan gf baru die Carly. Scene mula-mula Sam and GF die bermula diatas katil hokehh... Tak berapa sesuai untuk anak-anak la aku rasa. Aku takpe le dah besar (motif? T_T). Bagi aku Carly ni asyik-asyik nak cantik jer. Watak die tak menyerlahkan bakat die pun. Ohh.. I miss Mikaela (T_T) I want Mikaela back! Hmmm... Autobots pulak sangat-sangat sibuk dengan misi sampaikan Sam kene naik kete buruk hehe.. sebab Bumblebee busy (chomell...)
::Sam and Carly... hurmmm.. xde chemistry lansung aku tengok.. x beshh arr pompuan ni.::

Selepas diorang sume sedar yang ada rahsia besar tersembunyi di sebalik bahagian sebelah bulan yang gelap... Diorang sedar akan kemusnahan besar yang bakal berlaku kalo teknologi tu terjatuh kat tangan Decepticons... dan Sentinel Prime yang berpaling tadah... hurmmm.. errrr.. aku tak tau la nak cite camne.. tak reti nak wat ayat... ehh waitt.. tanak ahh spoil cite. Transformers kan kuar arini.. ha sile la korang sume pegi beli tiket dan tengok sendiri yek. Huahahahhaha

But aku still tak boleh nak masuk dengan watak Carly (Rosie Huntington-Whiteley, si bibir sexy.. pehh) gf baru Sam Witwicky... Aku lebih suka Mikaela lakonan Megan Fox (aku kan kipas susah mati Cik Musang tu... heheh).. Serius aku rindu nak tengok Mikaela yang ganas-ganas tu. Hukhuk! Digambarkan konon-kononnye ex gf Sam (Mikaela lakonan Megan Fox) tu yang dump Sam dulu. Hmm.. macam tu jer diorang matikan watak Megan Fox. Love interest Sam yang baru ni merupakan seorang model English dan die lagi tinggi dari Sam nampak macam tak sepadan jer. (Nak jugak watak Mikaela tu.. uhukkk)



Rate yang aku bagi kali ni?





3/5 star jer... sebab takde Mikaela.. sobb.. sobb... 

Tuesday 14 June 2011

A Journey To The South (Part 1)

5 June lepas aku pergi Singapore. Aku ngan family kakak aku pergi Universal Studio jer. Walaupun cuaca tak berapa mengizinkan tapi best la jugak. Huhuhuhu

Sabtu, 4 June pagi-pagi lebih kurang pukul 8 kitorang dah gerak. Tengahari dah sampai JB dah. Singgah kat Danga Bay jap snap gambar sekeping dua.


::Tak ada orang pun.::






Agak mengecewakan sebenarnya. Kitorang expect Danga Bay ni macam satu tempat pelancongan yang agak havoc ngan pelancong-pelancong tapi yang ada hanyalah bangunan-bangunan tinggal dah rosak. Kenapa diorang tak jaga? Hurmm... Tak ada orang pun yang singgah. Kitorang jer yang dok excited nak berenti singgah.

Sebelum check in kat Tune Hotel kitorang lunch la dekat satu-satunya restoren yang ada berdekatan ngan Danga Bay ni. (T_T). Restoren Bumbu Asli. Boleh la dari takde.


Tepat-tepat pukul 2 petang barulah boleh check in kat Tune Hotel. Huhu.. Boleh tahan la hotel ni. First time duduk kat Tune.




 Aku tido sebilik ngan anak-anak buah aku. huhu Riuh bilik!


Malam lak kitorang dinner ikan bakar kat satu tempat ni. Lupa lak nama tempat makan tu. Almaklum la.. lauk kurengg terus tak ingat. Huhuhu... Ape la nasib. Tempat tak best. Makanan tak syok. Tak berapa sedap. :p


Haaa.. tapi otak-otak die sedap! Habis semua anak-anak buah aku makan.


Lepas tu kitorang merayau-rayau jer area Danga Bay then singgah kat Pasar malam. Terjumpa la satu badut comel ni. Haha first time jumpe badut yang bambam camni. :p



Dah puas merayau di sekitar bandar JB kitorang pun balik tidur. Esoknye nak pergi negara sebelah. Dekat je beb. Macam pelik jer sebab dekat nak mampus tapi nak masuk kene pakai passport. Haha.. ape-ape jelah. Aku yang jakun sket (T_T).


to be continued...


Monday 13 June 2011

Batuk Gatal...

Asyik busy jer kebelakangan ni. Penat. Asal balik rumah jer terus terlentang tido. Sekarang ni pulak kena batuk-batuk. Adoih.. Batuk gatal pulak tu. Rasa cam nak garu-garu jer tekak ni. Tension lah. Hari ni kepala sakit tapi kena kerja jugak sebab ramai yang cuti so aku tak boleh la MC. Hukhuk... 

Nak balik rumah... Nak balik rumah... cepatla 5.30..... lalalalalalalala..

Begitulah awan nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nano nanoooooooo.....
:p

 JOzan terbaekkkkk!!!

Friday 3 June 2011

An Interesting Story...

An Interesting Story...

Two cats decide to marry.

They had a sweet married life

They got their first baby
And the second

First step for their babies

Mother worked hard for her family needs

and the father gets to play and has a girlfriend

The children's grow up without care and became bad boys

One of them became terrorist

The other stay in night clubs

and decided to kill himself out of depression

When dad heard that, he got heart attack

Mum lost her mind and became crazy

Moral: Give time to your family
" Life was much simpler when APPLE & BLACKBERRY were just fruits"

P/s: My bos forward this to me. Hehehe... Share kat sini coz nampak chomell jer gambo kucing-kucing tu. Hahaha


Thursday 2 June 2011

Perhimpunan Hari Belia Negara...

Haaa... korang pegi tak?

Bermula dari hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Ada beratus-ratus aktiviti yang dianjurkan. Aku ngan bf sempat la singgah jap dalam sejam lebih kat Putrajaya tu. Meriah betul. Ramai betul orang sampai nak cari parking pun susah. 


Actually aku tak terfikir pun nak pergi Putrajaya ahad lepas. Kebetulan jer bf aku ajak temankan dia pergi Seri Kembangan jap. Alang-alang dah dekat pergi jelah tengok-tengok sat.




Sampai-sampai jer dah dekat pukul 6 petang. Sempat la snap gambar sepam dua dengan kete kebal. 




::Ok serius.. aku ngaku aku dah tak kurus sangat dah. Berat aku dah naik wohh.. nak kena tukar dah ayat kat header atas nu.::
Then pergi makan kat stall berdekatan Jom Heboh TV3. Aku order bihun sup bf aku lak order nasi ayam. Pehhh.. sup dia cair macam air semata-mata jer. Potong betulla. Dah la mahal semangkuk kecik bihun sup tu sampai RM5 tapi tak sedap lansung. Chehhh!!! Meniaga tak ikhlas! Huh... Mahal sangat ker sewa tapak tu sampai garam pun tak mampu nak beli.


Bf aku lak sibuk-sibuk nak cari venue pertandingan apa tah yang macam Japanese warrior tu aku pun tak tau. Last-last tak jumpe pun. Bukannya semua ada kat Presint 2 je kan. Maybe kat presint 4 kot. Ntah la. Nampak macam best jer kan. Agak rugi lak aku rasa sebab pergi lambat. Harap-harap tahun depan ada buat lagi macam ni. 

Teringat dulu masa tingkatan 3 aku pernah buat persembahan Silat sempena Hari Belia peringkat kebangsaan. Masa tu zaman PM Mahathir Mohamad. Dia ada datang dan aku tengok dia depan-depan mata buat kali pertama. Perghhh kagum. Putih gila kulit dia. Ahaks!

Lepas tu kitorang terus gerak ke Midvalley tengok wayang citer Pirates of The Carribean. Baru nak tengok sebab gaji baru masuk. Hehehehehe... Tu pun ondaway balik dari Putrajaya nak terus ke Mid bf aku boleh sesat plak dah. Haihhh.. da banyak kali kitorang pergi Putrajaya bleh plak kali ni tak jumpa jalan. Kwang kwang kwang kelakar betul. Last-last kitorang masuk wayang dah terlewat 20 minit. Cerita dah start dah pun. Jack sparrow pun dah kena tangkap ngan pihak istana dan dihadapkan kehadapan Raja diorang yang gemuk tu. Hahahaha!


Ape-ape jelah...