Saturday 22 August 2015

Abah's 33rd Birthday

Assalamualaikum...

Sempena dengan birthday husband yang ke 33, kitorang bercuti ke Lumut Perak. Bercuti dekat-dekat jer sebab Helena pun baru masuk 6 bulan. Tak berani lagi nak bercuti jauh-jauh memandangkan hari tu dah kene warded sebab ada jangkitan.

Boss bagi voucher Swiss Garden - OSK Shareholder Room hehehe.. dapat la murah untuk bilik Garden View di Swiss Garden Beach Resort Damai Laut. Kami stay situ 2 malam. 

Gambar pwincess Helena jer berlambak. Gambar birthday boy takde. Ahahahaha kesian abah!

::Mandi laut for the first time::
Hari kedua bawak Helena ke Pulau Pangkor naik feri. Hihi.. sewa kereta buruk RM60 kot (tak ingat) round-round satu pulau pangkor. Lepas tu naik feri balik semula ke Lumut. pergi time weekdays memang takde mende.. haih.. pelancong pun takde. kitorang bertiga jer... pergi time weekends baru seronok kot.


Balik dari Pangkor mandi pool kat resort pulak. Itu je la aktiviti 3 beranak.



Time malam lak kitorang keluar makan ikan bakar kat luar. hoi sedapnya teringat-ingat! itu jer la percutian simple kami. Satu jer nak komen psl Swiss Garden Damai Laut ni... Banyak sangat lalat sampai dalam bilik. Aku sedut milo ais tapau dari kedai luar tersedut lalat. muntah hijo! mencik!

ok bai!