Kali ni nak review pasal kad kahwin. Kad kahwin aku tempah di Kad Kahwinmu di Pandan Indah. Mula-mula aku dan suami booking masa di Wedding Fair di SACC Shah Alam. Team Kad Kahwinmu ni ada bukak booth kat situ. Belek punya belek kami berkenan nak tempah dengan diorang. Isi form dan bayar RM200. Diorang pesan nanti lagi 3 bulan sebelum majlis boleh datang kedai pilih kad dan design.
Bila dah masuk bulan March, kami pun pergi la mencari kedainya di Pandan Indah tu. Boleh sesat jugak la guna Waze. Huhuhuhu... dah jumpa kedai, pilih-pilih kad dan design yang berkenan. Kami pilih kad kahwin unik. Design berlapis-lapis. Harga RM1.80 sekeping minimum 1000 keping kad.
Antara barang percuma yang kami dapat sebab pilih kad kahwin unik ialah 2 pcs bunting/banner (kami pilih bunting dua-dua sebab boleh guna untuk kedua-dua majlis), gift box 1000 pcs, VIP gift box 25 pcs, guestbook, thank you tag 1000 pcs, button badge 10 pcs, arrow sign 2 pcs, potrait poster 1 unit. Best kan... dah jimat kat situ tak payah nak pergi tempah asing-asing. Sekaligus semua dah dapat.
Kami pergi hanya sekali jer ke kedai kad kahwinmu sebab selepas tu kami berurusan melalui email jer. Hantar draft, komen-komen apa yang tak suka, hantar gambar contoh dan last sekali dah siap print semua baru pergi ambil hasilnya. Memang puas hati dan senang bekerjasama dengan diorang.
Antara contoh-contoh draft...
hasilnya...
Gambar kad dan guestbook je sebab gambar-gambar bunting, button badge dan free gift semua takde sapa nak snap hahahaha...
Sebenarnya banyak lagi design-design yang cantik-cantik dengan harga yang berpatutan. Kad yang bawah RM1 pun ade. Kalau berminat boleh la masuk website kadkahwinmu dan usha-usha the latest design.
ok lah tu jer...
No comments:
Post a Comment