Saturday, 9 July 2011

A Journey To The South (Part 2)

Mak aih... Lama gila aku peram entry ni. Agak sibuk sampai tak sempat nk update. Sambungan dari SINI... Ini entry bergambar.

Awal-awal pagi lagi kami dah bangun. Kami akan ke Singapore naik shuttle bus jer. Tak silap aku RM25 seorang pergi dan balik ke Singapore atau paling tepat ke Universal Studio di Sentosa Island tu. Dekat Tune hotel memang dah tersedia counter jual tiket shuttle bus ni. Rasanya setiap hotel kat JB ni ada perkhidmatan shuttle bus ke USS Singapore tu. Senang kan. Tak payah nak stay kat hotel Singapore. Mahal. Stay kat JB jer then pergi USS naik bus jer. Huhu... Jimat!

Pukul 8.30 pagi bus mula bergerak.Huhu..

::Muke Sarah masammm jer.. haha::

Lepas check imigresen ape sume. Kami pun masuk Singapore.. hehehe jakun giler aku. Tapi sampai-sampai je ke Singapore hujan turun lebat gile.

::Hujan lebat! uhukk::
::Kaunter tiket USS::
 Kat pintu masuk USS memang wajib amik gambar ni hokehh.. hahaha


::Tadaa.. aku ngan Haqimi.. yg ni sebenarnye gambar time petang.. kuar kejap pegi depan tu.:
Dan oleh kerana Singapore hujan lebat kami pun terpaksa bertukar jadikkk.... Orang Kuningggg!!! Boleh keje jadi maskot DIGI nih. hahaha

::orang kunin :p::
 Di dalam USS....

Ni rumah Shrek..


::Jalan ke jamban shrek::
Haa.. yang ni bende yang mula-mula kami main! Hahaha.. first time kot aku naik. Kat Malaysia bukan takde tapi tah la.. kat sini baru nak naik.

::Tunjuk bontot::

::Bontot orang..::
Ni gambar rollercoaster yang bakal aku naik kejap lagi. Phewww.. Nak beratur nak naik mende ni pun dekat 40 minit dowh...


Welcome to Madagascar...

Kat dalam ni ada bot bawak ronda kat dalam tu tapi kitorang tak sempat naik sebab masa tu ada masalah teknikal..

Then kitorang lapar, kat sini ada foodcourt kat depan Jurassic Park tu and kitorang terus jer la serbu. Lepas tu kitorang tengok ramai Chinese jer sampai la satu mamat melayu pekerja kat situ tegur kata sini Non-Halal. Cafe yang halal ada di area Eqypt tu. Yang ada patung-patung firaun. So, apelagi trus gerak kesitu..

::Besar gile patung-patung firaun tu..::

::Kat dalam ni ada rollercoaster dlm gelap. Aku masuk ngan nephews aku. huhu Best jugak la!::
Kitorang makan dekat Oasis Spice cafe ni. Indian food jer ade. Sedap.. Cafe ni betul-betul kat depan pintu masuk Rollercoaster yang ada patung pengawal hitam besar tu... Ada logo halal disitu...

:: Pintu masuk Cafe::

::Suasana dalam Cafe::

::makanan aku.. Nasi beriani ape tah... huuuu sedappp.. lapar giler licin aku makan::
Lepas makan masuk Jurassic Park. Bestttt sangat naik boat kat dalam tu. Korang kene try la pegi sendiri. Aku takde la letak gambar aku naik boat and main game kat dalam ni. Nanti basah camera aku!




Sini lak Waterworld. Kitorang sempat la tengok watershow. Last show pukul 6.30 petang. Menareks!



::Ada banyak lagi gambar tapi malas nk letak::
Pusing-pusing sekitar USS









::Bende ni aku naik.. hahahahhaha!!!!::

::miss woodpecker::

:::Belakang aku tu natang apa tah..::

::Alien dari Planet Nameck?::

::Huwaaa... Aku tak sempat amik gambar ngan Puss in Boot! Aku ngan anak buah sulung gi main rollercoaster mase ni.::

::With Po!::
Sampai ke malam kami kat USS...



::bergambar sebelum nak balik.. baju aku lenjun sebab naik boat::

::The pharaoh::






::Ni dah tahap maksima punye penat niece aku ni. muahahahaha!!!::
Tepat kul 9 malam kami pun bergerak la keluar tunggu kat tempat parking bus yang akan membawa kami pulang ke Malaysia tercinta... Tu je la cerita satu hari kami di Universal Studio Singapura.

Nak tau tak... Aku masuk Singapore ni tak bawak sesen pun Dollar Singapore. Aku tak tukar duit pun.. :p Masa tu aku trainee lagi. Duit takdak. So takde la beli ape-ape untuk kawan-kawan kat Malaysia. Bukan tak ingat tapi tak mampu. Semua belanja kakak aku yang tanggung.. hehehehehehe :p Terbaekkk lah!

Haippp!! Tak abis lagi lah.... ade lagi...

Keesokan harinya pagi-pagi lagi selepas checkout dan sarapan di Jb kami bergerak la pulang. Tapiii.. dalam perjalanan pulang tu sempat lagi singgah kat Ayer Itam beli kerepek. Hihihi..

Lepas tu singgah pulak kat Banda Hilir Melaka.


::Casa del Rio.. last time aku datang ngan Apit die masih dalam pembinaan. Sekarang dah siap. cantik!::

Sempat pulak masuk Muzium TLDM. Huhuhu


::Sarah nak masuk dalam::


::Kete bomba zaman dulu.::
Sempat daki bukit A Famosa.. Naik dari sebelah Gereja sebelah sana turun kat pintu depan sebelah Muzium Istana. huhuhu





Itu sajer percutian kali ni... Zasss...

P/s: Aku merancang nak ke Bandung dan Bali lepas raya and awal tahun depan sekali kawan-kawan aku check imigresen nama diorang blacklist la pulekkkk!!! Sebab tak bayar PTPTN! Kuciwanyeeee akuuu!!!! Hurmmm... ade ape-sape tak yang nak join pegi sana?


No comments: