Wednesday, 23 March 2011

Raungan Waktu Dinihari

Jeritan dan raungan "Help Me!" dari jiran sebelah rumah aku yang berasal dari Filipina mengejutkan aku dari tidur pagi tadi. Aku terjaga dan terus tengok jam. Baru pukul 4.47 pagi. Aku rasa seram sejuk jer bila dengar die meraung-raung dekat koridor rumah kitorang. Macam kena sampuk pun ade. Jiran aku tu terus meraung-raung dan ketuk-ketuk pintu rumah semua orang. Aku tak berani nak bukak pintu so aku mengendap jer dekat tingkap rumah aku yang agak renggang. Nak bukak tingkap luas-luas still tak berani. Aku nampak pintu rumah dia terbukak luas, lampu cerah terang benderang. Nampak seseorang tengah terbaring kat ruang tamu. Mula-mula tu aku terfikir benda yang negatif dah "rumah diorang ni kena rompak ker?" "Diorang tak bayar duit along ker pastu along serang rumah diorang ker" Ahhh sudahhh!! Pintu rumah aku sebelah pintu rumah diorang jer beb. Risau dah aku...

10 minit berlalu, aku duduk mencangkung kat tepi tingkap rumah aku. Aku mula rasa kesian dekat jiran aku tu. Takde sorang pun keluar tolong die. Semua jiran pakat bukak tingkap jer macam aku. Menjenguk tanpa rasa nak keluar pergi tengok apa yang berlaku. Semua nak tahu apa yang dah jadi tapi semuanya pengecut! Termasuk aku... :( aku tak tahu apa nak buat. Jiran aku ni pulak tak tahu cakap melayu. English tu ada la sikit-sikit kot. Aku selalu dengar dia sembang dengan family dia dalam bahasa Tagaloq jer. Lepas tak berjaya meminta tolong dekat jiran sekeliling,  jiran aku tu pergi ke mana ntah... keadaan tiba-tiba senyap. Aku bukak luas-luas tingkap rumah. Baru la aku dapat tengok. Suami jiran aku yang meraung-raung tadi terbaring kat ruang tamu tak sedarkan diri. Mulut ternganga. Muka dah naik biru. Anak-anak die tengah urut-urut dada dia. Keadaan dia sama macam abah aku masa kena serangan jantung dulu. Ya Allah. Takde siapa ker nak pergi tolong?! Aku dah mula rasa macam nak keluar pergi tengok. Tiba-tiba aku dengar beberapa suara lelaki datang pergi tengok. Aku terus membatu tepi tingkap.

Jiran-jiran lelaki mula memenuhi area koridor rumah kitorang. Suasana dah jadi bising pulak. Ada yang gelak-gelak. Ada yang bersembang-sembang sebab tak tahu nak buat apa. Ada yang telefon ambulan. Jiran aku yang tadinya meraung menangis perlahan-lahan dekat suami dia. Kesian. Aku dengar apa yang jiran-jiran lain dok bersembang kat luar rumah aku. Hmm... agak melampau la diorang ni.

"Mati dah tu keras semacam ja"
"hahahaha... aku mai-mai ja tengok ada orang pengsan.. hahah tak tau nak buat apa"
"terkejut aku tadi. Ingat kena sampuk ka apa ka..."

Dalam setengah jam kemudian baru ambulan sampai. Aku tak pasti kenapa amik masa lama sangat nak sampai sini padahal HUKM dekat ajer. Aku dengar-dengar diorang cakap jiran lelaki tu dah meninggal sebab lambat sangat dirawat. Hurmm... kesian sangat dekat family jiran aku tu. Mentang-mentang la dia orang luar. Bangsa Filipina dan tak reti cakap melayu ramai yang taknak membantu dia. Ntah-ntah kalau Melayu sama Melayu sendiri pun agak-agak ada orang nak tolong tak kalo dekat bandar camni?

Kenapa ek? Dekat bandar ni kita sesama jiran pun saling tak bertegur sapa. Aku sendiri tak pernah kenal dan amik peluang nak beramah mesra tegur jiran-jiran aku. Diorang sendiri pun buat sombong. Takkan la kita ni yang anak dara tinggal sorang-sorang ni menggedik nak pergi tegur ye tak?! karang dikata nya kita nak mengorat laki diorang pulak. Berbeza betul dengan jiran-jiran dikampung aku. Kalau ada jiran ditimpa musibah sekejap jer heboh. Ramai-ramai orang kampung datang melawat dan menolong apa yang patut. 

Hurmm... lepas ni takde dah la orang nak karaoke tiap-tiap pagi time cuti hujung minggu. Kesian sangat dekat jiran aku tu.

2 comments:

asbesstos said...

yurps.. dulu masa aku pergi rumah member aku kat taman ape ntah kat area kL.. ada perempuan kena ragut.. dia mintak tolong tapi semua jiran2 cuma tengok kat tingkap je.. tak ada siapa berani tolong.. seriouslah aku pun tak tau kita ni dah kenapa..

Chieda Hafiz said...

Semua pakat pentingkan diri & bersifat tak mau masuk campur kot. Ntah la...