Friday, 26 August 2011

Ramadhan Terakhir...

Chewaahh tajuk macam drama malam tadi la.... (Aku tak sempat tengok final episod semalam sebab tertido lepas berbuke haihh!)


Sedar tak sedar hari nih dah 26 Ramadhan. Tinggal lebih kurang empat hari jer lagi kita nak sambut Syawal. Huhuhu... Tak tahula kenapa hari ni rasa panjang sangat masa. Selalu tiap-tiap hari rasa sekejap jer. Hehehehe... hari ni last kerja. Esok dah nak bertolak balik kampung. Bestnyerrrrr!!! Tak sabar nak pergi sembahyang raya. Tak sabar nak melahap lemang, ketupat dan rendang mak aku. Bestnyer...

Isnin dan Jumaat minggu depan office aku tutup. Semua bercuti. Raya tahun ni memang aku tak payah apply cuti lansung sebab company dah bagi cuti free dua hari. kami dipaksa cuti. Hehehehe...

::Bangunan opis terchenta yang akan senyap sunyi dan dipenuhi hantu hahahah::

Tahun ni jugak aku dah merasa duit sendiri. First time dapat bagi duit raya pada mak dan abah dan anak-anak buah. Terasa macam dah tua pulak. T_T

Ucapan buat mak dan abah kat kampung (Macam la parents aku pandai main internet :p) 
"Adik balik esok ngan Cik Mat Apit! Esok lak birthday abah, Happy Birthday in advanced abah!!! Lebiuuu"
 
Buat kawan-kawan aku kat kampung,
"weiii aku balik esok! Nanti kita pi sopink sama-sama taw! Raya nanti kita pi beraya umah kengkawan len sama-sama gak tau macam besa la sebab aku mana da transport!"

Buat kawan-kawan yang mengenali aku, yang tak berapa nak kenal pun termasuk la sekali...
"Selamat Hari Raya!!! Maaf kalau ada salah dan silap. Balik kampung hati-hati jangan drive laju-laju. Jangan main mercun nanti putus jari padan muka hang."

Okeh tu jer... Aku  nak kena setelkan keje-keje ni sebelum balik beraya. Dah sampai kampung nanti jangan harap la nak fikir pasal keje kt office nih.

Day 20 ~ A picture of somewhere you've been to


Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Menteri, Changkat Jering Taiping. I have been here from 1999 to 2003.

Thursday, 25 August 2011

Wednesday, 24 August 2011

Day 18 ~ List 3 bad habits of yours

My bad habits... Hurmmm...

1. i'm lazy to cook
2. i'm lazy to going out to buy food
3. thus i cannot eat because there's no food at all.

Giler.. heh!




Tuesday, 23 August 2011

Day 17 ~ What kind of person attracts you?

Firstly, of course la good looking person, berkarisma, kacak, hemsemm... puihhhh! (Nak yang hensem saje..) Dari mata turun ke hati. Betul tak? hehe...

::Aku hemsem!::

Then, penampilan mestila kemas dan sesuai dengan situasi.
::Errr...::

Lepas tu masa first date takde la nak malu-malu kucing. Senyap macam apa jer.

Senyuman yang menawan dan bisa mencairkan hati....

heyy.. heyyy.. aku bercakap pasal bf sendiri ker nih?

Kalau perempuan pulak... (I mean attract kite untuk kite tengok die la... bukan attract untuk jatuh chenta!)

Penampilan kemas dan cantik.

Mekap tak nak tebal-tebal. Cantik semulajadi lagi bagus. Cukup eyeliner dan lipstick untuk muka tak namapk pucat.

Tak sexy sampai nampak semua dan terbonjol-bonjol.. Eeee...

Tak tergedik-gedik hokehhh! Please laa...

Senyuman yang ikhlas.

Kalau free hair aku suke tengok perempuan berambut panjang sampai paras pinggang. Cantik! Kalau bertudung aku suka tengok perempuan yang berselendang kemas dan takde fesyen selendang pelik-pelik selit sana pusing sini. Rimas kot.

Okeh tu jer.

Sunday, 21 August 2011

Day 15 ~ Your dream house


Rumah Idaman?

Aku tak berapa suka suasana bising. Aku tak suka duduk dekat bandar macam sekarang ni. Aku suka suasana yang menghijau. Banyak pokok keliling rumah. Ada taman. Ada kolam. Ada privacy. Tak kisah la rumah kecik atau besar. Paling best kalau dapat duduk dekat pulau atau tepi pantai ker... Cheewaahhh!





Nampak sejuk jer kan... segar jer. Tapi wujud ker suasana macam ni dekat Malaysia? Hehehe..

Friday, 19 August 2011

Day 13 ~ A picture of you and your friends


Pre-convo shoot lepas ambik jubah. November 2010.
Bachelor of Business Administration with Honour Islamic Banking

Dah lama dah tak jumpe diorang. Sekarang ni masing-masing dah bekerjaya. Ada yang dah jadi pegawai bank, ada yang jadi businesswoman manakala aku pulak kerja disebuah syarikat korporat terkemuke di Malaysia. Cecececeece... Malas nak bagitahu keje kat mane. Aku bagitahu pun orang pedulik hape aku keje ape! :p

Okeh tu jer... kepala aku pening la. Tiba-tiba jer dunia berpusing macam jadi vertigo. :(

Day 12 ~ Gadgets that you owned

Aku tak berapa suka sangat dengan gadget-gadget nih. Pakai apa yang ade jer... Paling canggih pun henpon Nokia encek bf bagi nih jer (die bagi aku henpon lama die sebab die pakai yang baru.. kite amek je la sebab henpon kite buruk..) 

Teringin jugak nak beli Iphone tapi bila fikir balik. Membazir duit jer baek aku beli baju... Lenkali je la beli. 

Ape gadget yang aku ader?

Takde mende pun... Nih je haa...


Lepas tu Laptop buruk nih... Beli masa kat UiTM dolu-dolu...
Lepas tu... henpon cikai nih.
Lepas tu...
Calculator saintifik kira gadget gak ker? Hahaha bedal je la nak bagi nampak banyak...

See... Aku tak berapa suka menda alah menda alah nih. Cukup ada lappy ngan berukben untuk aku online kat rumah dah cukup.

Okeh tu jer..

Wednesday, 17 August 2011

Day 11 ~ A TV show you’re currently addicted to

I currently not addicted to any TV show because i'm too busy with my work...


Seriously!!!!!!


Balik keje, masak, dinner, online, tido... weekend kuar ngan bf. So mase bilenyer aku nak tengok TV? Sebab tu la aku tak pasang astro. Rugi jer takde orang tengok. T_T

Day 10 ~ Something you don’t leave the house without

Akibat kekenyangan selepas berbuka semalam aku tak sempat nak setelkan challenge hari kesepuluh ni. Sampai-sampai rumah jer terus mandi dan tido. Huhu... So aku buat hari ni jer lah yer...

Challenge yang ni simple jer. Barang-barang yang aku takkan tinggal ketika keluar dari rumah.

Haihh.. lupe bawak kabel camne nak transfer gambo barang-barang aku?! Aku citer jer la yer. Pakai gambo gugel jer.

Barang-barang yang pasti akan aku bawak setiap kali keluar ialah:-

  • Handphone Nokia N82 pemberian encik bf. 

  • Purse yang mengandungi IC, Bankcard, Debitcard untuk sopink, resit-resit yang patutnye dibuang jer tapi wat semak purse dan juge duit.

  • Kunci Rumah Saye. Aku tinggal sorang-sorang jer kalo lupe bawak kunci abeh la...

  • My Organizer (orang-orang yang busy wajib ada satu! haha)

  • Sijil / buku derma darah. (In case kalo aku sakit dan kena masuk hospital boleh dapat keistimewaan rawatan pesakit luar percuma)

  • Facial Tissue cap Guardian
::Aku cari yang kecik punye takde so yang kotak punye boleh la::

  • Instant hand sanitizer Dettol 50ml

  • Lipgloss Silkygirl

  • Pendrive (Aku tataw kenapa aku bawak pendrive??)

  • One drop perfume (Botol kecik-kecik jer comel masuk beg.)

Itu saje la barang-barang aku tiap-tiap kali keluar. tapi kalo keluar takat gi kedai runcit bawah umah jer aku bawak purse je la yang lain tinggal. Tak kuase aku nak bawak semua tu! Hahaha..
Okeh tu jer.

Monday, 15 August 2011

Day 09 ~ Your favourite foods and drinks

Ohyeahhh... Topic yang paling digemari! Aku sukerrr gilerrr makan! Mungkin dalam gambar korang nampak aku macam kurus jer kan. Tapi sebenarnye aku nih chubby. Mungkin sebab aku tinggi kot tu yang tak nampak chubby... Ehh.. ehh.. jom ah tgk ape yang aku suke ngapp!


Malas cakap banyak ahh. Biar gambar aje yang buat air liur korang meleleh.. tik! tik! tik!

Mempersembahkannnn....

::Laksa Utara! Yummmm::

::Tomyammmmmmm!!! Slurpp::

::Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang!::

::Kuey Teow Sup::

::Ikan Siakap Stim::

::Sambal Tumis Udang Petai!::

::Sushi! Hoyeahhhh!!!::

Dan juga pencuci molotnyerrrr!!!
::Moist Chocolate Cake!::

::Strawberry Chocolate!::

::Cendol! Hooreyyyy::

::Air batu campurr::

Weeehooooo!!!!
Itula antara favourite foods and drinks aku! mengancam betul dibulan posa camnih! Aku sengaja buat entry ni waktu malam. Kalau buat siang-siang tadi mau terliur aku tengok! Ahaks!


Aku tak berapa suka Western food. So western memang takde dalam senarai. Kari pun kurang minat.


Okeh! itu ajer!