Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Tuesday, 27 May 2014

D.I.Y Project: Bunga Telur dari Crepe Paper

Assalamualaikum..
Untuk menjimatkan kos aku try buat sendiri bunga telur ni. Buat dari crepe paper. Beli crepe paper 10 keping (1 pack) kat Kedai Bunga Reben Jalan Tar baru RM6. Jimat la jugak. Ikut rajin tak rajin je nak buat ni. Buat sikit jer untuk malam nikah dan rombongan jer. Bunga pahar pelamin beli yang dah siap.

::Bahan-bahan::
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Crepe Paper (aku guna 2 colour ikut tema majlis aku Purple + Pink)
2. Reben (Potong agak-agak 8 inci, buat reben dan ikat dawai kat tengah-tengah)
3. Kain Net/Sarung telur
4. White tape
5. Dawai
6. Lidi satay
7. Gunting dan pisau



First aku bentangkan crepe paper ni. Then lipat dua, lipat lagi sekali dan lipat lagi.. hehe... Dapatkan 8 bahagian kemudian potong la dengan pisau. Lepas tu susun crepe paper ni lagi dan lipat jadikan 3 bahagian. Potong sekali lagi. So sekarang dah dapat 24 keping crepe paper bersaiz segiempat sama macam gambar kat atas ni.



Then aku ambil 7 keping selang seli antara crepe paper pink dan purple. Susun-susun dan lipatkan macam bentuk kipas.

Lepastu kat tengah-tengah ikat kan dawai. Letakkan mende hiasan tu kalo nak.

Potong bucu tepi-tepi tu sikit.


Perlahan lahan tarik kelopak satu demi satu agar tidak koyak.

::reben untuk bunga telur::
Letak bunga crepe tadi kat hujung lidi dan lilit dengan white tape. Letak riben-riben yang dah diikat dengan dawai dan lilit lagi. Lepastu letak kain net. Lilit lilit lilit lilitttttt... siapppp... hehehheheeheh.

::Bunga telur yang dah siap::

tada... dah siap satu pahar...


Monday, 4 November 2013

D.I.Y. Project: My Engagement Veil and Shawl

Assalamualaikum...

Tema majlis pertunangan aku adalah Mint + Pink. Baju tunang memang aku pakai baju raya yang aku tak sempat nak pakai jer. Beli online jer dari ThePoplook 'emel by Melinda Looi' sebelum puasa hari tu. Baju tu sangat simple tapi sweet dan untuk melengkapkan gaya gadis yang bertunang mesti la ada shawl dan veilnye kan. Aku cari kain dan jahit sendiri jer.

Sebelum beli kain aku banyak google baca blog-blog orang yang selalu buat DIY sendiri shawl dan veil diorang. Waaaa.. menarik giler lah! Tambah semangat aku nak buat sendiri. Siap salin nama kedai-kedai yang diorang beli dan dikatakan murah tu. 

Then pada satu petang Jumaat tu aku pun mulalah mencari dan meronda satu Jalan TAR seorang diri. Aku siap bawak kain perca dari kain baju tunang aku (aku alter sendiri kain baju tu sebab labuh sangat. Kerat jer bahagian atas lepas tu jahit balik getah). Dari satu kedai ke satu kedai. Butik tu lah butik ni lah.. Hmmm.. sedihnya.. susah sangat nak cari warna mint yang betul-betul sama dengan baju. Aku kalau boleh nak elakkan Jakel sebab faham-faham ajelah harga dia camna kan... last-last dah tak tahan tak jumpa-jumpa kain yang aku nak aku gagah jugakla ke Jakel tu. Dari ground floor ke tingkat 1 takde jugak disuruhnye aku ke tingkat 3 takde jugak last-last ade sorang brader handsome muka arab-arab celup tapi pandai cakap melayu bawak aku ke tingkat 4. Die siap carikan kat stor warna yang aku nak tu. Hmmm.. jumpa la jugak walaupun sipi-sipi nak sama. Chiffon georgette Bidang 60' satu meter RM18.90. Keh keh... aku nak beli 1.5 meter jer. Hmmm... beli kain yang mahal jugak sebab warna yang aku pilih susah nak cari.

Okey. First aku potong kain untuk veil bentuk berbentuk D macam dibawah ni.

::ini veil::
Lepas tu aku potong kain berbentuk halfmoon untuk shawl pulak. Aku ambik shawl halfmoon yang aku ada untuk jadikan ukuran. Senang jer. Kain chiffon 1.5 meter bidang 60' memang cukup-cukup jer untuk buat shawl dan veil dua helai ni. Kalau kain tu bidang 45' jer aku rasa kene beli 2 meter.
::ini halfmoon shawl::
Lepas tu pergi la jahit tepi shawl dan veil ni.

Then, aku cari kain lace putih dengan bunga timbul putih tapi malangnya tak jumpe yang berkenan so terpaksa la beli border lace putih untuk ditampal atas veil. Aku cuma nak ambil bunganya saja. 

So potong-potong bunga dan jahit la atas veil. Lepas tu tambahkan manik-manik sikit.

::kain yg dah dijahit tepi, border lace, manik::

::Susun-susun dulu nak cari idea dan nak amik mood::

::hampir siap::
::tambah manik-manik sikit::
 
::Close up::

So macam ni lah rupa veil aku...
::Test dulu::

Lepas tu kat halfmoon shawl aku just jahitkan manik sikit kat tepi-tepi dia dan kat bahagian kepala. 

::Manik-manik pada shawl halfmoon saye::
Tadaaa...


The Damage!
Kain Chiffon Georgette Mint colour 1.5m (Jakel)     RM28.35
Border lace 2.5m (Kedai Bunga Tomei Jln Tar)        RM45.55
Manik-manik Kedai Bunga Reben                            RM 5.00
Upah jahit tepi                                                    RM15.00
TOTAL                                                               RM93.90

So total kos shawl dan veil tunang aku cuma RM93.90. Boleh tahan kan?! Kalo beli yang dah siap mau cecah ratus-ratus. Baik buat sendiri. Sekarang aku dah pening fikir stail baju nikah, sanding dan bertandang... Peningnya la hai nak kawen!