Wednesday, 24 December 2014

Pregnancy Journey : Detail Scan

Assalamualaikum...

Dalam keadaan badan aku yang semakin memberat dan membesar ni, aku jadi cepat sangat letih. Nak buat kerja rumah pun dah tak larat apetah lagi nak update blog. He he... Masuk hari ni aku dah 29 minggu dah. Cepatnya masa berlalu tau-tau je dah 7 bulan dah. Masuk trimester ketiga ni memang rasa berdebar-debar dah. Barang baby pun banyak tak beli lagi ni.

Last month masa pergi checkup, gynea aku ada tanya nak buat detail scan tak? Aku pun blur-blur tak tau kebenda detail scan tu untuk ape tapi aku angguk je la bila doc menambah nanti dapat cd rakam pergerakan baby. Huhu... so sabtu lepas ada pre-natal appoinment dan seterusnya terus buat detail scan dengan sonographer.

Selalunya appoinment aku pagi-pagi dalam pukul 9.30 camtu tapi sebab nak buat detail scan aku kene datang petang jam 2.15. Nak pergi Kampung Baru kalu waktu pagi jalan tak de la jem sangat sekali sabtu lepas hambik ko... jalan jem.. appoinment jumpa gynea kul 2.15 aku sampai kat kaunter registration dah pukul 3 petang.. aisehhh!! Orang dah la ramai time weekend. Lepas jumpa gynea aku kene tunggu pulak turn buat detail scan. Sadis betul rasa sebab dapat nombor 3 paling last. Nurse-nurse dan doc semua dah balik, kaunter semua dah tutup tinggal sonographer ngn assistant sorang je nak abiskan lagi 3 orang ibu mengandung ni.. husband aku muka dah toya dah.. naik cemuih dah main game kat hp sampai habis betri. hahahaha... sampai je turn aku rasa girang tak terkata.

Ok ni antara info yang sempat aku google.

Detail scan atau anomaly scan ni tujuannya untuk memastikan baby membesar secara normal atau tidak. Ia dibuat untuk mengesan sebarang ketidaknormalan pada bentuk fizikal baby dan tumbesaran. Kebanyakan ibu ditawarkan buat detail scan ni pada usia kandungan 20-24 minggu. (Tapi aku buat time baby dah masuk 28 minggu)

Detail scan selalunya dibuat oleh Pakar Sonografi bertauliah dan mengambil masa 30-40 minit. Dia akan menentukan usia kandungan dan membandingkan dengan usia bayi yang diukur (kandungan aku jadi 30 minggu pulak -_-') . Jantung, tangan dan muka akan diimbas dan seterusnya organ-organ yang lebih kompleks seperti otak, buah pinggang, degup aliran jantung, lengan, jari, tulang belakang, perut, tali pusat dan sebagainya akan dianalisa secara terperinci untuk memastikan ia dalam keadaan baik.

Detail scan jugak dapat mengesan kecacatan bayi seperti kecacatan muka contohnya sumbing, struktur kecacatan jantung, organ-organ bayi seperti kaki dan sebagainya. Namun scan ini hanya boleh mengesan 70-80% kecacatan fizikal bayi tetapi bukan kecacatan otak bayi seperti sindrom down.

Pakar sonografi jugak akan membuat ukuran kepala, tulang paha dan ukur lilit perut untuk memastikan tumbesaran bayi berada dalam kadar memuaskan. Keadaan dan lokasi uri juga akan ditentukan untuk memastikan ia dalam kedudukan normal.

So, semasa buat detail scan ni baby aku tak duduk diam. Asyik bergerak je tendang-tendang. Aduih!  Masa nak scan muka pulak, mula-mula elok je pandang ke arah kita lepas terus pusing nak menyorok disebalik uri dia. Aiyo... pemalu sungguh anak aku ni. Tiap-tiap bulan scan dia suka sangat sorok muka tu. Overall sonographer kata ok jer cantik jer semua ukuran. Kali ni nampak betul pipi baby dah tembam. Hihi.. usia kandungan pulak cepat dua minggu.. aiyooo... Dari apa yang aku google pada usia 28 minggu sepatutnya baby aku baru 1.1kg macam tu tapi budak kecik dalam perut ni dah cecah 1.55kg... hahahah! Pipi dah macam kuih pau!


Tengok tu... yang kanan tu uri. Masa ni tengah nak gerak-gerak pergi sorokkan muka sebalik uri dia tu... hikhik..

Apa-apa pun aku harap baby aku lahir dengan sempurna dan sihat. Alhamdulillah setakat ni semuanya ok. Next appoinment bulan depan 24 January 2015. Fuhhh... time tu dah 8 bulan. Berdebar-debar dah ni..

Ok lah.. tu jer... daaaaa

No comments: