Tuesday, 17 March 2015

Pengalaman Bersalinkan Baby Sulung

Assalamualaikum...


Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan puteri sulung aku pada 4 March 2015 yang lepas pada jam 10.52 mlm di Al-islam Specialist Hospital Kampung Baru, KL. Baby seberat 3.59kg selamat dilahirkan secara normal.. fuhhh!

Aku tak ada turun sebarang tanda nak bersalin pun contohnya macam keluar darah, air ketuban or contraction tu. Cuma rasa nak terberak je sejak dua tiga hari sebelum tu. Rasa nak berak tapi bila pergi ke toilet duduk berjam-jam tak keluar apa-apa pun. Pada hari Selasa, 3 March aku still pergi ke office lagi tapi dalam hati dah terdetik dah mungkin ni last day kerja. Ada kakak kat office pun dah tegur 'ko ni macam dah tunggu masa je ni anytime baby nak keluar dah ni'... huhuhuhu

Pada pagi 4 March tu aku ada appoinment untuk 39 weeks check up. Masa appoinment tu doc seluk untuk tengok bukaan. Rupa-rupanya dah terbuka 3 ke 4cm dah so terus kene tahan di wad bersalin. Huhu.. nasib baiklah barang-barang semua dah ready dalam kereta.

Aku start masuk wad bersalin lebih kurang jam 11 pagi. Nurse pasang CTG untuk monitor jantung baby dan contraction. Dua tiga kali nurse dan doc datang untuk check bukaan. Aku dan husband berkampung lah kejap kat wad bersalin tu sementara nak masuk labour room. Lepas jer berbaring kat katil wad aku dah mula start rasa contraction dia. Makin lama makin kuat. Dalam jam 5 petang nurse datang masukkan ubat berak. Fuuu.. tak sampai seminit aku dah gelabah turun katil cari toilet. Elok pulak la toilet kat wad tu orang tengah guna. Ciss! Keluar dari wad cari toilet lain. Lega.....

Selesai jer membuang, aku disuruh terus masuk ke labour room. Fuhh... macam tak percaya jer aku dah nak bersalin. Dup dap dup dap.. first experience ni. Bilik bersalin ni memang ada satu katil je so aku sorang je la kat dalam tu. Lega sikit sebab aku tak payah nak dengar orang sebelah jerit-jerit sakit. Biar aku sorang je jerit.. hehehe.. takde la stress sangat masa sakit nanti kan! First time aku berbaring di katil bersalin.. fuhuhuhu... rasa semacam je. Dalam hati asik dok cakap "betul ke aku dah nak bersalin ni? Betul ke ni? " Tak lama selepas aku masuk, husband aku pun masuk sekali temankan aku.

Tak lama lepas tu bidan datang check bukaan. Still 4cm tapi sakit contraction semakin kuat dan kerap. Tak lama lepas tu air ketuban aku dipecahkan. Aku dengar macam 'tap' bunyi dia pastu rasa air suam-suam keluar habis basah dah kat bawah tu. Huhuhu... lepastu saluran kencing dimasukkan tiub untuk keluarkan air kencing. Uwaaa.. tak selesanya! Dah la sakit contraction ni. Then mesin CTG dipasangkan balik untuk monitor baby dan contraction. Aku disuruh mengiring ke kanan dan ke kiri setiap 10 minit. Uih... terseksa rasa dengan perut besar... dengan wayar berselirat... dengan sakit contraction yang semakin berganda-ganda tu nak kena pusing pusing mengiring. Bidan yang monitor aku tu cakap ni untuk mengelakkan baby kat dalam perut tertidur so bacaan kat CTG elok sikit.

Masa aku di wad bersalin sebelum tu ada nurse datang offer aku untuk ambil epidural. Katanya selalu pesakit bersalin sulung diorang akan tawarkan epidural sebab takut si ibu tak tahan. Aku sebelum tu dah berbincang dengan husband aku tak nak ambil epidural sebab nak rasa 'nikmat' sakit bersalin tu. Hahahah! Lagi satu aku ada terbaca effect akibat epidural tu menyebabkan ibu mengalami sakit kepala berpanjangan, sakit belakang dan lain lain lagi lah. Entah betul ke tidak aku tak sure lah kan sebab baca pengalaman orang yang dah pernah ambil. Aku decide ambil ubat tahan sakit yang paling murah jer. Lebih kurang RM30+ tak ingat nama ubat tu apa. Kalau epidural lebih kurang RM800+. Haa harga berganda-ganda berbeza so effectnya pun berbeza lah. Sakitnye ya Allah! Fuhhhhhhhhhhh nikmat!

Aku dan husband menunggu di labour room lebih kurang 5 jam sebelum bukaan betul-betul terbuka sepenuhnya. Sakit contraction masa tu tuhan saja yang tahu. Mujur husband ada temankan aku. Tiap-tiap kali sakit tu datang aku peluk pinggang husband yang mok mok tu. Ehhe... bidan ajar aku cara penafasan masa sakit tu datang. Tarik nafas ikut hidung dan hembus sekaligus guna mulut. Elok masuk jam 10 malam Dr Norlida yang nak sambut baby aku pun masuk dalam labour room dan bersiap nak sambut baby.

Aku ni dah la first time nak bersalin, memang jakun dah tak tahu apa-apa lansung. Nak meneran pun tak reti. Hahahaha! Masa mengandung dulu kelas antenatal tak pernah terfikir pun nak pergi. Bertuah betul! Bidan dan doc dok suruh aku teran macam nak teran berak sembelit. Aiyo.. aku jarang berak sembelit. Boleh lupa camne nak teran berak. Kihkihkih... Kaki aku dua-dua diletakkan di besi tepi katil. Tangan aku pulak menarik semacam tali kt besi tu tiap-tiap nak meneran. Perghhh.. sakit gile. Banyak kali cubaan meneran gagal. Aku dah semacam putus asa sebab tenaga dah banyak guna. Dah semakin lemah. Husband kat sebelah tak putus asa suruh 'teran teran keluarkan anak aku cepat!' Huhuhu...

Hampir nak masuk setengah jam aku meneran tapi tak keluar-keluar juga Doc, bidan,nurse dan husband aku dok pujuk-pujuk bagi semangat untuk teran. Doc suruh husband basahkan muka aku sebab aku dah kepenatan teramat sangat macam dah hilang semangat. Husband aku pergi curah air kat muka aku sampai lencun. Hampeh.. doc suruh renjis jer! Husband dah bising-bising suruh teran cepat! adoiyai! Tak sabar dah nak tengok anak dia keluar. Lepas tu aku pun semangat la balik sebab tak tahan dah sakit. Rasa macam nak keluarkan baby cepat-cepat. Setiap kali contraction datang aku teran kuat-kuat. Lepas beberapa kali cubaan, keluar la kepala baby... menjerit semua orang termasuk husband aku. Meriah betul labour room malam tu! Push push teran lagi! Teran lagi! Husband aku dah macam bagi sorakan kat pasukan bola pulak dah! Aku teran lagi sekali sekuat tenaga, then rasa macam meluncur jer baby keluar... Alhamdulillah lega rasa semua kesakitan hilang. Baby aku diambil untuk dibersihkan di luar labour room, husband aku pun hilang sekali pergi tengok baby dia. Hahaha! Kemudian dengar bunyi tangisan kuat. Happynya rasa hati. Sementara aku di dalam labour room lagi doc keluarkan uri dan menjahit luka perineum. Aku tak tahulah berapa jarum kena sebab masa tu dah letih sangat-sangat. Jadi khayal jer.

Lebih kurang pukul 12.45 malam aku disorong masuk ke wad bersalin. Kemudian husband aku mintakkan nurse hantar baby. Barulah aku dapat tatap buat pertama kali wajah puteri aku ni. Hihi... geram betul tengok baby sendiri. Aku pun tak expect baby aku 3.59kg. Semangat betul baby aku. Alhamdulillah syukur...

3 comments:

Dr . Salsabila said...

Hi.. Its a blog walking over here.. Nice entry btw. Visit mine at thingy96.blogspot.com
Congrats for the baby.. And may your family blessed until Jannah sister..

Anis Syazwani said...

tahniah, sis!!!!

Normarita Saba said...

Salam sis sy nk tempah jahit manik blh?? Wassap sy 0178472171.. Sy ada email tp xd respon.. Untuk pkai hjung tahun