Assalamualaikum...
Alhamdulillah majlis pertunangan aku telah selamat berlansung pada hari ahad yang lalu. Ehemm.. macam tak percaya jer dah jadi tunang orang. Hikhik!
Pertemuan pertama adalah pada 4 tahun yang lepas iaitu 30 November 2009, hari pertama aku memulakan latihan industri di syarikat aku bekerja sekarang (tetiba ayat jadi skema ni apesal?! Ish!). Aku practical 6 bulan jer lepas tu terus diserapkan jadi YES trainee lepas tu baru jadi permanent staff. Pejam celik-pejam celik dah 4 tahun aku dok tengok muka dia kat office ni! Haiyaa!!
Tapi kenapa eh tak pernah suka lansung pada dia. Malah pernah timbul perasaan benci yang teramat pada sidia dulu atas beberapa sebab. Aku taknak tulis sebab apa... malas nak ungkit hal yang lepas kerana yang penting sekarang sayang sangat-sangat kat die. Hihi!
4 years as a colleagues, 6 months as a couple and now he is my fiance. Another 6 months to go before our wedding... yay!
No comments:
Post a Comment