Friday, 4 March 2011

Mak! Saya Mau Kawen!!

Haihh... gatal eh Cida neh.. nak kawen plak!


Hihi... takdelah. Saje jer letak tajuk camtu. Tahun ni banyak betul aku dapat jemputan kawen. Rasanya hampir setiap bulan ada jer 2,3 jemputan daripada kawan-kawan. Ada jemputan dari kawan-kawan sekolah, kawan-kawan sekelas masa belajar. Para-para senior. Ada jugak jemputan dari junior masa sekolah & junior masa kat UiTM. Isk.. Isk.. Junior kawen dulu dari senior (T_T") Nangis... 


Tahun lepas lagi la. Tak terkira banyaknya jemputan. Ada yang aku tak dapat nak pergi. Maaf la yer kawan. Aku tak dapat nak datang masa tu. Tahun lepas aku busy dengan praktikal & thesis. Siapa-siapa yang kawen tahun ni InsyaAllah kalau tak ada aral aku sampai la. Dengan satu syarat... satu jer syaratnyer... :D hehe! dengan syarat korang jemput aku ler... hihihihi


Ahad ni ada satu lagi jemputan dari sorang kawan. 


Kad die yang cantik ni dah selamat sampai kerumah. Wajib pegi ni. Nasib baiklah encik bf merangkap driver peribadi aku ada kat sini sekarang. Lega... yeye! Boleh pegi! Almaklumlah... sebelum ni pergerakan terbatas sikit sebab dia ada kat Kedah. Aku yang sememangnye takde kereta ni memang susah la nak pergi kemana-mana. 


Sekarang ni aku tengah fikir. Nak kasi hadiah ape la kat member aku ni. Hurmm... esok dah jumaat. Kenduri hari ahad ni. Tapi takde idea. Taknak la kasi hadiah yang tipikal. Asyik-asyik bagi set pinggan mangkuk, set cawan, takpun water heater. haha... Nak jimat takyah bagi ape-ape. Sebelum ni aku pernah kasi sorang kawan aku periuk. Hahaha! Tak senonoh betul aku nih. Balut cantik-cantik. Sekali bukak, periuk! Hahaha... Tapi itu kawan perempuan. Kali ni kawan lelaki pulak yang kawen. Hurmm.. esok jer la aku fikir. Dah ngantuk. Esok keje. Tido lambat karang jadi zombie pulak kat office. (-_-")


Nyte all...


No comments: