Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Tuesday, 19 April 2011

Kris Dayanti Hamil Luar Nikah! Confim! Huh.

Fuuu... Mari baca berita ni sat. Tak terkata aku dah dengan cerita artis ni.

JAKARTA: Penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti mengakui dia kini hamil empat bulan selepas bernikah dengan usahawan dari Timor Leste, Raul Lemos pada 20 Mac lalu. 

Tegasnya, hal itu sudah pun terjadi dan dia serta suaminya terima ketentuan itu dengan hati yang terbuka.

"Kehamilan ini sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul pula cerita yang tidak betul. Kononnya, saya gugurkan anak," katanya.


Sebelum ni timbul cerita-cerita kononnya Kris Dayanti dah hamil luar nikah dua bulan. Haa sekarang siap dah mengaku kat wartawan yang dia hamil empat bulan. Terkejuit den! Selamber badak jer artis Indonesia ni kan. Kalau kat Malaysia agaknya dah lama kena pulau. Haihhh.. Macam-macam...

P/s: Tengok muka husband dia sekarang hilang selera aku. Macamana la dia boleh suka? Anang tu boleh tahan hensem boleh dia tinggalkan... Ker ada 'kehebatan atau kelebihan' lain? Huuuuuu.... (O_O)

Eh... Jadi belog gossip pulak!

Tuesday, 15 March 2011

Victoria Beckham's Pregnancy Pictures

Hyep... Uhuk.. uhuk.. hari ni aku tak sihat. Kena selesema sekali lagi dlm tempoh hanya beberapa minggu. Hurmm... Antibodi aku memang dari dulu lagi tak kuat. Tadi hidung aku tersumbat dua-dua belah. Lansung aku sesak nafas. Dah la aircond kat office ni sejuk sangat.. hurmmm... Aku benci selesema. Sekarang ni pun dah rasa macam nak demam dah. Eh.. intro da lari tajuk lak..

Okeh.. hari ni disebabkan kerja-kerja kat office ni tersangatlah sikit... ciput jer.. aku godek-godek kat google gambar artis yang tengah pregnant. Terima kasih google. Aku tertarik dengan gambar-gambar Victoria Beckham satu family. Die tengah preggy anak keempat sekarang ni. Dijangka baby gurl. Aku pun harap-harap gurl sebab yelah.. diorang kan dah ada 3 hero. Teringin nak tengok muka baby diorang yang ke empat ni. Nama apa pulak yang diorang pilih selepas Brooklyn, Romeo & Cruz. Huhuhuhuhu

::Baeckham's family::

::Perut tak besar lagi pun... ::




::Brooklyn Beckham::






::Romeo Beckham::




::Cruz Beckham::



::wekkkk::



::Omputih preggy pun still pakai high heels kan.. gilo...::






::Gambar Victoria yang latest ni aku suka. Nmpak natural::




Itu saje la gambar-gambar yang aku google. Eh.. ni bukan blog gossip or citer pasal artis eh... Cuma aku suka diorang ni satu family. sweet jer. huhu.. k lah dah pukul 5.30.. yeye.. nak balik!