Sunday, 13 March 2011

Lima dakwa ditampar guru - Kes bodoh pun nak keluar suratkhabar ker?

Hari ni bila aku baca berita ni buat darah aku menyirap jer. Hanya sebab kena tampar dengan cikgu pun dah nak report sampai masuk paper? Jadi isu besar? Haihhh... zaman sekarang cikgu sikit pun dah tak boleh nak cuit anak murid. Dah sah-sah salah diorang sebab ponteng sekolah. Cedera parah ker kena tampar? Malu sebab kena tampar depan kawan-kawan tu boleh bawak mati ker? Bagi aku ni benda bodoh! 


Guru ni ibarat ibu bapa jugak tau. Masa kat sekolah kita kena lah dengar kata. Jangan kurang ajar. Dah buat salah, terima je la hukuman. Kalau hukuman tu melampau sampai cedera parah memang patut la kena report tapi yang ini????? Tampar pipi ja... (T__T") Rasa nak menangis... lemah betul...


Zaman dulu-dulu kalau buat silap cikgu denda lagi teruk, kena tampar, rotan sampai berbirat, cubit sampai lebam. Aku pun pernah kena jugak. Rasa malu? Memang ada la... Keje ejek ngan kawan.. alahh.. sekejap ja.. Lepas tu happy balik. Tak simpan dalam hati pun. Itu la namanya belajar. Ada ker zaman tu nak pergi report polis? Nak masuk surat khabar? Masa tu nak bagitau parents pun tak berani sebab nanti parents lagi tambah hukuman ada la. Dah salah kita sebab tu la kita kena denda. Haihhhhhh....


Macam-macam hal kan. Sebab tu la aku taknak jadi cikgu. (-_-) Tension jer dengan murid. Kepada beberapa orang kawan-kawan aku yang dah jadi cikgu. Tahniah diucapkan. Semoga jadi pendidik yang berjaya. harap bersabar je la dengan murid-murid yang macam ni.


Berita dicopy dari Harian Metro Online.

PORT DICKSON: Hanya kerana dikesan ponteng kelas, lima pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di sini, mendakwa terpaksa menanggung malu apabila ditampar oleh guru mereka di depan rakan lain, baru-baru ini.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang Rabu lalu, semua pelajar perempuan berusia 13 tahun iaitu Cheok Lai Jun, Liew Jia Kei, Choo Je Yan, Sua Hui Yi dan Yong Poi Xia yang berlainan kelas dikatakan dipanggil oleh guru wanita berusia lingkungan 20-an.


Sejurus berkumpul di dalam sebuah kelas, pelajar sesi petang itu dikatakan diarah guru berkenaan supaya beratur dan menampar pipi kiri mereka di depan beberapa pelajar lain.
Menceritakan kejadian itu, Je Yan berkata, mereka berlima tidak menyertai pelajar lain pergi ke bengkel kemahiran hidup berikutan terlalu letih kerana menyertai program kokurikulum pada sebelah pagi.


“Kira-kira jam 4 petang itu, kami bagaimanapun tidak keluar dari kawasan sekolah dan hanya berehat di kelas. Sejam kemudian, guru yang turut mengajar mata pelajaran Sejarah pada ketika itu memanggil kami dan bertanya mengapa kami tidak pergi ke bengkel.


“Kami memberitahu kerana terlalu letih namun dia tidak dapat menerima alasan itu lalu menampar muka kami,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Turut hadir, ibunya, Tan Sew Eng, 40, dan dua lagi rakannya, Lai Jun dan Jia Kei.


Menurut Je Yan yang mewakili semua rakannya, emosi mereka terganggu dengan kejadian itu kerana terpaksa menanggung malu dengan rakan pelajar lain.


Sementara itu, Sew Eng berkata, beliau tidak dapat menerima tindakan guru berkenaan yang dianggap keterlaluan.


“Saya tahu dia (anak) memang bersalah tetapi mengapa guru menampar muka mereka di depan pelajar lain?Saya tidak akan mempertikaikan tindakannya jika dia merotan tangan atau anggota badan lain kurang tidak sensitif,” katanya.


Menurutnya, dia akan membuat laporan rasmi kepada Jabatan Pelajaran negeri dan Kementerian Pelajaran supaya guru terbabit dikenakan tindakan sewajarnya.


Sumber: Harian Metro Online

No comments: