Wednesday 15 February 2012

A Week in Beijing Part 1

Assalamualaikum,
Hao jiu bu jian (dah lama tak jumpa)
Ni hao ma? (awak apa khabar?)

Ahaha... Sorry lama tak update. Macam biasalah alasan aku busy busy busy dengan kerja dan takde masa nak cerita story baru. Ni pun baru jer balik dari holiday kat Beijing, China. Sejukkk hoooo kat sana. Aku hampir beku! Well hari ni aku nak ajar Bahasa Mandarin cerita pasal holiday lah. Tengok tajuk pun tahu kannn... Aku nak cerita sikit-sikit sambil menunjuk-nunjuk gambar baru kat sini! Ahahahah!

First day, 4 February 2012
Bertolak ke China
Flight dari LCCT ke Tianjin, China berangkat pukul 8.30 pg dan sampai di Tianjin pukul 3.45 ptg.

::Tianjin Airport::

::suhu sangat sejuk hokeh tapi snow dah xde::

::Itu pemandu pelancong kitorang, Sulaiman orang Muslim China::
Sesampai jer di Airport Tianjin, Pak Sulaiman pemandu pelancong kami di China dah tunggu dah. Dia pandai cakap bahasa indonesia so semua boleh paham. Dari Tianjin nak ke Beijing menaiki bas amik masa lebih kurang 2 jam. Sampai jer di Beijing dah gelap kitorang terus dibawak pegi dinner dan kemudian ke Ming Du Hotel untuk berehat. lalala

Hari Kedua, 5 February 2012
Berjalan-jalan ke Forbidden City - Istana Maharaja China dulu-dulu.

::My first breakfast at Beijing.. yuckkk.. tak rasa apa2.. urmmm::

:: dalam bus nak gerak dh::

Dah sampai ke Forbidden City - merupakan istana penginapan maharaja China yang dah berusia hampir 500 tahun. Hampir 24 Maharaja China pernah menggunakan istana ni. Menempatkan kira-kira 9999.5 bilik di istana ni terdiri dari bilik maharaja dan gundik-gundiknya. Kenapa bilik sebanyak 9999.5 pulak? Hehehe sebab menurut kepercayaan masayarakat cina hanya dewa kayangan jer yang boleh mempunyai istana dan bilik sebanyak 10000. Kawasannya pulak seluas 720,000 meter persegi. Penat nak jalan!

Istana ni terdiri dari 3 bahagian. Bahagian yang pertama, yang paling luar tu untuk pengurusan negara. So kalau ada apa-apa pasal negara or orang luar datang semuanya kat bahagian ni jer la.

Bahagian kedua pulak menempatkan kamar maharaja, permaisuri dan gundik-gundik die. Serius mula-mula aku bayangkan kamar maharaja ni besar macam yang aku tengok dalam drama cina petang-petang tapi rupa-rupanya kecik ja! Bilik kecik katil pun kecik walaupun istana ni besar gedabak jalan dari depan ke belakang macam nak pengsan tak sampai-sampai lagi! Menurut kepercayaan orang cina dulu-dulu lagi kecik kamar dia dan lagi kecik katil dia membawa maksud panjang umur. Yelah tu... bila ajal datang mati jugak...

Bahagian ketiga pulak adalah taman diraja. tempat untuk maharaja beristirehat dan bermesra bersama para gundik.

Kenapa digelar Forbidden City? Kerana Hanya dibahagian pertama Istana jer orang boleh masuk dengan kebenaran maharaja. Bahagian kedua dan ketiga adalah hak mutlak Maharaja dan petugas istana (hulubalang, dayang-dayang dan gundik). Setiap gadis yang dibawa masuk ke Istana untuk dijadikan gundik tidak akan keluar lagi dari forbidden city ni buat selama-lamanya.

::Us::
::luas giler kawasan die oihh..::


::Sini dah masuk kawasan taman diraja::





::Pintu keluar::
Masa aku pergi ni dah penghujung winter. Walaupun matahari dah menyinar tapi sejuk dia masih mengcengkam tulang! Aiyooo... tasik dan sungai masih beku siap boleh main ice skating kat atas sungai tepi jalanraya tu wooo...

Ok.. akan disambung cerita Part 2. Aku malas nak taip keje banyak ni. Daaa...


4 comments:

Princess Feyqa said...

best x kat china? dgr cite tandas kotor so fiqa pn jd takot nk ke sana..

Cida said...

tandas diorg mmg kotor. xde paip pulak tu. tp kitorg dah prepare botol kosong. pegi mane2 jer bwk botol kosong utk mncuci. heheheh.. tempat bersejarah diorg menarik n nk shopping best sbb brg2 murah. heheheh

Sofea said...

nice one.. nanti alkisah nak g beijing ghak la.. tapi kena bawa baby wipes la.. kalau nak menyuci

Cida said...

Alkisah, saya pun bwk gak wet tissue tu. tp x puas nk pakai air gak so semua satu rombongan spare botol kosong dlm beg. Hehehe.. sampai toilet jer tadah air pastu bru melepas hajat. kihkihkih.. seksanye nk ke tandas.