Tuesday 4 November 2014

The Wedding : Solemnization or Akad Nikah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah hampir 5 bulan lebih kawin ini baru berkesempatan nak review majlis kahwin sendiri. Nak tunggu mood update blog tu datang... Allah! jadi sangat-sangat malas pulak lepas dah pregnant ni... hiks! Lagi pun dok tunggu gambar dari official photographer punya la berkurun.. pffttt!!!

Majlis bermula lepas maghrib. Dimulakan dengan bacaan yassin dan tahlil buat arwah ayah kesayanganku. Selesai je tahlil rombongan pengantin lelaki pun sampai...

Aku selamat dinikahkan dengan suami pada 31 Mei 2014 lepas Maghrib lebih kurang jam 8.00 malam. 



Tema malam tu kuning menqhelip.. kikikiki... (manik kat baju, veil dan shawl semua i jahit sendirik tau... Eh nanti citer ket post lain)


Encik tunang (time ni ler) dah ready nak akad nikah...


Dengan sekali lafaz aku sah jadi isteri beliau... tengok tu sengih tak kira lepas sah! hahaha!



My best buddy merangkap kawan-kawan dari zaman hingusan sentiasa ada menemani. Ai lap u ols la!



Duit mas kahwin hak milik seorang isteri..



Acara membatalkan air sembahyang. Aku pilih rantai tangan.



Cincin suasa untuk sang suami.



Kiss dahi pulokk...

Aktiviti seterusnya bergambar dan makan...



::videographer suh buat camni.. isk..::



Alhamdulillah selesai yang wajib. Nanti aku update majlis kahwin pulak yer.. Ciao.. suami dah ajak balik (update kat office tp lepas time keje ok!) hari nak hujan... :))

No comments: