Bagi korang lah kan.. semasa majlis perkahwinan korang berlansung, apakah acara lain yang korang suka selain bersanding dan ambil gambar? Aku suke potong kek.. hehehe.. tambah-tambah kalau kek tu lawaaaa sangat! Ye la kite tak pernah sambut birthday, tiup-tiup lilin bagai pastu potong kek cantik. Time kahwin ni je la dapat kek cantik khas untuk kita sorang... eh dua orang.
Masa majlis sanding sebelah aku di Taiping aku asalnya nakkan kelainan sikit... aku nak buat pulut kuning so mintak mak buatkan pulut kuning tapi mak aku bising dia takde masa nak buatkan. Last-last dua minggu sebelum majlis kahwin aku gi tempah kek dua tingkat kat Kedai Kek Prima Taiping. Abang ipar sponsor hehehehe... Kek yang aku tempah ada dua perisa, yang bawah chocolate cake yang atas perisa red velvet. Perisa red velvet tu sedap sangat! Kejap jer dah habis!
Untuk majlis bertandang sebelah suami pula aku tempah kek fondant 3 tingkat dari sorang kakak ni through facebook je. Aku jumpa kat group "all about majlis perkahwinan" Akak Tengku Ariza namanya, banyak kali buat iklan kek kahwin kat situ so aku pun pm la die. Sebelum tu aku banyak kali juga google mengenai kek kahwin yang siap ada penghantaran semua tapi tengok harga fuhh mahal betul kek kahwin area KL ni.. kek kahwin aku yang belah Taiping tak sampai pun RM300. So suami kata bajet dia dalam RM450 je. Tanya punya tanya kek fondant kat Kak Ariza kalau 3 tingkat RM450 je siap penghantaran. Terus aku booking... hehehe.. booking mulut jer tau. Akak Ariza punya percaya kat aku lepas hantar ke tempat majlis baru bayar full RM450 tu.. wahhh!!
Hehe.. kalau berminat nak booking kek dengan kak Ariza email me ya.. baru aku bg no phone die. Tak berani nak letak no private orang kat blog. Ok tu je lah... dok nunggu suami abis miting ni.. miting miting miting... sempat hapdet blog!
3 comments:
kek cantik!
As salam sis,, nk minta no fon utk tempah kek buleyh dak?..
Makasehhhh..😀
shahira ni no kak ariza kek kahwin 0102265496
Post a Comment