Friday 26 July 2013

Shopping Sakan di Ho Chi Minh City, Vietnam

Assalamualaikum

Hari ni dah 17 Ramadhan 1434H. Tak lama lagi dah nak raya. Yeayy... Tapi raya kali ni dah tak sama macam tahun-tahun lepas. Persiapan aku lebih untuk diri sendiri, mak dan anak-anak buah je. Tahun lepas tahun terakhir beraya dengan arwah abah. Tahun terakhir belikan baju raya buat abah.. Sobs.. sobs.. haihhh.. apehal intro sedih pulak ni... ok cukuplah! Jom kita jalan-jalan ke Vietnam pulak!

Trip kali ni ke Ho Chi Minh City, Vietnam. Tujuan utama adalah shopping semata-mata. Kakak aku la yang plan ni. Gian dah nak bershopping lepas dapat bonus so kami pergi berdua jer dua beradik. Hehehehe! Anak-anak kakak sume tinggal kat hasben die! hahahahahha

First day, Jumaat 26 April 2013. Kitorang berdua gerak ke LCCT naik ERL (KLIA Transit) jer senang dan cepat. Dari Bandar Tasik Selatan berhenti di Stesen Salak Tinggi kemudian naik shuttle bus ke LCCT. Dalam 30 minit jer dah sampai airport. Penerbangan dari LCCT ke Ho Chi Minh cuma 1 jam 50 minit jer. Sempat la tido kejap. Aku ni tak tahu nak cakap la.. naik kereta tido, naik bas tido naik flight pun tido. Nasib baik naik moto jer tak tido tapi ada gak rasa nak lena tu.. eh.. ehe.. lari tajuk.


::Beg-beg kami time pergi::

::Me my kakak::

Sesampai je di Ho Chi Minh Airport, settlekan cop passport dan imigresen pergi la kami nak amik luggage. Tunggu punye tunggu punya tunggu... luggage kelabu tak keluar keluar. Demnn.. orang ramai yang tadinya turun dari flight sekali ngan kitorg semua dah takde. Alamak! Beg hilang satu! Tapi nasib baik la dalam tu ada stok maggie dan makanan kering jer. Beg baju semua selamat. Pergi buat report kat kaunter lugagge hilang. Memang pening nak bercakap dengan diorang macam ayam ngan itik. Broken English. Gile la... Macamana keje kat International Airport tapi English teruk. Last-last die paham la jugak. Pegawai tu tunjuk gambar dan saiz contoh luggage. Dah la tak mesra alam orang-orang Vietnam ni. Kerek siot! Kitorang dua beradik dok bersembang dalam BM ngutuk diorang. kihkihkih

Lepas tu pergi scan beg-beg yang masih selamat. Bile bag kitorang dah masuk dalam scanner tu pegawai tu mintak nak tengok isi dalam sling bag kakak aku. Kakak aku bukak la nak tunjuk tapi agaknye kakak aku lambat skit nak bukak tunjuk kat die (ye la dalam tu bawak banyak duit kot gile nak tunjuk dah la diorang kaki songlap-menurut kawan-kawan yang dah datang), pegawai tu siap panjat atas scanner tu rampas sling bag dari tangan kakak aku then kira-kira duit kat dalam tu lepas tu jerkah aku pulak mintak sling bag aku. Demnn.. aku tahan sabar je la sebab tu tempat diorang kalo kat Malaysia memang dah kene sembur balik. Nasib baik la die tak ambik duit kitorang. Haihhh.. Bikin panas jer tau! Masa dekat LCCT perfume POLO mahal aku kene rampas memang kene jerkah ngan aku la pegawai perempuan tu hihi. Sampai kat Vietnam aku kene balik. Dem yu! Siap luggage hilang lagi. Hmmm... hilang mood kejap datang Vietnam ni.

Then, kitorang ambik teksi bermeter Vinasun. Menurut nasihat kawan-kawan yang dah pernah datang ke Ho Chi Minh ni nak pilih teksi kena berhati-hati sebab banyak teksi yang menipu pelancong. Vinasun ni kira yang paling dipercayai lah sebab gunakan meter. Lagi satu tukar matawang Dong Vietnam kecil-kecil untuk bayar tambang sebab kalo bayar dengan duit besar memang diorang takkan bagi balik balance.

Pada awalnya kami dah booking Saigon Pink 2 sebab hotel tu memang tersangat dengan dengan Ben Thanh market dan Night market tapi sesampainye di hotel receptionist kata hotel tu dah penuh. Aiyarkkk.. macam-macam la. Tapi diorang replace kan kitorang dekat satu lagi hotel. Katanye tu hotel kakak die. Nama hotel tu memang kelakar la... macam mencarut pun ade MAFUKI INN. Kah kah kah! layan kan aje la.. Rehat-rehat kejap dan lepas maghrib keluar cari makanan dan mulakan aktiviti utama iaitu shopping!!

::Makanan Vietnam berupa sup::

Kitorang makan di kedai Hajah Basiroh. Kedai ni terkenal dikalangan pelancong Malaysia kerana tak banyak restoren dan kedai makan yang halal di Vietnam. Ikhlas aku cakap... makanan diorang tak sedap!! waaaaa.. nak megi! Tapi kopi diorang sedap. Aku siap beli berkotak-kotak bawak balik Malaysia.

Lepas menjamu selera kami pun ape lagi shopping la di Ben Thanh night market. 

::kakak sedang berurus niaga ::

::Owner kedai tolong amikkan gambar::

::aku beli sepasang jubah ni::
Jangan terkejut sebab kebanyakan peniaga-peniaga di Vietnam ni fasih giler berbahasa Melayu. Selain matawang Dong Vietnam dan USD Amerika, diorang pun accept Ringgit Malaysia tau! Next time kalau datang lagi aku nak tukar duit Dong sikit jer buat bayar tambang teksi. Nak shopping guna RM jer.

27 April 2013, pagi dimulakan dengan breakfast nasi lemak tak berapa sedap di kedai Hajah Basiroh. Sobs sobs.. baru dua hari dah rindu makanan Malaysia. Then bershopping di Ben Thanh market. Shopping sampai pengsan dan longgar lutut baru nak balik hotel dengan beg plastik penuh di tangan.

::Suasana dalam Ben Thanh Market::

Petang tu masa tengah rehat-rehat di bilik hotel dapat call dari receptionist. Alhamdulillah beg yang hilang tu dah jumpa! Diorang hantarkan ke hotel. Dengan gembiranya kami malam tu makan megi perisa kari! slurpppp! Malamnya sambung shopping lagi.

28 April 2013, kami bercadang nak berjalan-jalan pulak so kitorang pilih untuk ke Chu Chi Tunnel. Book dan bayar kt receptionist hotel jer. Diorang yang uruskan semua.
 
::lobi hotel::

::Ni masa melawat ke tempat kraftangan yang dibuat oleh orang kurang upaya akibat dari sisa radioaktif semasa perang dulu::

::Atok ni tour guide kitorang. Terer speaking. Banyak cerita pasal sejarah tempat tu::

::Antara tunnel yang digunakan semasa perang dulu::

::aku masuk sikit jer::

::jerangkap samar::

::jatuh bleh mati wooo::
Kembali jer dari lawatan ke Chu Chi tunnel tu perut pun dah lapar.. ape lagi cari makanan la! masa turun dari bas jer terus nama kedai Haji Halim. Kedai die 2 tingkat kat bawah jual baju dan telekung semua tu kat atas tu restoren.

::Masakan Champa Muslim::


::Boleh tahan sedap::
Akhirnya, jumpa jugak nasi! terubat jugak kerinduan kat makanan Malaysia tercinta. Hehe.. Ada kangkung goreng belacan, ada tomyam (tapi rasa kunyit sikit) ada ikan dan macam-macam lagi masakan yang biasa jumpa kat Malaysia. Very recommended untuk datang makan kat sini! Haji Halim jugak ada buat tour ke Sungai Mekong khas untuk Muslim sahaja siap sekali makan. So kitorang ape lagi book terus trip ke Mekong untuk esok. Lepas bayar kitorang sambung shopping dan balik ke bilik lepas dah penat tak hengat.

29 April 2013, trip to Mekong River. Perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam dari Ho Chi Minh City.

::Semasa di jetty::


::dalam bot::

::try madu diorang errr::


::Pelancong dihiburkan dengan nyanyian::
::Ini la rupa bot yang kami naik::

:::Excited naik bot kecik::


::Time balik naik kereta kuda. hehehe::
Sebenarnye ada banyak lagi tempat-tempat yang boleh dilawati. Ben Thay Market (China Town), Muzium Perang dan lain lain lagi tapi memang rasa kurang berminat pulak nak pergi.

30 April 2013, Hari terakhir di Ho Chi Minh. Kami keluar untuk shopping buat kali terakhir lepak-lepak kejap dan balik. Hehe.. puas shopping! Kalau tak puas lagi tak tahu la nak cakap. Tengaok lah beg-beg kami dari 3 bijik dah jadi 7. Hahhaha


Actually masa kat hotel kami dah siap timbang dah memang cukup-cukup berat semuanya sekali bila dah dekat kaunter nak check in si pegawai tu timbang setiap beg die pegi genapkan pulak so jadi terlebih la. Adoii! Kakak aku pergi punggah beg keluarkan baju-baju untuk dimasukkan kat hand luggage aku depan-depan kaunter tu jugak.Timbang sekali lagi nasib baik cukup-cukup berat die. Legaaa.. yeay dapat balik Malaysia!!

Sesampai je kat LCCT nak menghadap abang-abang kastam pulak. Beg 7 bijik yang bawaknye 2 orang jer memang confirm lah kene tax. Kawtim kawtim ngan abang tu bayar RM100 jer. Hihi

The Damage!
Tiket Flight Air Asia untuk 2 orang                 RM725
Hotel Mafuki Inn                                          RM334

Bila dah dibahagi dua sorang bayar RM529.50 sahaja.

Trip to Chu Chi Tunnel (250,000VD)             RM38
Bayaran masuk Tunnel (90,000 VD)               RM14
Trip to Sungai Mekong (USD25/pax)             RM80

Jumlah wang yang aku habiskan untuk shopping dan makan lebih kurang 1.5K la jugak. Bukan baju aku jer ada yang kawan pesan, bos pesan. Kakak aku lagi lah habis beribu-ribu lemon. Hehehe... Tapi yang pastinya orang-orang Vietnam memang tak mesra. Peniaga wanita pulak sexy-sexy baju jarang sampai nampak bra dan perut buncit. Jalan-jalan depan kedai suka-suka hati jer tepuk bontot kite! Eeeee!! Hmm.. tapi yang seronoknye shopping baju kurung ker tudung jubah semuanya murah. Rasa macam nak pergi lagi semata-mata untuk shopping. In Shaa Allah akan sampai lagi kesana.

Ok lah itu jer.. panjang yer aku taip. bye!


Tuesday 23 July 2013

Sabah... Negeri Di Bawah Bayu

Assalamualaikum

Wow.. lama giler tak hapdet! Maaf lah busy! Tak busy pun aku buat-buat busy. Banyak hal yang berlaku yang menyentuh sensitiviti dan perasaan diri sendiri. Heheh.. nanti kita cerita lain lah yew..  Sekarang aku nak hapdet entri kepam dari bulan February yang lepas. Fuuuuuu... sekarang dah July kot! Sori sori sori.. jiwa tak tenteram beberapa bulan ni. Sekarang aku dah tak gila lagi.. ehek! Bila dah happy baru boleh update entry.

Pemergian aku ke Sabah seorang diri pada 21 Februari yang lepas adalah disebabkan masalah jiwa yang tidak dapat ditahan-tahan (kikiki). Lepas balik dari Singapore still rasa tak tenang then contact member aku kat Kota Kinabalu bli tiket dan terus fly ke sana. Lagi pun memang dah rindu nak jumpa kawan aku si Nurul ni. 

Holiday kali ni pun bajet ciput jer. Aku cuma keluarkan duit tambang flight dan duit shopping masa kat sana. Penginapan 4 hari 3 malam adalah free sebab menumpang rumah family Nurul kat Tuaran. 


Khamis, 21 Februari 2013, Flight aku pukul 3 petang. First time aku naik ERL ke LCCT sorang-sorang. Hehe... pukul 12.30 tengahari aku dah gerak dah dari rumah. Sampai-sampai je LCCT, check in dan fly ke KK. Seronok pulak rasa travel sorang-sorang ni. Sampai di KK lebih kurang pukul 5.40 ptg. Nurul dah terpacak tunggu kat arrival hall. Hehhehe... 1st night cuma rehat jer kat rumah Nurul tak pergi mana-mana lagi.

Jumaat, 22 Februari 2013, Nurul bawak aku bersnorkelling. Memandangkan Nurul memang orang Sabah so aku ikut jer. Die la driver a.k.a pemandu pelancong a.k.a peneman sepanjang aku kat sana. Hehe!

Naik bot ke pulau-pulau sekitar Sabah kt Jesselton Point ni la. Kitorang pergi satu pulau jer iaitu Pulau Sapi. Tak sempat nak pergi pulau-pulau lain sebab lepas mandi laut nak bershopping pulak! Sebelum tu beli dulu tiket ferinyer (bot kecik jer la.. dipanggilnye feri). Anggaran harga tiket seorang dalam RM30 lebih kurang (aku dah tak ingat the exact amount. Fee ke setiap pulau lain lain harga rasanya) termasuk cukai dan entrance fee. Selain Pulau Sapi, pelancong boleh jugak pergi ke Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Suluq dari Jesselton Point tu. Ferry ke Labuan pun ada jugak.



::Me and my friend Nurul::



::Cantik giler pantai kat Sabah. Rasa nak pergi lagi!!::

Lepas dah balik dari snorkelling ape lagi.... shopping la!!!


::Pls ignore my fat tummy.. sobs sobs! gemok::

::ini sebahagian dari hasil tangkapan untuk mak, kakak dan sedare mare::
Ok malamnya pulak kami ke Pasar Philippine. Makan seafood!! yes yes yes! sangat sangat sedap sampai nak nangis!


::sengaja dibesarkan gambar ni sebab nampak semuanya menyelerakan! yumm::

::nampak sikit jer tapi tak habis pun.::

Lepas tu borong lagi! Borong brooch pearl pulak. lupe nak snap gambar. Hehe..

Sabtu, 23 Februari 2013, kami ke Ranau pulak. agak jauh dari Tuaran lebih kurang 2 jam lebih perjalanan menaiki kereta. Kami pergi beramai-ramai dengan parents dan adik-adik Nurul.

Tempat pertama yang dituju ialah kolam Air Panas Poring.

::Family Nurul dah jalan kat depan nu..::
::Gini le rupenye kolam-kolam air panas.::

Kat Kolam Air Panas Poring ni Bukan saja ada kolam air panas semata-mata. Kat situ ada jugak Taman Kupu-kupu, Canopy Walkway, Kipungit dan Langanan Waterfall dan Gua Kelawar.

::Muka pucat naik canopy walkway::
Memang rugi la aku tak dapat mandi air panas sebab tengah peot pulak hari tu. Dapat rendam kaki pun jadilah. Lepas tu kitorang pergi panjat bukit pulak nak naik canopy walkway. Nak naik canopy tu memang perlukan keberanian tahap maksimum lah! Tinggi gila! Memang gayat! Nak sampai ke atas tu memang kena daki bukit sikit. Penat fuhh!!

Selepas tu kitorang singgah ke Ladang Teh Sabah pulak. Kat sini tak sejuk macam Cameron Highlands la. Suasana pun tak secantik Cameron. Biasa-biasa je. Lepas ke ladang teh singgah jap kat tempat ikan kelah yang gigit kaki tu. Tapi alamak.. gambar ikan xde la pulak! haihh!! Syok bila rasa gigi gigi ikan dok gigit kaki aku.. rasa macam kucing gigit gigit manja gitu la.. tapi ni ikan.. heee!


On the way balik singgah ke ladang lembu di Kundasang! Mooooooooo.... cantiknya tempat ni! Rasa macam kt New Zealand dah!
 
::rasa cam kat New Zealand woo::






::Nurul Bergambo ngan lembu. sehat lembunye::
::Mooooooooooooo::
Selepas puas tengok lembu dan minum susu lembu di Desa Cattle Farm kitorang bergerak ke Kaki Gunung Kinabalu pula! Yeah!


::Puncak gunung di kejauhan::
::Verangan jer lebih::

::sejuk jer kat atas ni::
Memang penat seharian berjalan tapi best sebab suasana kat Sabah sejuk jer. Cantik dan memang takde pencemaran macam kt KL ni. Memang teringin sangat-sangat nak pergi lagi. 

Ahad, 24 Februari 2013. Hari terakhir di Sabah. Kejap jer cuti haa.. rasa tak puas. Flight aku pulang ke KL pukul 4.30 ptg so sempat lagi jalan-jalan di sekitar bandar KK plus sambung shopping sikit lagi. hihihihihihi!!

::perkampungan atas air::

::Ni kat Sutera Harbour Resort::

The Damage!
ERL (dari Bandar Tasik Selatan ke LCCT pergi dan balik) RM10.80 x 2-------------------= RM21.60
Flight Air Asia ke Kota Kinabalu, Sabah (beli time promo)-------------------= RM260+ (anggaran sebab itinerary hilang)
Penginapan 4 hari 3 malam-------------------------------------------= Free (rumah Nurul)
Makan------------------------------------------------------------------= RM100++
Transport di KK---------------------------------------------------------= Free (kete Nurul)
Shopping (sourvenir ikan masin, ikan bilis, rumpai laut dll)-------------------------= RM300++                         

Sekian saja percutian di KK. Ohh kebetulan seminggu selepas aku balik dari KK kecoh satu Malaysia tentang pengganas Sulu di Lahad Datu tu. Mak aihhh.. seram! Semoga Sabah sentiasa dilindungi, aman dan tenteram selalu. Next time kita jumpa lagi!