Friday 25 February 2011

10 PETANDA DIA JODOH KITA

Rasanya ramai yang dah tau. Saja aku nak share kat sini. Copy & Paste jer.. hihi... 

Ditulis oleh Hj Abdul Samad

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

So amacam korang? Pasangan masing-masing ada ciri-ciri macam diatas ni tak? Bagi aku Alhamdulillah ada pada sidia... cuma ada la sikit kekurangan2 tertentu. Tapi tak apa. masa masih panjang untuk mengenali diri masing-masing sebelum melangkah ke alam baru. :) InsyaAllah kalau ada jodoh!



Thursday 24 February 2011

Gambar Konvo...

Actually aku konvo bulan Nov tahun lepas. Kira ni entry cerita basi je la. Hukhuk... saja-saja nak letak kat blog ni gambar konvo aku dengan kawan-kawan. Buat kenangan. Lepas dari konvo hari tu dah tak jumpa dah diorang. Masing-masing dah bekerja. :) Suatu hari nanti kita buat reunion ek! Nak jumpa korang balik!

Masa aku konvo diploma dulu aku kena demam virus. Teruk sangat demam panas sampai seminggu so gambar masa konvo diploma aku dengan kawan-kawan takde. Lepas hantar jubah terus balik. Sedihnya... Padahal zaman diploma itulah yang paling best dan banyak kenangan sebab zaman tu la aku baru kenal dunia, kenal kawan-kawan baru, pengalaman baru, 1st time duduk hostel, 1st time berjauhan dari family. Hmm... takpelah... kali ni untuk konvo ijazah aku kali ni aku takkan lepaskan peluang lagi nak bergambar puas-puas dengan kawan-kawan. Siap ada pre-convo shooting lagi!!! hambek kau!

Nak layan gambar kami? Jommm..

::Masing-masing muka hepi!::
::Kamilah pelajar UiTM!::
::Bangge!::
::Saya::
::Fakulti Terchenta::
::Didataran Mim::
::My fren yang rapat masa di UiTM Shah Alam::
::Kelakar la muka kau!::
::aihh tergolek!::


::Gaya apa ni ?::

::Gaya melompat ye kawan2::

::Sekali lagi.. Lompat!::

::Acara baling natang ni wajib! hak hak ::






Ok.. diatas ni gambar pre-konvo... shoot masa hari ambil jubah... hehehe
Bawah ni hari konvokesyen yang sebenar... Tak banyak ambil sebab orang ramai sangat. Kawan-kawan pun ntah pegi ke mana... Takpelah. Puas ati dah dapat bergambar! :)

::Namaku ada satu bintang ajer.. huhuhuuhuhu::
::Munge dari my mum::
::Kakak saye rendah :)::

Monday 21 February 2011

Nak Tahu Maksud "SEMEKOM" ???

Huhu.. bos aku MC hari ni... tak ramai yang ada kat office. Kerja pun tak banyak hari ni. Dah la Facebook kena block... Haihhh bosannya! Apalagi yang aku boleh buat selain merayau-rayau kat dalam office?? Blogwalking la... Jalan-jalan di alam maya pulak! hehehehe...

Tadi masa jalan-jalan aku termasuk dekat satu blogshop ni... Blog menjual shawls Boogie Shawl. Sambil-sambil jamu mata tengok shawl yang cantek2 (Nak shopping lepas gaji masuk nanti! hehehe) aku tertarik dengan satu post dalam blog tu mengenai ucapan Assalamualaikum yang betul... Selama ni aku dan kawan-kawan slalu praktikkan singkatan jer tanpa tau maksud yang sebenar. Haihhh... Aku kongsikan kat sini sikit untuk panduan kita bersama.. huhuhu

Kita seringkali menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" takpun "Semekom"... Aku sendiri pun selalu juga la guna perkataan Semekom tu... huhu...

Sebenarnye Tuan-tuan dan Puan-puan...

Perkataan "AKUM" tu adalah gelaran yang diberikan oleh orang-orang Yahudi kepada orang-orang bukan Yahudi yang membawa maksud "BINATANG" dalam bahasa Ibrani. Isk isk.. baru tahu ke.. :p

Perkataan "SEMEKOM" pulak bermaksud "CELAKA KAMU". See... dah berapa ramai dari kita yang suka singkatkan perkataan perkataan tanpa mengetahui maksud sebenar?

Seeloknya, kalau anda malas nak menaip sms atau tulis Assalamualaikum panjang-panjang seelok-eloknya gantikan lah dengan perkataan "As Salam" kerana "As Salam" membawa pengertian yang sama dengan Assalamualaikum...

Lagi satu janganlah kita gunakan perkataan "BYE" kerana "BYE" adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud "Dibawah Naungan Pope".  Kebanyakan dari kita ramai yang tak tahu kan... So dah tahu pandai-pandai la ingatkan diri sendiri. :)

Assalamualaikum... :)


Thursday 17 February 2011

Yee Sang! Lo Hei! Lo Hei!

Hari ni last day sambutan Chinese New Year. So kt office aku hari ni ada buat makan-makan sempena sambutan CNY dan juga birthday staff-staff yang lahir dalam bulan February. Ada Yee Sang, kek birthday Resepi Rahsia dan yang paling aku suka Prosperity Burgerrrrr... hehe..


Apa itu Yee Sang?

Yee Sang itu adalah hidangan salad ikan mentah yang dilambung cebisan ramuannya bertujuan untuk menyambut tuah. (Tadi kitorang lambung-lambung Yee Sang sampai berterabur atas meja... belemoih! Orang Melayu ramai yang tak reti pegang chopstick! huhu)

Dalam kalangan masyarakat Cina, mereka begitu menekankan hidangan Yee Sang ni pada Tahun Baru Cina kerana dengan menjamah Yee Sang, hidup seseorang akan diberkati dengan kesejahteraan (Prosperity) dan panjang umur. Memang sempoi la lunch tadi sebab siap ada Prosperity Burger McD lagi... hihihi!

First time makan Yee Sang, hurmm... boleh tahan la rasa dia. Ada manis-manis sebab bahan-bahan dia terdiri daripada ikan salmon mentah, keropok, dicampur dengan sayuran yang diparut dan kemudian digaul dengan sos dan bumbu special. Sedap jugalah. Lagipun aku ni suka makan Sushi... aku kutip jer salmon tadi.. hehehehe.. sian staff lain yang tak dapat.. hehehe :p

::ini dia yee sang yang kitorang makan tadi::

::rupa sebelum dilambung-lambung::

::Yeah.. lambung! lambung! lo hei! lo hei!::
Semasa proses melambung / menggaul Yee Sang, semua yang berada di keliling meja digalakkan untuk menjerit perkataan 'Lo hei'. Lo bermaksud menggaul sementara hei bermaksud kebangkitan. Justeru semakin tinggi Yee Sang itu diangkat semakin banyaklan kemakmuran dan kesenangan yang bakal dinikmati seseorang itu sepanjang tahun.


::my plate::

::Makan dengan meriahnya::
Sedap... huhu. CNY tahun depan rasa nak cuba lagi lah!


Sumber Maklumat mengenai Yee Sang diambil dari website MCA 


P/s: Terima Kasih Pada Abg Ben Ashaari kerana sudi mempromote blog yang tak seberapa ni! hihihi! Almaklum la saya nih masih baru. :') Terharuuuuu!!!

BEWARE ! H1N1 (INFLUENZA A)

BEWARE ! H1N1 (INFLUENZA A) -  PREVENTIVE MEASURES & ACTION PLAN

Hoh... hari ni pagi-pagi datang kerja kena buat body temperature screening kat main lobby entrance Ground Floor office aku. Pelik. Dah lama kot tak dengar pasal H1N1. Ada lagi ker?

Bukak-bukak email dapat lak satu email seperti tajuk diatas... huhuhu... ada sorang staff kat Level 21 disahkan positif H1N1 semalam... huiiii... aku Level 20 jer kot. Err.. semalam aku ada naik Level 21 tak?? Err.. takde. Masa naik lif semalam naik dengan sape ek? Err.. ramai sangat kot! mana ingat! Office aku saje dah 29 tingkat.. Uhhu.. aku baru jer baik dari selesema ni. Takde apa-apa la kot. Harap-harap :P

Ok! Jom buat kerja! Huhu..

Monday 14 February 2011

Masak Lemak Ikan Kering Bersama Nenas... yeahh!

Hai! Selamat menonton rancangan mari memasak bersama Cheffff Cidaaaa!!! Ehhee... hari ni Chef Cida nak menunjukkan cara-cara nak masak masak lemak ikan kering bersama nenas.. ehhheeee... 

Haaa... ada gaya tak? hihihi... Aku bukan terer masak sangat pun. Tak pakar lagi. Kalau takat nak masak masakan orang bujang simple-simple macam ni boleh la... hehehehe... Sebenarnye kan... Aku nak masak masakan yang ada nenas ni bersebab... Ingat lagi tak entry aku pasal mimpi paling syiokk tu? Kalau uolls dah lupa boleh kelik kat sini. Haa.. lepas dari mimpi tu aku teringat-ingat dekat buah nenas ni. Teringin giler nak makan. Haha.. tiga hari lepas aku balik jer dari kerja terus pergi cari buah nenas kat kedai runcit. Beli sikit barang-barang nak masak and then mulakan operasi!!! Yeahhh!!!

Aku nak gunakan buah nenas ni masak dengan ikan kering yang aku bawak dari kampung lepas balik raya cina tempohari. Syiokkk nyerrrr... slurppp!

::Ini antara bahan-bahannyer. Nenas sebijik kau aku hentam sorang2! ahaks::

::Ikan kering... err ikan apa tah.. lupa nama.. ikan duri kot. lepas dibasuh dan dibersihkan::

::Ramuan dalam masakan. Aku guna cili padi, bawang, kunyit dan serai.::

::Santan jangan lupa.::

::Aku takde lesung batu so guna blender ajela::
Aku tak ada sukatan-sukatan berapa banyak bahan-bahan yang digunakan. Main belasah aje. Mak aku ajar macam tu jer. Pandai-pandai lah nak agak sendiri. Huhuhu... yang penting garam, gula berpada-pada dan masakan tetap sedap!


Ok.. selepas dah blend semua bahan tadi masukkan semua sekali dalam periuk. Yer semua bahan yer puan-puan. Daripada nenas, ikan kering, santan, serai dan bahan-bahan blend seperti cili, bawang dan kunyit tadi. Oppss.. gambar periuk atas dapur tak snap pulak... huhuhuhu :P

::Bila dah siap sedap dilantak bersama-sama nasi panas.. Fuuhhh heaven!
terlebih kuning sebab aku taruk kunyit byk! ehhe::

:::Ni nenas yang lebih. Dibuat menyicah bersama kicap, belacan, gula dan cili padi. Ohh sangat heaven juga!::

Ok.. itu saja rancangan memasak bersama Cheffff Cidaaaa... ahaks! Selamat mencuba. Semoga kita berjumpa lagi di lain hari! Mmmmuaaahhhhh!!!






Friday 11 February 2011

Petua Merawat Selesema... haaashummm!!

Haihhh.. hidung ni still lagi tersumbat dari semalam... amat tidak selesa... aku datang office hari ni pun dengan semangat yang kurang. Nasib baikla kerja tak banyak sangat hari ni... tapi kejap lagi taktau la kot tiba-tiba dapat task baru.. uhuukk...

Haihh.. Cida ni kata nak kongsi petua! Ok2! Petua-petua yang aku dapat ni sebenarnye aku godek-godek dari internet jer.. hehehe.. cuma aku buat macam kompilasi la kat sini sebab ada macam-macam petua yang aku jumpa. Ok... sape-sape yang tengah selesema tu jom tengok dan cuba!

Petua Merawat Selesema:
1. Langkah awal yang perlu dilakukan supaya selesema tak melarat adalah banyakkan minum air suam dan kurangkan makanan yang berminyak.

2. Ambil beberapa batang sirih, hancurkan batang sirih tadi sehingga mengeluarkan lendir. Lepas itu sapukan lendir tu kat hidung. Ia bertindak melegakan selesema dan hidung yang tersumbat.

3. Ambil kunyit hidup. Asah kunyit pada belakang pasu. Kemudian sapu hasil asahan pada batang hidung. (haa.. yang ni sesuai untuk bayi ok! Anda bayi ker?)

4. Sapukan sedikit kapur sirih yang dicampurkan dengan minyak kelapa ke bahagian kerongkong dan batang hidung. Ia baik untuk mengatasi batuk dan selsema.

5. Tadah air contohnya macam ambil wuduk, masukkan air tersebut dalam hidung dan biarkan dalam 3 ke 5 saat. Kemudian hembus keluar air tersebut. Ulang sebanyak 3 kali dan dilakukan selepas bangun tidur.

6. Buah limau nipis diperah dalam air teh (tanpa gula atau susu) yang panas atau suam lalu diminum terus.

7. Minum air rebusan daun kaduk.

8. Telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak 3 kali sehari dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih. (bawang putih jer?? Err…)

9. Satu sudu makan madu lebah dicampur dengan ¼ sudu teh serbuk kayu manis dan amalkan dua kali sehari sehingga sembuh.

Hurmmm... nak try yang mana satu ek? Kalau yang guna daun sirih dan daun kaduk tu memang tak dapat la kot. Mana nak cari kat KL ni.. huhuhu.. Tesco ada jual ker? tak tau la.. aku jarang pergi.. hukhuk... Ermm.. yang bawang putih tu ok kot... tapi erkk.. nak telan sebijik bawang putih... aku fikir dulu lah... :p

Sumber Petua:

Thursday 10 February 2011

Flu... I Hate You! Hurmm...

Selesema yang merimaskan...

Hari ni kene selesema. Rasa rimas sangat bila hidung dan mata berair. Ni mesti kes orang bersin dekat aku semalam dalam komuter. Hmm sejak dulu lagi antibodi aku tak berapa kuat. Senang sangat terjangkit dengan orang sekeliling. Tak boleh nak elak. Hari-hari pergi dan balik kerja naik komuter. Terpaksa bersesak-sesak dengan orang ramai.

Kepala dah mula berat ni. Tak sabar-sabar rasa nak balik. Dah rimas sangat-sangat dengan hidung yang berhingus jer dari pagi tadi. Haihhhh... Takde mood dah nak buat kerja... Tengok workstation ni pun dah meluat. Nak balik rumah golek-golek sambil sedut Vicks Inhaler... wuwuwuwuwuwu..

Malam ni sure tak boleh tidur dengan hidung yang tersumbat ni... :( Owh Vick Inhaler... :(

Monday 7 February 2011

Mimpi yang paling syiokkkkk!

Mimpi apa yang paling best bagi korang?

Bagi aku mimpi yang paling best ialah mimpi pasal makanan. Hahaha! Aku ni kuat makan. Pelahap Ya Rabbi! Korang bagi jer apa-apa makanan sure aku hadap punye la tolak batu, kayu dan yang haram jer.

Ok berbalik pasal mimpi. Pagi tadi aku mimpi best :D Aku bermimpi berada dalam satu majlis kenduri. Makan nasi minyak lauk ayam masak merah, pajeri nenas dan banyak lagi. Lauk yang paling sedap dan paling paling paling aku ingat sekali rasa dia yang paling sedap ialah pajeri nenas. Huhu pelik betul! Di alam nyata aku bukan la suka sangat pajeri nenas. Tapi dalam mimpi tadi aku rasa itu la lauk yang paling syiokk!!! Rasa dia dalam mimpi terbawak-bawak sampai sekarang. Hukhuk teringin pulak nak makan pajeri nenas. Hurmmm.. nak masak lauk ni sesedap macam mak aku masak aku tak pakar lagi. Tambah-tambah nak cari kelapa buat kerisik pulak. Kat kampung semua buat sendiri taw. Raw material semua belakang rumah jer. Hukhuk... pendamkan aje la... Kat KL ni makan je la apa yang ada. Jangan nak mengada-ngada!

Mimpi aku terganggu dengan satu bunyi. Bukak-bukak mata tengok dekat henpon yang dok menjerit ni dah 6.55 pagi! Aku dah terlewat! Aku kunci jam dekat henpon Nokia ni pukul 6.40 pagi.  Hampeh... berapa kali snooze dah dia. Huhu...

Teringat lagi scene dalam mimpi sebelum terjaga. Aku tengah sedap-sedap meratah pajeri nenas. Ada kawan tegur suruh aku tukar baju kurung sebab lepas ni nak ambil gambar. Dalam mimpi tadi aku pergi kenduri pakai seluar dan tshirt jer. (-_-") Masa meratah tu telinga aku ada tangkap satu bunyi kuat taw tapi aku buat tak pedulik sebab aku ingat tu bunyi henpon org sebelah. Dalam hati marah jugak la kenapa die tanak angkat phone die. Haha... Then aku pun tinggal la kejap pinggan aku beserta pajeri nenas tu nak naik rumah pegi tukar baju cepat-cepat dengan hasrat nak amik gambar lepas tu sambung meratah lauk balik.

Lepas naik tangga dan sampai kt depan pintu terjumpa laptop jiran sebelah kat depan pintu die. Aikk.. nape die tinggal laptop camtu jer... tak takut kene curik ker? pikir aku... yang peliknya laptop dier kuarkan satu bunyi pelik yang sangat nyaring dan kuat... lepas tu aku terjaga. Ahhaaa... henpon kat sebelah telinga aku yang tengah menjerit-jerit. Tengok skrin die dah pukul 6.55 a.m. OK! Aku terbabas!!! Haihhh... first day masuk kerja selepas balik cuti seminggu... hokhokhok...

Sunday 6 February 2011

Perempuan2 Yang Bisa Buat Aku Tak Senang Duduk... ehhe..

Wahhh tajuk! Perempuan2 yang bisa buat aku tak senang duduk? hehehe... Bisa bikin kecoh woohh! Hahahaha takde apelah. Perempuan2 yang dimaksudkan adalah kawan-kawan rapat aku atau orang puteh kata BFF! Mereka-mereka yang selalu ada apabila susah atau senang. Berkongsi rasa sedih dan gembira! :)


Aku ada empat orang BFF, diorang ni rapat dengan aku sejak dari skolah menengah dulu lagi sampai la sekarang. Sekarang ni masing-masing ada yang dah bekerjaya dan ada yang still belajar lagi so kami sekarang berjauhan antara satu sama lain. Dua orang di KL, sorang Negeri Sembilan & sorang lagi dah balik duduk kat hometown. So dapat jumpa pun bila masing-masing balik kampung time cuti.


Cuti raya cina kali ni kitorang dapat la berkumpul dan keluar berseronok sama-sama, selalu time raya kami keluar beraya jer. Kali ni kami pergi karaoke! hehehehe... Aku ni tak suke sangat karaoke. Almaklumlah suara tak sedap lansung! Sebelum ni memang teringin pun nak karok tapi my bf tak penah nak bawak... die asyik pegi dengan kawan2 die jer... hurmm.. sedih! Eh. ehh.. lari tajuk.. Ok2.. So kitorang berempat pun keluar la bersama-sama semalam.



Mula-mula kami buat Party Bihun Sup dulu kat rumah Iena. Hikhik! Party bihun sup pun ada ek? kikikiki... Iena yang masakkan untuk kitorang sebab da lama kami ngidam nak makan. Tapi semalam perut aku kurang sedap... aiseyyy.. takleh nak sumbat banyak-banyak pulak... hishh.. Nanti mesti aku ngidam nak makan lagi ni! Da la Iena masak banyak! :p Sori arr Iena! Thanks sebab masak untuk aku! heeeee.... Lepas dah kenyang kami pergi pulak amik Noin kat Cyber Cafe kakak dia. 


::Kure-kure Iena yang membawa kami berempat::


Lepas lepak-lepak kt CC tu kami berempat pun bergerak ke destinasi yang dituju untuk melalak sepuas-puas ati. Sebelum sampai ke pusat karaoke tu sempat lagi diorang singgah kt town Taiping nak beli something. (diorang dah komplot nak kenekan aku tp aku awal2 lg dh dapat hidu... ehhe aku kan bijak! :p)



::Peace yo!::
Mari Berkaraoke bersama-sama!



Masa aku tengah karok Iena dengan Noin keluar jap dengan alasan nak pergi toilet. Ahahahaha... Berlakon!!! Padahal nak pergi ambil........... ;p


Surpriseeee... diorg masuk bwk kek... huhuhu



huhu.. sambil makan kek dan karaoke! ok itu ajer.. huhuhu


update 19/11/2013 : Byk gambar yang aku remove kerana dulu aku tak bertudung. Heeee