Aku baru jer balik dari menonton cite ni tadi. Fuuu.. Two thumbs up! Best la! Aku memang suka sangat cerita-cerita epik macam ni. Walaupun dalam movie ni tak sama seratus peratus macam dalam sejarah asalnya tapi still ada kena mengena. Merong Mahawangsa ni adalah Raja pertama Kedah kalo korang nak tau. Kedah satu ketika dulu dikenali dengan nama Langkasuka. Kemudian nama Langkasuka tu ditukar dengan nama Kedah Zamin Turan.
Sangat seronok sebenarnya bila kita mengetahui asal usul negeri-negeri kat Tanah Melayu ni. Asal usul nenek moyang kita. Asal usul kedatangan agama Islam ke sini.
Hikayat Merong Mahawangsa menerangkan asal usul raja-raja Kedah berdasarkan mitos dan lagenda, menjadi ahli genre sastera sejarah tradisional Melayu. Hampir setiap kerajaan Melayu zaman silam mempunyai hasil sastera sejarahnya sendiri yang menerangkan asal usul raja-rajanya, asal usul negeri, perkembangan sejarahnya dari awal hingga ke akhir berdasarkan konsep sejarah yang dipegang oleh masyarakat Melayu tradisional. Hasil sastera sejarah itu dipegang oleh kerajaan berkenaan sebagai suatu dokumen yang sah bagi mengabsahan hak dan kuasa raja ke atas negerinya.
Ringkasan Cerita HMM (diambil dari website Sastera rakyat Kedah)
(Cerita asal HMM bukan yang filem tu)
Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh geroda. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Ia pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.
Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepaga Sultan Muzaffar Syah.
Ok... berbalik pada filem HMM yang diarahkan oleh Yusry Abdul Halim, aku rasa memang terbaik lah! Suka sangat. Kalau boleh nak sangat adik beradik KRU arahkan lagi filem epik macam ni. Rate dia aku bagi 5/5 lah! Superb!!
"Empangan kalau sudah mula dibuka manakan dapat ditahan airnya" :p
No comments:
Post a Comment