Friday 24 February 2012

A Week in Beijing Part 3

Sambungan cerita dari

Haa.. sambung lagi cerita bercuti yang tak abis-abis ni. Naik muak dah bace yer. Nak buat cemana cuti panjang sangat. Gambar cantik-cantik pun banyak giler nak kongsi. Hahaha!

Hari Keempat, 7 February 2012
Melawat Summer Palace, Kilang Mutiara, Kedai ubat, Mengurut kaki dan shopping.

Pagi-pagi kitorang dibawak pergi tempat mengurut kaki. Free jer. Lepas direndam kaki dalam air panas diorang pun datang mengurut kaki. Tapi urut biasa-biasa jer tak sakit pun. Takde la best sangat. Lepas mengurut depa pakat mintak tips. Heh... Layan jer.


Kemudian terus bergerak ke beberapa tempat lain, tempat jual pisau la... lunch la.. (Malas nak letak gambar yang tu). Then ke Summer Palace.



Summer Palace atau Istana Musim Panas ni berfungsi sebagai istana singgah bagi Maharaja-maharaja Dinasti Qing. Suasana di Summer Palace ni sangat sejuk kerana diliputi tasik yang sangat luas. Maharaja, Maharani dan gundik-gundik serta keseluruhan rombongan akan pergi ke istana ini pada musim panas berikutan suhu di Beijing sangat panas. Pada hari-hari biasa diorang tinggal kat Istana di Forbidden City.

Satu daripada ciri landskap utama istana ini ialah Tasik Kunming yang luasnya 2.2 kilometer persegi. Masa musim sejuk macam yang aku pergi ni, tasik ni beku dan ia digunakan untuk aktiviti luncur ais.

::Tengok tasik dah mula mencair sebab aku pergi pun dah penghujung winter.::

::Nampak panas tapi sejuk nak mampos::





::Sini ais beku lagi ni::





::pengsan dah..::

::ais kat sebelah sana keras lg depa pi main luncur air atas kerusi.. hahaha time ni aku dah lari naik bas tak tahan sejuk.::
Lepas puas lepak kat Summer Palace kitorang dibawa ke kilang Mutiara pulak. Depa ternak mutiara tu kat dasar Tasik Kunming ni la. Then dibawa pulak pergi shopping disuatu tempat tertutup. Jengjengjeng...

::Ape kene nih?::
Haha.. sejuk sangat tu. Sebab tu la kitorang berhimpit kat dalam tu. Tuan kedainye tak sampai lagi. Sejukkk.. tak tahan!

Lepas shopping, pegi dinner dan balik ke hotel.


Hari Kelima, 8 February 2012
Tea ceremony, Birdnest Stadium andddddd shoppingggggg!

Pagi-pagi lagi bangun, breakfast dan bersiap untuk ke tempat minum teh. Jauh bebenor lak nak minum teh eh.. haha. Aku tak berminat sangat nak amik tau pasal teh ni. Duduk jap dalam bilik penerangan tu pastu kuar gi toilet biar diorang jer yang minum. Huhu



::Amoi-amoi pink tengah tunjuk skil buat teh ceroi n amoi kunin tengah bagi penerangan dengan english lintang pukang. Yang didepan tu buat-buat paham.Muahaha::

::die ckp cawan tu boleh bertukar corak bile kene air panas.::
Okay abis cerita kat Kedai Teh kitorang gerak la pergi Birdnest Stadium.

Bird Nest Stadium ataupun nama dia Beijing National Stadium disiapkan utuk digunakan pada Summer Olympic 2008 yang lepas. sekarang ni jadi tempat perlancongan yang baru di Beijing.

::Menggila dalam kesejukan::



::Mempoyokan diri sekejap::



Okey. Aktiviti seterusnya? apekahhh??? yeayyy shoppingggg!!!!

Hari Keenam, 9 February 2012
Full day shopping dari pagi sampai malam. Haha! happy time!

Time shopping tak amik gambar la. Mengganggu jer bawak kamera. Tinggal dalam bas jer.

Malamnye pulak. Malam terakhir di Beijing. Merayap di sekitar bandar dan cuba menghabiskan duit yang tersisa. Hehe..

Dekat hotel yang kitorang tido malam last tu ada pasar malam. Pasar malam di China tak macam pasar malam kita. Diorang hanya jual makanan sahaja. So kitorang pun merayap la sekitar pasar malam tu. Nak tau apa yang kitorang jumpa? erkkk.. uwekkk.. sate ular, sate cengkerik, sate lipan, sate katak.. yekkssss

Tapi kat sini ada jugak la makanan yang halal. Tiap-tiap gerai ada tanda. Gerai orang muslim ada tanda warna hijau dan kadang-kadang ada tergantung perkataan Bismillah.




Hari Ketujuh, 10 February 2012
Pulang ke Malaysia terchenta...

Akhirnyaaaa... saat ditunggu-tunggu pun tiba. Kembali ke tanah air terchenta. Hihihi.. Baru seminggu kat negara orang dah macam apa tah. Aku tak tahan sejuk, tak tahan makanan diorang, tak tahan dengan tahap kekotoran tandas dan lantai diorang.. urghhh!!! Orang-orang di Beijing pun tak friendly. Semua macam pentingkan diri dan pentingkan duit. Serius. Pastu diorang kurang sabar. Almost everyday aku jumpa accident la gaduh la. Tak best lansung! Tapi yang bestnye percutian ni adalah shopping!! giler bapak murah shopping kat sana. Heaven lah! Pastu tempat-tempat perlancongan yang cantik-cantik.

Kitorang bertolak pagi-pagi ke Tianjin menaiki Bullet Train China. Laju woo.. Kalau naik bas dari Beijing ke Tianjin makan masa lebih kurang 2 jam. Naik bullet train setengah jam jer. Huhu..





::suhu diluar = 1 celcius::

::kelajuan bullet train = 291 km/h ::

Di Tianjin kitorang jumpe sesuatu di sebuah restoren tu. erkk



::Nak buat masak ape la agaknye ni yer?::

::sejenis makanan diorang::
Hehe.. aper tu....
Okey la setakat tu jer cuti aku kali ni. Lepas ni nak pergi Seoul, Korea pulak! Chewahhhh!!!

No comments: