Wednesday 18 September 2013

Seoul, South Korea Day 1 : Seoul Backpackers - Namdaemun Market

Assalamualaikum...
Ahai.. ni antara salah satu entry kepam yang aku simpan draftnyer berbulan-bulan. Sekarang baru nak update. Aku pergi Korea selatan bulan May yang lepas dan aku hampir dah lupa info-info perjalanan aku masa kat sana. Teehee... Aku update je la apa yang aku ingat okay! 

Aku pergi dengan colleagues office 4 orang jer. Semua ladies u'ols! Kitorang tak amik mana-mana agen pun. Just rancang trip, bli tiket, buat itinerary sendiri, research pasal pengangkutan dan perjalanan kat sana dan terus fly 10 hari 9 malam ke Korea. Aku lah yang agak gila sebenarnya. Tak berapa nak ready untuk fly ke sini sebab baru sangat balik dari Ho Chi Minh dah nak siap sedia ke Korea pulak. Nasib baiklah diorang ni rajin prepare apa yang patut and aku just follow jer.

Firstly aku nak komen tentang Korea adalah tentang rakyat Korea yang peramah sangat! If kita tanya pasal jalan diorang akan sedaya upaya tolong tunjukkan jalan walaupun ada masalah bahasa sebab kebanyakan mereka tak tahu English. Kadang-kadang dah macam ayam ngan itik dah! Diorang jugak sampai amik kertas lukis peta jalan and bagi kat kitorang! hihihi! Rakyat Korea jugak pembersih sampai secebis sampah pun tak ada tau tapi yang peliknya tong sampah memang sangat susah nak jumpa.

Secondly, diorang punya transportation memang terbaik la. Kebanyakan rakyat Korea menggunakan Subway train. Memang effective dan laju. Punye la banyak line dan station die sampai nak hafal pun macam nak muntah dah. So peta subway train memang sentiasa ada kat tangan lah. Walaupun ini adalah kali pertama kami semua sampai ke Seoul tanpa ikut mana-mana agen kami tak pernah sesat! Yeah!! Terbaiklah! Tapi ada la jugak tersilap jalan terambil jalan jauh camtu tapi yang penting kami semua jumpa jalan yang betul.

Thirdly, scenerynya yang cantik! Terutamanya kat Nami island and the palace. But yang itu nanti aku cerita panjang lebar. Kesimpulannya Seoul Korea memang best dari semua aspek kecuali bab makan. Susah nak cari restoren halal. Tapi tak apa boleh bawak dari Malaysia. Aku akan datang lagi ke Seoul mungkin musim Winter nanti ker dengan encik suami pulak. Hehe! Boleh main salji kat Nami Island. Yeayyyy!!

Day 1: Friday, 17/05/2013 (Incheon Airport - Seoul Backpakers - Namdaemun Market)
First day, pagi-pagi lagi aku dah gerak sebab flight pukul 8 lebih. Encik bf hantarkan sampai ke LCCT dan berjumpa dengan member-member lain semua kat sana. Flight ke Seoul mengambil masa lebih kurang 7 jam perjalanan. Lebih kurang jam 4.20 petang (waktu Malaysia 3.20 petang beza satu jam aje) kami touchdown di Incheon International Airport. Kami semua siap-siap beli T-Money di airport supaya senang untuk bayar tambang dan shopping. T-Money ni kira macam kad touch-n-go kat Malaysia lah cuma penggunaannya di Korea lebih meluas. T-Money boleh guna untuk tambang bas, teksi, subway train, beli makanan dan macam-macam lagi lah!
::Ini la rupa kad T-money tersebut. Jangan risau untuk topup brape banyak duit pun sebab nnt boleh refund balik balance tu kat station Subway bile nak balik Malaysia!::

::Papan tanda tempat tunggu bas. Senang sangat nak cari.::
Kami ambil bus bernombor 6702 untuk ke Millenium Hilton Hotel (tapi tak duduk kat hotel mahal tu pun.. kihkihkih) dan kemudian dari lobby hotel tu kami pun berjalan la empat-empat orang ni mencari guesthouse yang kami dah book tu Seoul Backpackers nama dia. Kalau ikut peta yang diorang bagi nampak macam dekat lebih kurang 5 ke 10 minit berjalan kaki dan ye memang dekat tapi jalannya mak aih... gerun turun bukit panjat bukit weh... dah la kami berempat bawak luggage kemain beso! wakakaka.. bukannya bawak bag pack tapi luggage!! Masing-masing menolak bag macam nak pengsan dalam suasana yang sejuk tu. 

::Ni dia rupa Seoul Backpackers. Rumah tumpangan kami untuk 10 hari di Seoul, Korea. Tengok kat website kemain lawa. Bile sampai buruk jer. Wakakaka! Tapi yang penting bersih. Jadi la...::
We all book Seoul Backpacker lebih kurang 2 ke 3 bulan sebelum pergi. Asalnya nak duduk kat Namsan tapi Namsan dah penuh. So duduk dekat dengan Seoul Backpackers ni sebab dekat jugak nak pergi N Seoul Tower tu. We all amik Family room untuk 4 orang. 100,000KRW per night (stay more than 7 nights dapat diskaun free 1 night). Ada 1 queen size bed dan bunk bed 2 tingkat. Private bathroom, free wifi, fridge, microwave, TV so okay la duduk situ. Total bayaran untuk 10 hari 9 malam cuma 800,000KRW. Bahagi 4 orang seorang cuma bayar RM565.70. 

Lepas check in di Seoul Backpackers we all semua relax-relax jap dan kemas-kemas barang semua. Lepas mandi semua siap kami pun keluar la berjalan-jalan ke Namdaemun Market. Dekat sesangat jalan kaki 5 minit dah sampai.

::Merata tempat ada poster pakcik Psy ni::
 

Ok.. nak cerita pasal tempat shopping yang best dekat Korea nih. Kalo nak shopping wajib pergi ke Namdaemun dan Dongdaemun Market. Pada zaman dulu kala, Namdaemun dan Dongdaemun ni adalah pintu gerbang utama ke kota Seoul. Sebab itu lah kalau kita pergi ke dua-dua market ni kita jumpa landmark dia pintu gerbang besar macam kat bawah ni.



 
 
Dongdaemun ialah pintu gerbang timur utama bagi kota Seoul. Dikenali sebagai syurga fesyen Korea dan ada banyak shopping mall berskala besar kat sini. Pelancong boleh berkunjung ke Dongdaemun siang atau malam sebab Dongdaemun ni hidup hampir 24 jam.

Untuk ke Dongdaemun, boleh menaiki subway line 1 atau line 4 dan turun di Stesen Dongdaemun. Tapi aku dan kawan-kawan tak sempat singgah Dongdaemun lama-lama sebab masa tak mencukupi. Kami banyak menghabiskan masa bershopping di Namdaemun Market sahaja.

Namdaemun pula merupakan pintu gerbang selatan utama pada Dinasti Joseon. Namdaemun market terletak bersebelahan dengan pintu gerbang ni. Pasar Namdaemun terdapat macam-macam jenis barangan antaranya baju, kraftangan, sorvenir, makanan, poster kpop, kertas, sayur dan lain-lain. Benda-benda pelik pun ada jual kat sini! Hahahah! Dan harganya agak murah berbanding market yang lain di Seoul.

Untuk ke Namdaemun market, pelancong boleh naik Subway line no 4 dan turun di stesen Heohyeon. Kitorang pulak jalan kaki jer dari guesthouse sebab memang duduk berhampiran Namdaemun Market. Hehe... Namdaemun market ni tutup pada hari Ahad.

::Namdaemun market.::
::Kedai jual sorvenir. Kami dah aim dah nak beli yang mana::

::kedai jual paper yang cantik-cantik::
::Brooch::


Disamping mencuci mata dengan barang-barangan di Namdaemun market kami semua nak cari makanan. Semua pakat dah lapar. Ada satu kedai kebab halal di Namdaemun. Pusing punya pusing tak jumpa-jumpa. Last-last singgah 7e beli nasi balik ke bilik panaskan dalam microwave nasi tu dan makan dengan lauk-lauk dalam tin yang dibawa dari Malaysia. Nasi korea bulat-bulat comel dan melekat macam pulut sikit.

::Dinner malam pertama::
Okayla. Itu saja cerita hari pertama di Korea. Nanti aku sambung hari seterusnya pulak bile free. Tata...

 

No comments: