Friday 30 December 2011

Ke Pulau Pangkor with Gurlfwens...

Salam pagi Jumaat.

Ohh hari ni last Jumaat dalam tahun 2011 sebelum masuk 2012. Hari terakhir bekerja 2011. Hehe... azam-azam tahun ni dah tercapai ke belum? Aku baru nak semak-semak balik diari nak tengok azam yang aku buat. Ada gak la yang dah tercapai.. yang belum tercapai tu dibawak ke tahun hadapan lah plak kan... azam tahun depan plak nnt dibawak ke tahun 2013 plak.. dan seterusnye lah.. hahah!

So sebelum nak masuk tahun baru ni aku nak clearkan la draft-draft blog aku nih. Banyak yang aku nak story tapi tak sempat. Asyik busy jer manjang. Kali ni aku nak cerita pasal percutian lepas.

Dalam bulan November lepas aku ke Pangkor dengan kawan-kawan rapat semasa belajar kat UiTM Seri Iskandar dulu-dulu. Kenal diorang ni sejak tahun 2004 lagi masa mula-mula masuk U sampai lah sekarang dah 7 tahun dah. Dulu masa mula-mula kenal masing-masing cekeding-cekeding tapi sekarang dah.. erkk... chomel-chomel belake. Hehe...
Diorang nih la antara kawan-kawan yang aku mula-mula kenal masa kat UiTM Perak. Masing-masing first time berjauhan dari family dan first time duduk hostel. So rasa macam rapat sangat sebab 24 jam dok "aku tengok muka hang, hang tengok muka aku" hahahahha! Setelah 4 tahun kami tinggalkan UiTM Perak, kami berpakat nak bercuti bersama sambil mengimbau kenangan lama... Ecewaahhhh! So bermulalah perjalanan ke Pangkor.

Hari Khamis pagi, 10 November 2011. kami bertolak dari KL menuju ke Lumut, Perak.


Dari Jeti Lumut ke Pulau Pangkor menaiki feri amik masa lebih kurang 40 minit je. Tambang RM10 pergi balik. Kereta kitorang parking kat tepi hotel ape tah kat tepi Jeti tu dengan bayaran lebih kurang RM20 untuk 3 hari.

::jeti Lumut::

::Dalam feri daa::
Kat Pangkor kitorang stay kat Apartment Coral Beach Resort, Pantai Pasir Bogak. Kat sini tempat die private sket dan pantai pun cantik sangat berbanding ngan Teluk Nipah.


::Bogakk::



::Kengkonon sunset la..::
First night kitorang tak buat apa-apa. Lepas makan kat kedai tepi hotel terus lepak kat apartment tengok drama kat TV dan sembang-sembang jer.

Hari Kedua di Pangkor, kami bercadang nak sewa bot pergi snorkelling dan island hopping.

::Contact la Mr Kunabalan ni.. huhuhu::
Sewa boat untuk 2 jam hanya RM130 dan segala peralatan snorkell sume RM20 so jumlahnya adalah RM150 sahaja.

::Get ready::
::happy faces-asilah n ina::

::nampak tak penyu kat situ?::

::ikan-ikan::
::lepas penat snorkel budak boat tu tinggalkan kitorang jap kat satu pulau ni... Teluk Man atau Man bay.. aku panggil Manbai::
::Ontah la makkk::

::kaki-kaki yang luka kena terumbu masa snorkelling td::



::Ina senget::
::ini... ini starfish::

::ni entah lah.. huhu::

Lepas balik ke apartment, rehat-rehat jap and siap-siap pergi lunch kat depan hotel pastu kirorang sewa teksi pink (van wane pink) untuk pusing satu Pulau Pangkor menaiki van pulak. RM 70 kot kalau tak silap sebab Pak Cik driver van tu jadi pemandu pelancong sekali bercerita tentang tempat-tempat menarik kat Pangkor ni.


Adalah dinasihatkan di Pulau Pangkor ni jangan la sewa kereta konon-konon tak nak naik van dan nak jimat or nak tunjuk terer sebab jalanraya kat pulau ni sangat sempit, curam dan bahaya sangaatttt tau! Hanya driver-driver van dan penduduk setempat je yang pakar drive kat sini. seriau beb masa nak naik bukit. Curam giler.

::Biawak melintas::
Driver tu bawak kitorang ke Tokong Fu Lin. Tapi sebelum tu sempat singgah kat Kilang memproses makanan laut seperti satay ikan, sotong dan lain-lain. Beli kat kilang die lagi murah dari kat kedai-kedai tepi jeti tu.


Then, kitorang singgah kat Tapak Kubu Peninggalan Belanda.




Malamnye pulak kitorang sewa teksi pergi ke Teluk Nipah untuk makan ikan bakar. Restoren Ikan Bakar kat Pasir Bogak tempat kitorang tinggal tutup sebab owner balik kampung. keh keh keh

::Antara ikan-ikan yang bakal dilahap... Kat sini sebelum nak order, masa pilih-pilih ikan tu wajib tanya berapa harga die dulu tau kalo tak abis la kene kencing kaw-kaw.::
::Antara muka-muka kebulur.::
Last day bercuti, bertolak dari Jeti Pangkor untuk kembali ke Lumut.




Bubye Pangkor!





Semoga berjumpa lagi.. hehehehe...

Sesampai jer di Pangkor sempat la shopping tshirt dan fridge magnet dan lain-lain. Then kami semua bertolak ke satu lagi destinasi yang ingin dituju. Kemanakah? 
Nantikan next entry!

::Ina, Cida, Silah n Ada::
Sekian.

No comments: