Assalamualaikum
Wow.. lama giler tak hapdet! Maaf lah busy! Tak busy pun aku buat-buat busy. Banyak hal yang berlaku yang menyentuh sensitiviti dan perasaan diri sendiri. Heheh.. nanti kita cerita lain lah yew.. Sekarang aku nak hapdet entri kepam dari bulan February yang lepas. Fuuuuuu... sekarang dah July kot! Sori sori sori.. jiwa tak tenteram beberapa bulan ni. Sekarang aku dah tak gila lagi.. ehek! Bila dah happy baru boleh update entry.
Pemergian aku ke Sabah seorang diri pada 21 Februari yang lepas adalah disebabkan masalah jiwa yang tidak dapat ditahan-tahan (kikiki). Lepas balik dari Singapore still rasa tak tenang then contact member aku kat Kota Kinabalu bli tiket dan terus fly ke sana. Lagi pun memang dah rindu nak jumpa kawan aku si Nurul ni.
Holiday kali ni pun bajet ciput jer. Aku cuma keluarkan duit tambang flight dan duit shopping masa kat sana. Penginapan 4 hari 3 malam adalah free sebab menumpang rumah family Nurul kat Tuaran.
Khamis, 21 Februari 2013, Flight aku pukul 3 petang. First time aku naik ERL ke LCCT sorang-sorang. Hehe... pukul 12.30 tengahari aku dah gerak dah dari rumah. Sampai-sampai je LCCT, check in dan fly ke KK. Seronok pulak rasa travel sorang-sorang ni. Sampai di KK lebih kurang pukul 5.40 ptg. Nurul dah terpacak tunggu kat arrival hall. Hehhehe... 1st night cuma rehat jer kat rumah Nurul tak pergi mana-mana lagi.
On the way balik singgah ke ladang lembu di Kundasang! Mooooooooo.... cantiknya tempat ni! Rasa macam kt New Zealand dah!
|
::rasa cam kat New Zealand woo:: |
|
::Nurul Bergambo ngan lembu. sehat lembunye:: |
|
::Mooooooooooooo:: |
Selepas puas tengok lembu dan minum susu lembu di Desa Cattle Farm kitorang bergerak ke Kaki Gunung Kinabalu pula! Yeah!
|
::Puncak gunung di kejauhan:: |
|
::Verangan jer lebih:: |
|
::sejuk jer kat atas ni:: |
Memang penat seharian berjalan tapi best sebab suasana kat Sabah sejuk jer. Cantik dan memang takde pencemaran macam kt KL ni. Memang teringin sangat-sangat nak pergi lagi.
Ahad, 24 Februari 2013. Hari terakhir di Sabah. Kejap jer cuti haa.. rasa tak puas. Flight aku pulang ke KL pukul 4.30 ptg so sempat lagi jalan-jalan di sekitar bandar KK plus sambung shopping sikit lagi. hihihihihihi!!
|
::perkampungan atas air:: |
|
::Ni kat Sutera Harbour Resort:: |
The Damage!
ERL (dari Bandar Tasik Selatan ke LCCT pergi dan balik) RM10.80 x 2-------------------= RM21.60
Flight Air Asia ke Kota Kinabalu, Sabah (beli time promo)-------------------= RM260+ (anggaran sebab itinerary hilang)
Penginapan 4 hari 3 malam-------------------------------------------= Free (rumah Nurul)
Makan------------------------------------------------------------------= RM100++
Transport di KK---------------------------------------------------------= Free (kete Nurul)
Shopping (sourvenir ikan masin, ikan bilis, rumpai laut dll)-------------------------= RM300++
Sekian saja percutian di KK. Ohh kebetulan seminggu selepas aku balik dari KK kecoh satu Malaysia tentang pengganas Sulu di Lahad Datu tu. Mak aihhh.. seram! Semoga Sabah sentiasa dilindungi, aman dan tenteram selalu. Next time kita jumpa lagi!
1 comment:
wow, tang rumah ngan transportation dah save banyak..
Post a Comment