Wednesday 26 November 2014

The Wedding : Outdoor Photoshoot

Assalamualaikum...

Ha.. hari ni just nak selitkan gambar-gambar outdoor photoshoot time kahwin dulu. Kalau kat tempat korang selalu buat outdoor kat mana?


Majlis sanding sebelah aku di Taiping dan semestinya tempat kegemaran ramai pengantin untuk ambil gambar kahwin di Taman Tasik Taiping lah kan kan kan...


Majlis aku berakhir jam 4 petang dan selepas tu hujan lebat pula turun last-last dalam pukul 5 petang jugakla baru dapat ke outdoor photoshoot... Sesampai je di Taman Tasik Taiping, tudiaaa!!! sana sini situ sinun pengantin-pengantin dengan baju warna warni kain songket ada kain kembang ada dok tengah posing! hahahahaha! Ramai betul yang bersanding sama tarikh dengan aku. Segan pun ada rasa!


So memula kitorang pergi shoot kt Sentosa Villa... hmm tapi nak masuk kena bayar la pulak RM80. Then, bila dah bosan kat dalam tu baru kitorang shoot kat Taman Tasik Taiping... disebabkan hari pun dah nak gelap pastu ramai pulak pengantin-pengantin lain kitorang just shoot kat beberapa spot menarik je.















Selepas majlis bertandang sebelah Kelana Jaya pulak kitorang shoot di hadapan Masjid Negara dan Stesen KTM Kuala Lumpur. Nice jugak... Satu shoot di lokasi yang banyak pokok dan tumbuhan satu lagi di hutan batu Kuala Lumpur.












No comments: