Wednesday 16 April 2014

Borang Kebenaran Bernikah Negeri Perak

Assalamualaikum...

Hujung minggu yang lepas aku balik ke Taiping untuk hantar borang kebenaran bernikah pada penolong pendaftar perkahwinan/tok kadi. Pagi Ahad lepas, terus hantar ke rumah ustaz dan booking tarikh dan time untuk bernikah nanti. Nasib baik lah ada kekosongan lagi fuhhhh! Kalo tengok jadual ustaz tu tarikh 30 Mei memang dah penuh dan padat. Ramai betul orang nak bernikah hari Jumaat. Tapi nasib baiklah aku bernikah hari Sabtu 31 Mei ada lagi slot yang kosong tapi time aku nikah diawalkan selepas Maghrib sebab slot selepas Isyak dah ada orang booking. Tak kisah lah! asalkan dapat kawen! hihihihi...

Borang kebenaran bernikah aku pun kawan aku yang ambilkan dekat pejabat agama Taiping. Bayar RM1 jer untuk satu borang. Actually nak isi borang online pun boleh. Tapi office aku block pulak website pejabat agama Perak tu. Haishhh... tapi kalo korang nak cuba isi yang online ni aku bagi link.  https://nikahonline.perak.gov.my

Kalau isi online dan submit online mungkin lebih cepat dan efisien kan. Tapi aku malas banyak bunyi so aku buat manual aje lah. Tunang aku pulak orang Selangor memang kena isi form online je lah sebab diorang takde isi borang manual dah. So untuk orang Selangor boleh lah click link ni : https://ncr.jais.gov.my

Dalam kes aku, aku asal Perak dan bakal suami asal Selangor so sidia kenalah isi dulu borang.

Prosedur isi borang kebenaran nikah Negeri Selangor (lelaki) :
1. Borang diisi secara online di https://ncr.jais.gov.my
2. Daftar masuk dengan menggunakan no IC
3. Isi borang 2A untuk lelaki yang tinggal di Selangor
4. Pastikan korang dah tahu:
  • Tarikh nikah dalam kalendar Islam
  • Tempat nikah
  • Nama 2 orang saksi borang (saksi isi borang, kawan or bapa sendiri pun boleh asalkan lelaki)
  • Nama penuh bakal isteri
5. Selesai isi borang online, save dulu dan print.
6. Bawa borang yang dah di print, photostat IC bakal pengantin lelaki, IC saksi borang, keputusan ujian saringan HIV dan sijil kursus pra perkahwinan. Angkut sekali 2 orang saksi borang pergi jumpa Jurunikah tempat tinggal anda untuk dapatkan tandatangan dan cop pengesahan.
7. 2 orang saksi borang tu hendaklah turunkan tandatangan dihadapan jurunikah tersebut.
8. Borang yang telah siap ditandatangani haruslah diserahkan kepada Pejabat Agama Islam Negeri Selangor untuk disahkan dan mendapatkan borang kebenaran bernikah di luar negeri Selangor (borang ni warna biru). Bayaran untuk bernikah di luar Selangor RM10.
9. Selesai semuanya serahkan borang pada pihak perempuan.

Prosedur isi borang kebenaran nikah Negeri Perak (Perempuan)
1. Isi online di link yang aku bagi diatas (malas nak taip balik... hehehe), tapi aku isi form kertas jer so aku citer pasal yang ni je lah ye. Dapatkan borang dari Pejabat Agama yang berhampiran. Bayarannya RM1.

Borang adalah seperti dibawah:-

::Senarai yang diperlukan::

::Page 1::
::Page 2::
::Borang Wakalah Wali::

::Sign wali dan tok kadi::

::Borang Ujian Saringan HIV::

2. Isikan borang kebenaran bernikah ni, kemudian ambil ujian saringan HIV.
3. Sediakan photostat IC bakal pengantin perempuan 2 keping, IC bakal suami 2 keping, IC wali 2 keping, salinan surat mati jika kematian wali asal ( macam aku, surat mati arwah abah aku), salinan dan sijil asal kursus pra perkahwinan, surat pengesahan bujang dari syarikat tempat bekerja.
4. Dapatkan tandatangan wali dan isi borang wakalah.
5. Compile semua sekali dengan borang kebenaran bernikah pihak lelaki yang telah diluluskan. Buat copy untuk diri sendiri satu.
6. Hantar pada penolong pendaftar perkahwinan/tok kadi. Booking tarikh dan time nikah.
7. Lepas hantar, dari situ tok kadi akan uruskan semua. Ada sesetengah tempat korang kene hantar sendiri dekat pejabat agama, ikut tok kadi yang korang pilih lah kot.

8 comments:

Bitt (double IS) said...

good sharing

intanharin said...

LINK ATAS DA X RELEVENT,
GUNA LINK BARU NI
http://www.sppim.gov.my/sppim/online/benarnikahonline

Unknown said...

Salam. Nk tny, kalo saya asal dari kedah tp bermastautin di perak, borang kebenaran nikah tu kena amek kt perak la kan? bakal suami plak orang sabah. mcm mana ye?

Cida said...

@Ada Nazri, bakal suami kena settlekan part dia dulu. amik borang, isi dan dptkn cop semua baru bg kt awak. sy dh lupa plak prosedur. nnt masa kursus kahwin diorg akan terangkan.

Unknown said...

Salam
Klau dua2 asal dari perak cmne ye?dua2 kne buat borang nikh online ke?

Unknown said...

Salam
Klau dua2 asal dari perak cmne ye?dua2 kne buat borang nikh online ke?

Unknown said...

L

Reem Doorgift said...

nice sharing