Friday, 27 April 2012

Universal Studios Singapore 2012 : Happy Birthday!

Salam!

Last weekends aku ke Universal Studios Singapore lagi. Masa first time pergi dulu dengan kakak satu family so semua urusan tix USS, hotel dan transport semua kakak aku yang uruskan dan aku bayar jer kat dia. Trip kali ni semua aku buat sendiri. So boleh agak-agak la bajet berapa duit yang dah habis.


Aku beli tiket USS tu kat Wisma Genting, Jalan Raja Chulan. Bangunan die betul-betul kat sebelah monorail Jalan Raja Chulan. Senang jer nak cari. Aku beli harga weekends RM175 saja. Boleh dapat diskaun dalam RM5 je la berbanding beli online RM180. Siap dapat tiket original die terus.

Then book Tune Hotel Danga Bay. Aku book lambat so dapat harga mahal. Kalau book awal boleh dapat RM45 aje satu malam. Sehari sebelum bertolak ke JB aku call siap-siap kaunter bas Odyssey tu untuk book tiket bus ke USS pulak. Kene call sebab takut tiket trip yang kite nak habis pulak. Aku pilih trip pukul 7.00 pagi dan bertolak balik semula ke Danga Bay jam 7.30 malam.

Hari yang dinanti.. 21 April 2012..

Bersiap-siap dan turun bawah tengok bas dah tersedia kat tepi hotel tu. Masa bertolak hujan mulai lebat. Ahaa.. diingatkan kalau sesape nak pergi USS lepas ni beli poncho (baju hujan pakai buang RM2.90 kat Guardian/Watson) siap-siap. Sebabnya... kemungkinan hujan kat Singapore dan kalau tak hujan pun ada game dan waterworld show yang pasti akan membuatkan baju anda basah. Huhuhu...


Oleh sebab kitorang bertolak awal so sampai pun awal lah jugak. USS bukak pukul 10 pagi so merayap je la kat area luar USS tu.

Mula-mula kitorang tuju Transformers Ride dulu! hihihihi... masa aku datang dulu bende ni takde lagi. First time naik ni menjerit-jerit kitorang. Best giler... second time naik dah rasa biasa dah tapi tetap best jugak!






Then we all lunch dekat Oasis berhampiran dengan area Eqypt dengan patung firaun besar tu. Kat situ jer ada nasi dan jugak halal. Kat food court area jurassic park non halal.



Kat sini ada set-set nasi Biryani aje. Harga setiap set lebih kurang $12 - $30.

::dimana saya? hihi::


Tak habis round lagi ni. Kita sambung next entry yahh.. ngantuk lah pulak.. ngeeee

Update (17 July 2013): Atas sebab-sebab tertentu few pics telah aku remove untuk menjaga hati sendiri dan pihak tertentu. :)


2 comments:

Hazmin said...

Baru tau tiket boleh USS boleh beli dekat KL je.. Kalau beli dekat Singapore lagi mahal ke?

Cida said...

Selalunye org Mlsia suka beli online jer tp kene print sendiri la. Kalo beli kat Wisma Genting KL tu dpt tiket original terus dan harga dia murah la sikit dalam RM5 per tix berbanding beli online. Kalo beli kat Singapore pulak tak tahu la maybe lebih mahal. Lgpun better beli awal2 kot sbb diorang limitkan pengunjung dalam sehari berapa ribu jer boleh msk.