Friday 14 November 2014

Pregnancy Journey : Pemilihan Hospital Untuk Pre-Natal Checkup Dan Bersalin

Assalamualaikum...

Alkisahnya lepas dah confirm aku pregnant, aku pun mula la start mencari-cari info mengenai hospital dan klinik untuk buat monthly check up dan bersalin. 

Mula-mula aku terfikirkan HUKM (sekarang dikenali sebagai PPUKM) sebab jarak antara HUKM dengan rumah aku duduk sekarang sangat dekat. Tak sampai 10 minit dah sampai tu pun kalau tak jem la. Huhu... Aku google-google info pun kata bersalin kat situ bagus. Half government dan deposit kemasukan ke wad RM750 je.  HUKM cuma ada wad bersalin biasa dan wad specialist. Tak ada kelas macam hospital penuh kerajaan. Untuk wad specialist kosnya lagi tinggi dan biasanya orang panggil wad  'private wing'. Lepas tu husband boleh temankan semasa dalam labour room tapi tak boleh tunggu dalam wad isteri sama macam wad hospital kerajaan yang lain. Hmm... akan difikirkan.

Then aku google lagi. Jumpa pulak PPUM. Half Government juga. Macam-macam pengalaman bersalin aku baca di blog-blog. Ada yang puji bersalin kat PPUM bagus sebab ramai pakar dan kelengkapan yang cukup. Cuma yang ini aku reject lah sebab suami tak boleh enter labour room... Aku nak husband aku nanti temankan masa bersalin. Huhu... Takpe kita survey lagi.

Last-last aku tanya kakak aku. Kakak aku dah dua kali bersalin di Hospital Pakar Al Islam Kampung Baru. Memang yang ini dia puji habis. Aku pon google info pasal hospital ni. Al-Islam Specialist ni adalah private hospital. Deposit kemasukan ke wad RM1500. Cost tiap kali check up anggaran dalam RM250+ dan yang paling best doc pakar O&G (perbidanan dan sakit puan) semua perempuan. Yeahh suka!! Aku memang nakkan doctor perempuan yang sentuh aku. Tapi jaraknya dari rumah agak jauh sikit lah. Tapi nak buat macamana bila hati dah tekad nak kesitu. Hospital ni juga menitik beratkan ciri-ciri keislaman. Dari review yang aku baca di blog-blog, sepanjang berada di wad ada dipasang bacaan ayat-ayat Al Quran dan ada diberikan Al-mathurat sementara menunggu nak bersalin khas untuk pembacaan ibu-ibu supaya lebih tenang ketika nak melahirkan. Kakak aku pun ada bercerita ketika dia menunggu untuk bersalin, nurse tolong ambilkan wudhu untuk tunaikan solat tiap kali masuk waktu walaupun sakit nak bersalin tu kian kuat. Baguskan!

Then aku terus call Al Islam Hospital untuk buat temujanji dengan O&G. Temujanji boleh dibuat setiap hari Sabtu so aku tak payah la nak mintak half day cuti. Yeah! 

1st temujanji adalah pada 16 August 2014. Masa tu aku preggy dah masuk 10 weeks. First time jumpa doc yang sangat ceria, Dr Ros. Peramah pulak tu. Sukanya aku... Menurut doc kandungan aku baru lagi so tak payah buka buku merah lagi. Doc scan baby dan kira due date aku. Excited sangat bila nampak jantung baby dah berdegup kencang siap bunyi kuat macam guruh.. whoaaa!! Dah nampak ada tangan, kaki semua.. hikhik then doc print bagi kat aku gambar scan baby. Seronok sangat.

::My darling baby at 10 weeks old::
Overall aku happy dengan perkhidmatan staff-staff di Hospital Pakar Al Islam ni. Nurse pun baik-baik semua dan aku tak sabar nak datang check up lagi nak tengok perkembangan baby. Husband aku pulak dia suka je sebab tiap-tiap kali lepas check up dia suka ajak aku pergi makan kat Restoran Padang kat seberang jalan tu. Hahaha!!

Cost untuk check up dan bersalin disini boleh tahan juga berbanding dengan hospital private yang lain tapi tu untuk bersalin normal ajalah. Tak sampai pun RM3k. Tapi kalau bersalin ceaser or kelahiran ada komplikasi mau cecah belas-belas ribu. Kakak aku bersalin anak kelima di hospital ni bil mencecah RM11k jugak lah sebab ada complication. Harga ubat yang digunakan agak mahal. 

Tapi bukanlah aku demand sangat nak bersalin di hospital private sampai taknak hospital government cuma aku nakkan yang terbaik untuk baby.1st time experience lah katakan. Harap-harap aku bersalin normal. Pasal kos mahal, aku dan husband dua-dua bekerja, dua-dua orang dapat maternity benefit. Kalau husband aku tak pakai, rugi lah... bukannya dia boleh beranak pun. Hahaha!!


No comments: