Tuesday 26 April 2011

Red Riding Hood vs Twilight

Hyep! Korang dah tengok dah filem Red Riding Hood? Best tak? Seperti yang aku cerita dalam entry sebelum ni aku dah pergi tengok Red Riding Hood malam ahad yang lepas disebabkan kuatnya pengaruh puan pengarah Catherine Hardwicke atas kejayaan beliau mengarah filem Twilight sebelum ni.

::Puan Pengarah Catherine Hardwicke::

Beliau memang pakar buat filem bergenre horror, romance, disulami suasana suram, moody shots of giant trees, perkampungan atau tempat tinggal yang agak terpencil. Oleh kerana aku ni peminat beliau sejibik sejibun aku tengok memang terdapat banyak persamaan kedua-dua filem arahan beliau ni.


Persamaan dan perbezaan antara Twilight & Red Riding Hood
  • Ayah heroin dilakonkan oleh orang yang sama iaitu Billy Burke.

  • Hero dalam kedua-dua filem punyai stail rambut yang sama. Rambut cacak-cacak dan tak kemas. Tapi hensem! Aku suka! Aku suka! Ngehehehe.. Aahh lagi satu kedua-dua hero berambut gelap.
::Shiloh Fernandez dalam Red Riding Hood::

::Rob Pattinson dalam Twilight::

  •  Kedua dua filem ini dimulakan dengan keluarnya suara / kata-kata si heroin menceritakan asal usul dan tempat tinggal diorang.

    • Kedua-dua filem ada werewolf. Tapi dalam Red Riding Hood si lelakinya orang biasa saja. Werewolf yang sebenar adalah bapak siheroin. Ngahahaha! Lastly lepas kene gigit dengan bapak heroin baru la boyfriend si Red tu bertukar jadik werewolf. Kalo tak die orang biasa jer. Dalam Twilight pulak semua tahu yang heronye adalah vampire dan werewolfnya adalah kawan baik si heroin.

      • Kedua-dua filem melibatkan cinta tiga segi. Dalam Twilight Bella kena pilih antara werewolf ataupun vampire tapi dalam Red Riding Hood Valerie kene pilih antara si kaya ataupun si miskin yatim piatu.

        • Kedua-dua heroin dalam cerita ni tak suka senyum. Huhuhu... 

          • Bapak heroin kuat minum. 

              • Kedua-dua filem melibatkan pelakon dari pelbagai bangsa dan etnik. Perasan tak dalam Red Riding hood ada pelakon kulit hitam, mata sepet, orang putih sama ja macam dalam Twilight kan. I like!

                • Perbezaan yang aku nampak pula adalah karater heroin yang dilakonkan. Amanda Seyfried yang berambut blonde, berkulit putih pucat dan bergaun biru cair sepanjang masa diserlahkan dengan jubah merah terang dia. Memang nampak terserlah lagi la. Cantik rambut die! Berbeza dengan Kristen Steward yang berambut gelap dan baju pun biasa-biasa jer sebab memang watak die pun dah kate die seorang yang simple kan.
                ::Kristen Steward sebagai Bella dalam Twilight::

                ::Amanda Seyfried dalam Red Riding Hood::

                •  Red Riding Hood ada nenek, Bella tak de. Haha! Its a fact.

                  • Bella takde kakak tapi Valerie ada.

                    Ok la. Tu jer yang aku dapat fikir. Kesimpulannya aku tetap suka kedua-dua filem ni.
                    4 Bintang untuk Red Riding Hood!!

                    Sape sape yang tak tengok lagi sila-sila la ke pawagam berdekatan. Hehehehe... Adios!




                    6 comments:

                    Kelab Kembar Malaysia said...

                    betul punya minat nih! semua aspek dia kaji! hehehe... yg last tu no komen aa.. :)

                    Mijoe said...

                    ni dah macam spoiler jugak ni Cida! :p

                    belum tgk lagi Red Riding Hood tuh..

                    citer Vampire Sucks ada la i tengok..he he

                    Cida said...

                    Huszaini: bila minat sesuatu kan, kita otomatik akan selongkar abis punyala la. Errr yg last tu tak komen pun takpe hahahahha!

                    Cida said...

                    Mijoe: Ni sikit jer yg i review.. hehehehe.. nak tau best ker tak best kene la pergi tonton sendiri. hihihi

                    syuwai said...

                    best kan??

                    tak rugi tengok..hehe

                    Cida said...

                    syuwai.. best1 best! hihihi