I HATE KTM KOMUTER!!
Grrr.. Marah ni.. marah... Penat! Meluat! Cemuih! benci sangat dengan KTM Komuter. Selalu sangat bermasalah. Aku tak tahu la sampai bila nak jadi macam ni. Selalu sangat delay. Kadang-kadang cancel terus. Kadang-kadang berhenti di tengah-tengah landasan tak bergerak-gerak hampir 40 minit. Haa tadi jadi lagi buat kali keberapa tah. Aku tak larat nak kira dah. Jarak antara Stesen KL Sentral dengan Stesen Bandar Tasik Selatan selalu amik masa dalam 20 minit jer. Tapi tadi amik masa sampai sejam lebih. Tension la kalau asyik jadi macam ni selalu. Boleh dikatakan terlalu kerap sangat.
Bayangkan la keadaan dalam komuter terutama sekali ladies coach. Ya Allah time orang balik kerja tak dapat dibayangkan betapa padatnyerrr... Tangan terpegang tetek orang ker bontot terhimpit ngan bontot toksah kira la. Semua buat bodoh ja la kan. Nak buat macamana ladies coach semua perempuan ja. Macam tin sardin dah.
Tadi aku tersangkut dalam komuter dalam lebih kurang pukul 6.40 ptg (agak-agak jer... nk angkat tangan tengok jam pun susah). Komuter berhenti kat tengah-tengah landasan berhampiran dengan stesyen Salak Selatan. Setelah beberapa lama kami kat dalam tu ternanti-nanti sambil merungut- rungut baru la ada announcement dari driver komuter kata elektrik tak ada. Lepas tu boleh pulak la aircond & lampu ditutup. Hadoiii... Tension weii... Panas macam nak mati. Dah la tak boleh bergerak-gerak sebab terlalu ramai orang. Sampai ada beberapa orang pengsan. Agak-agak setengah jam lepas tu komuter jalan slow-slow menghampiri stesen Salak Selatan dan dia berhenti kat situ terus. Dari announcement yang dibuat, diorang kata komuter tergendala dan tak pasti bila boleh meneruskan perjalanan. Gila betul. Memang aku terus chow la. Berjalan kaki dekat 10 minit pergi stesen LRT Salak Selatan.
Teringat pulak bulan puasa tahun lepas. Aku naik komuter pergi Shah Alam nak berbuka dekat sana. Jadi macam ni jugak la. Stranded kat tengah landasan lepas tu dia patah balik pergi Stesen Batu Tiga. Sakit hati betul. Kesian dekat kami-kami yang berpuasa ni. Keluar awal ingat nak sampai awal la sekali komuter punya pasal jadi lambat jugak.
Walau berbakul-bakul KTM komuter kene sumpah dengan aku, aku tetap kene hadap bende ni tiap-tiap hari gak. Nak buat macam mana lagi. Takde pilihan lain dah. Nak naik Star LRT? Gile kau! Jauh ooo... Hurmm... tak tahu sampai bila....
Tolong la KTM Komuter. Tolong la jaga hati pelanggan sikittt!!!
Sumber gambar: Gugel jer...
4 comments:
Dah nasib kat negara kita tgh baru nak membangun kena sbr insyallah nanti dah maju ok leh tu public transport..
dasyat..ktm penuh..msti dpt ekon free kan org agkt tgn..?huhu..
sya comel!meaw meaw..hehe..
Mah@mahu: bukan malaysia dah maju ker? huhu.. masalahnye ktm komuter jer selalu jadi macam ni. LRT star & putra jarang berlaku hal mcm ni.
{hagu}[hYde_FanNZzz CreWw]™ :
huhu.. time balik keje toksah cakap ler.. angkat jer tgn macam2 bau tungkik keluar. huhu.. nasib baik saya ni tinggi jugak la.. kesian kt org2 yg rendah. hihihi
Post a Comment