Friday, 22 April 2011

Kucing Gemuk Idaman Hati

 Kucing Gemok = Kucing Obesiti
::Kucing gemok montel tak padan kepala kecik! Haha.. Muka mintak penampar::

Obsesi aku terhadap kucing gemuk tak dapat ditahan-tahan lagi. Rasa macam tak sabar jer nak tunggu gaji lepas tu nak pergi beli kucing. Aku selalu pergi tengok kucing kat kedai pets. Tapi kebanyakannya dah tua. Mahal pulak tu. Kalau kat kampung selalunya family aku bela kucing-kucing terbiar. Tak tau dari mana datang. Abah aku bagi makan terus dia tinggal kat rumah aku. Lepas tu si kucing tu bawa balik boyfriend then beranak pinak la dekat rumah aku. Maka ramai la kucing aku. Haha... ramai...

Pagi tadi masa aku baru keluar rumah nak pergi kerja, jiran aku bawak keluar kucing die dengan bekas berak kucing berisi pasir. Elok-elok time aku bukak pintu je si kucing tu tengah menguis-nguis pasir tu. Cisss.. dia baru lepas berak. Hampeh betul. Ternampak la ketulan-ketulan berbau dalam bekas tu. Yek. Tepi pintu rumah aku lak tu. Yela pintu rumah masing-masing dekat pulak kan. Haihhh... Kacau mood pagi.

Aku fikir-fikir balik bab nak bela kucing ni. Nanti nak kena sediakan tempat berak dia la. Nanti busuk bau rumah aku. Lepas tu nak kena beli bekas dia la. Kalau aku balik kampung lama-lama kesian dia rindu kat aku. Mati kebulor ler dia kat rumah. Eeeee... tapi teringin. Rumah aku ada tiga bilik. Bilik yang aku buat stor tu nak buat jadi bilik kucing la. Hehe.. tiru abang aku lak. Abang aku lagi hebat. Rumah dia ada bilik kucing woo... Bela kucing parsi yang pemalas. Keja makan tido jer. Hidung penyet tak comel lansung. Ngahahaha... Tapi ada ker kucing hidung mancung? (T_T")
::Gila Vavi besarrrr!!::
::Makk aihhh::

::Dah la gemuk.. Pemalas pulak tu::
::Pehh!::

Hmmm... sudahnye aku beli akuarium je la. Bela ikan lagi senang dari kucing obesiti. Palet pun murah jer.. hahaha... Ohhh Kucing gemukk!!!

4 comments:

Mijoe said...

salam

bela je kucing! buat la satu bilik utk kucing cam your brother tuh.

poo dia kalau bagi certain pet food kan, kurang berbau...

Chieda Hafiz said...

waalaikumsalam... memang nak bela kucing jugak ni. teringin! huhu.. nk bg dia makan byk smpi gemuk! hihi

Mijoe said...

err, kalau boleh, jgn ler sampai gemuk. Sian kat kucing nanti, mcm manusia jugak, bila gemuk ni akan mengundang byk penyakit.

dapat ideal weight ok la, bila dah gemuk nanti kucing dah tak berapa playful sebab nak gerakkan badan pun susah..:p

Chieda Hafiz said...

hihi.. bile gemuk mesti nmpak comel macam bola jer..
saya takde la kejam kot nk bagi dia gemuk sgt. Nanti kalo dh bela kena la jaga kesihatan dia.