Thursday, 28 April 2011

Tak Pasal-Pasal Nasik Lemak Yang Dipersalahkan!

Hyep! Semalam boleh dikatakan agak bersejarah bila majoriti staff dilevel 20 (Level aku la...) mengalami cirit-birit akibat makan nasik lemak beramai-ramai pada hari sebelumnya. Muahaha! aku ingat aku sorang jer duduk memerut dalam toilet sejak dari petang Selasa sampai pagi Rabu rupa-rupanya diorang pun sama jugak! Hari Selasa pagi ada sesi jamuan sempena birthday staff bulan April so ada la makan-makan sikit. Nasib baik cirit birit yang kami kena tak berapa teruk kalau tak memang cipta lagi satu sejarah la... sejarah staff paling ramai MC daripada Level 20. Muahahhaha... Hampir 30++ orang gak la yang kena. Puncanya? Setelah sesi temuramah aku berlansung bersama staff-staff yang lain kami menganalisis dan akhirnya mendapat konklusinya... punca sebenar bukanlah nasi lemak tetapi Sambal Sotong yang dimakan bersama nasi lemak. Ramai yang agak trauma nak makan nasi lemak dah lepas tu. Tapi ada jugak la staff-staff yang tak kena sebab diorang tak makan sambal sotong tu. Nasib baik. Hehhh tapi aku tak trauma pun. Pagi tadi aku breakfast nasi lemak sambal sotong beli kat makcik yang jual kat Stesen LRT Bandar Tasik Selatan tu. Bab makan aku takdenya nak trauma-trauma. Belasah jer sudah. Sakit perut belakang kira! Muahahaha...



Hehh... Sebenarnya aku nak komen pasal bende lain tapi intronye panjang berjela pulak!

Baru-baru ni semua newspaper kuar berita pasal murid-murid obesiti kan? Yang dipersalahkan adalah nasik lemak pulak! Aku cukup tak setuju la. Tak pasal-pasal nasik lemak yang merupakan makanan ruji aku masa kat sekolah dulu yang dijadikan punca murid-murid obesiti. Palehotak deme la...

Aku dulu masa kat sekolah hari-hari makan nasi lemak. Ade aku gemok? Takde pun. Ade aku berpenyakit? Takde pun. Aku tetap kurus kering cekeding jer ibarat boleh melayang seandainya ditiup angin. Apa yang penting aku aktif bersukan. Kat rumah pun aku kuat makan apa. Aku rasa budak-budak zaman sekarang nih gemok sebab malas bersukan. Tak pun sejak dari kecik dah terbiasa sangat disuakan dengan makanan ringan. Mak bapak tak pernah halang si anak tu dari makan junk food ngan tid bits apa suma tu. Apa yang pasti bila anak dah gemok sekolah gak depa tunding jari. Bila anak bodo, sekolah gak depa tunding kata sekolah tak bagus cikgu tak pandai ajar padahal mak bapak sendiri yang dok bagi makan benda-benda yang melembapkan otak dan bagi gemok.


Mak bapak semua kene ingat la jugak dalam dok tuding jari tu satu jari ja dok tunjuk kat sekolah. 4 jari lagi tunjuk kat diri sendiri. So tak boleh salah sekolah seratus peratus la kan. Anak kau bodo tak semestinya cikgu tak pandai ajar atau pun sebab dok makan nasik lemak hari-hari. Mungkin jugak sebab pemakanan diorang selepas balik sekolah. Cer tanyer cer tanyer parents yang anak deme pandai apa yang diorang bagi makan? Usaha la sendiri nak bagi anak pandai. Masa zaman aku membesar dulu aku mana makan sangat keropok-keropok. Mee segera pun sangat jarang. Memandang rumah aku kat kampung, aku suka makan ulam-ulam fresh lepas tu ikan-ikan fresh dari pasar. Boleh dikatakan makanan segar dari ladang lah. Mana ada sangat makanan segera. Paling koman pun sardin dalam tin je la. Itu pun abah aku dah olah buat bagi sedap (abah aku yang masak bile mak aku keje.. muahahha!) . Sebab tu la kot aku masa kekecik pandai dan tak gemok (Ohh sori terpuji diri sendiri!).  


Masa kat universiti dulu asyik-asyik maggi je sampai muak. Patut la masa kat U dulu aku gemok sikit... Makanan segera la puncanya! Sekarang ni dah bekerja aku rajin masak. Lepas balik kerja memang aku akan masak. Apa yang penting sekarang ni jaga pemakanan baru la otak dan badan sihat. Semuanya bermula dari rumah!


Oleh yang demikian, pada pendapat aku, parents memainkan peranan penting dalam pembentukan, pemakanan, kebijaksanaan, sahsiah rupa diri (Ehh..) dan kegemokan anak-anak. Apabila terjadi pemesongan pada diri anak-anak seperti sedikit bodo dan gemok jangan la dipersalahkan pihak sekolah 100%. Fikir dulu adalah setiap tindakan anda betul.


Ehh.. aku bercakap ni macam la aku dah kawen dan ada anak yea. K dah la. Harap-harap nanti bila dah ada anak aku akan ajar dan jaga anak aku betul-betul. InsyaAllah!

Sekarang ni mak cik ngan pak cik kantin pakat pening kepala nak fikir menu baru. Habisla lingkup bisnes. Muahahaha... lepas ni pakat jual nasi putih lauk sayur tumis air ngan ikan masak singgang je la ek. Supaya nanti murid-murid tak obesiti. Bagus kannn...

P/s: Esok balik kampong... muahahahha.. nak pulun makan banyak-banyak. Nak ternak lemak tebal-tebal. Ohh Yeahhh... :)
Ohh lupa... BFF aku bertunang Sabtu ni. Selamat Bertunang Iena & Nik Hafidz

Gambar Nasik lemak : Aku pinjam Cik Mysara ni punye. Pinjam eh. Aku lupa nak snap nasik lemak yang aku makan tadi. Ngeee..

2 comments:

Mijoe said...

Cida,

korang beli kat mana nasi lemak yang bersambal sotong tuh? sambal tuh terlebih pedas kot..

pasni staff IB punye monthly birthday kite tukor menunye, dari nasi lemak ke sandwich O'Brien ok tak? :p

IB mana la tuh kat level 20? :p

Chieda Hafiz said...

Siapa IB staff ni pulakk??