Monday 25 April 2011

Penat Membebel...

Hyep! What a hectic weekends! Fuuu... Sempat relax kat rumah Saturday morning jer. Sunday pulak penuh dengan aktiviti yang tak terjangka. So Monday? Phewww.. Mata aku berat jer ni. Rasa macam ada setan dok tarik-tarik bulu mata suh tutup.

Hari sabtu macam biasa la bangun lambat. Masuk tengahari start kemas rumah, basuh baju, masak, tengok TV, online dan semua semua lah sampai la petang. Then ajak my bf gi tengok wayang kat One Utama, teringin sangat nak tengok filem Red Riding Hood sebab aku suka sangat dengan pengarah die Catherine Hardwicke. Catherine ni lah pengarah filem Twilight yang 1st dulu. Aku suke giler-giler dengan hasil kerja dia yang superb dalam filem Twilight tu sebab itulah aku teringin nak tengok buah tangan terbaru beliau dalam Red Riding Hood ni pulak.

Bf aku cakap dia akan sampai tepat-tepat pukul 8 malam. Lagipun wayang kan pukul 9.30. Confirm sempat punyalah dia kata. Heh! Aku tunggu punya tunggu punya tungguuu... pukul 9 malam baru sampai bawah rumah aku. Geram betulla dia nih! Kenapa eh? Lelaki selalu tak menepati masa! Bertolak dari rumah aku dengan jalan jem lagi memang tak sempat la kan. Last-last pergi karaoke kotak jer. Lepas puas melalak kitorang pergi makan ROTI SEDUT! Perghh.. syok. Hilang kempunan nak tengok wayang jap.

Hari Ahad pulak memang dah dirancang dari awal nak pergi mandi sungai di Hulu Langat. Dah janji dengan kawan aku Shuada yang duduk kat sana. Lama tak jumpa dia so aku ajak dia pergi mandi sungai dan picnic. Kali ni aku dah rancang siap-siap. Nak gerak dalam pukul 11 pagi. Pukul 9.20 pg aku dah call bf suruh dia bangun awal aku kata nak gerak pukul 10. Hehehe.. Kalo tak tipu nanti dia confirm lambat wehhh!! Oh well... die tetap lambat jugak. Pukul 10.45 baru sampai umah aku. Tapi ok jugak la sebab sebetulnya nak gerak pukul 11 kan. (T_T")

Kali ni kami mandi sungai dan berpicnic di Lopoh Waterfront nama tempat tu. Dekat jer dengan Sungai Gabai dan Sungai Congkak. Tapi kawasan die tak berapa dalam sangat la. Tak puas mandi. Kami berendam dalam air sampai terketar-ketar dan hujan pun dah start turun baru ingat nak gerak balik. Then, Lepas hantar kawan aku yang turut join mandi sungai ni dekat hostel die di UM kami pergi tengok Red Riding Hood di Mid Valley. Ohh yeahhh... dapat tengok akhirnya.. :)

Wayang di Mid Valley faham-faham jer la time weekend macamana. Queue panjang giler. Biler sampai kat kaunter jer tiket dah nak habis tinggal row depan jer.. Kesian aku! Alang-alang aku dah beratur lama aku sebat jer la. Sakit tengkuk aku kena langut jer kepala sepanjang masa. Tapi puas ati la dapat tengok.

After movie, we all dapat call dari sorang kawan ajak lepak. Pergi lepak la pulak.. Owhh.. aku nih da la straight away dari mandi sungai petang tadi dengan muka tak bermekap lansung. Pakai spec. Rambut tak terurus. Selamber badak jer kuar dari pagi tak balik-balik lagi sampai malam! huhu.. Lepak kat Murni SS2 PJ. Boleh tahan tempat tu. Member-member semua order Mee Raja. Aku and bf order air jer sebab dah kenyang makan Teppanyaki di Mid tadi. Murni ni agak lambat la service diorang. Tapi sebaik sampai jer Mee Raja tu ke meja kitorang. Fuhhhh.. menimbun. Banyak giler! Memang tak habis ler aku tengok diorang makan. Kalo habis tu memang orang ingat die ni membela jin ke hape! Pukul 11 lebih baru la masing-masing gerak balik. 

Fuhhh.. gitu la weekends aku kali ni. Amek kau.. hari ni penat giler rasa badan aku. Adoi...

P/s: aku taip ni pagi tadi kat opis & aku lupa nk publish.. muahahaha!

No comments: