Sunday 1 May 2011

Babysitting Dhia Adelia

Hyep... aku kat kampung lagi ni. Bercuti. Tapi hari ni duduk rumah jer. Dari tadi hujan lebat. Biasalah Taiping kan bandar hujan paling kerap di Malaysia ni. Hari ni memang relax jer la. Makan, tido, online, tido balik hehehe... Kalau cuti lama-lama kat kampung mesti aku gemuk punye la. Bf aku dah pesan siap-siap gemuk takpe jangan perut boroi udah... Buwokk... Muahahaha...


Petang tadi sempat la babysit my niece Adelia jap sementara mak aku mandi dan solat. Dulu Adelia ni lansung taknak kat orang. Nampak muka aku jer nangis macam nampak hantu. Sekarang ni jer baru nak. Aku sampai-sampai jer hari jumaat malam yang lepas mata dia terus segar bulat jer tengok aku datang dekat aku padahal mak aku cakap sebelum tu mata dia dah kuyu nak tidur dah. Aku nak masuk bilik pun nak ikut. Hehehehe... 


Abah ngan mama Adelia pegi jalan-jalan kat Ostrolia (cara mak aku sebut.. muahahaha) So Adelia ni kan kecik lagi kene la tinggal kat rumah opah ngan ayah! Cian die kene tinggal yerr... Abah Adelia jangan lupe bawak balik Kanggaru sekor sok kita wat sate kanggaru! muahaha...



Aku dukung bawak masuk dalam bilik aku. Berkubang la atas katil aku jap. Ni teddy bear aku pun lagi besar dari budak kecik ni. Fesyen rambut die jangan tanye yer. Mak aku kata panjang sangat. Mak potong sendiri. Kah kah kah.. Fesyen kembang semangkuk ni. 





Acu letak kat blog ni. Adelia dah besar sok tengok ler gambar-gambar masa kecik kat sini sambil ketawa kukik-kukik ngan fesyen rambut yang dipotong khas oleh opah yer. hihihihi! 


Okeh tu jer... Nak kena tengok die sat. Mak nak pi tutup reban ayam. Dah maghrib ni.

2 comments:

Mijoe said...

prektis Cida prektis!!! :)

Cida said...

huhu.. belum masenyer lgi..