Thursday, 5 May 2011

Bila Kejakunan Menguasai Diri...

Hyep! Buat per tu? Jangan curi tulang bace belog orang beb.. Tu.. tu aku nampak bos kau tengah tenung kau dari belakang.. Eheh.. aku takpe.. keje aku dah siap baru update belog...

Selasa lepas aku baru pegi ambik passport kat Jabatan Imigresen Damansara. Time lunch hour sejam jer. Jenuh jugak la bf aku memecut dari office die kat Damansara Height tu datang amik aku kat office aku di KL Sentral ni. Balik pun dihantarnya jugak. Hehehehehe... Sesekali mengada ape salahnya. Ngeee... Well, salah dia jugak la. Sepatutnya Jumaat lepas pegi buat passport boleh siap dalam sejam lebih jer kan. Sapa suruh dier lambat. Imigresen dah nak tutup baru kitorang sampai. Die la yang lambat amik aku kat rumah. (T_T")


Aku nak puji jugak lah. Jabatan Imigresen kat Damansara ni cepat betul wat keje. Masa pergi buat hari Jumaat last week, lepas amik no giliran kejap jer aku tunggu. Tak sempat nak berasap ponggong. Lepas no giliran aku dipanggil, aku hantar borang dan amik cap jari. Then duduk jap pastu pergi bayar (sempat gelak terbahak-bahak kat kaunter tu sebab staff tu kata muka aku macam pelakon. Ok.. perasan jap. Ngeee). Tak sampai 15 minit kot. Bagus la sebab diorang memang efisien. Kaunter pun banyak giler. Muahahah.. Mula-mula sampai aku dah jakun dah. Banyak gila kaunter kat situ. Ada 35 kaunter untuk buat passport. Pehhh.. Jakun tahap maksima. Nak amik no giliran lak kat kaunter no. 1 paling hujung sekali. Penat saye nak jalan tahu! Hahahaha... Lepas dah setel semua memang kitorang terus balik jer la sebab memang tak sempat siap dah kalau tunggu pun. Dah pukul 4.45 ptg dah. Diorang pun dah nak balik. Sapa suruh datang lambat kan! So hari selasa aku pergi amik time lunch hour. Lepas amik no giliran. Duduk tak sampai 5 minit no dah kena panggil. Weee.. dah dapat passport aku.

Tiap-tiap hari lepas balik kerja aku belek passport aku. Tak tau ah kenapa. Jakun gila. Biasa la tak pernah keluar dari Malaysia tercinta neh. Ahahaha... 

Ni ha kat bawah ni aku copy passport aku...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Muahahaha.. kene tipu! Keji gila! bila masa pulak aku bertukar jadi Paris Hilton ni. Aku malas nk scan passport aku. Nanti rosak! (chehhh!) tapi gambar ukuran passport aku ada la.

::Gambar dekat passport macam makcik!::
Ohh maaf sebab buat korang muntah. Gambar dekat passport kurang cun sebab pergi tangkap lepas balik dari kenduri kawen orang. Siap berbaju kurung dan muka belemoih dan rambut mengerbang. Hahahaha... Apa ku peduli! Asalkan passport aku siap!

Hahaha! Balik karang nak belek-belek lagi. Jakunnn...

P/s: Ohh.. aku dah remove cbox/shoutbox sebab rasa tak berapa suka la nak letak. Hehehe.. takde pun takpe kannn...

3 comments:

Mijoe said...

salam Cida..

dah berapa kali dah org cakap muka Cida cam actress kan? :)

pasal passport tuh, biasa la... excited kan :)

jabatan imigresen skrg mmg tip top skrg ni!

Khuzrin Kamarudin said...

Hahaha...paris hilton...

Chieda Hafiz said...

Ngeeee... :D