Sunday, 15 May 2011

Kentut Berapi...

Hyep! Beberapa hari ni aku agak sibuk. Banyak kerja perlu disettle, banyak majlis perlu dihadiri. Hujung bulan ni pulak banyak kenduri kahwin kawan-kawan. Ada yang nampaknya tak dapat aku hadiri sebab jadual dah pun penuh dengan aktiviti lain. Sekarang ni pulak musim panas melanda KL. Tekak aku dah mula rasa sakit macam nak kene selesema pulak. Hari-hari pergi kerja balik kerja bersesak dengan orang ramai dah tentulah ada yang batuk-batuk ada yang bersin. Haihhh! Aku hangin betul kalau ada orang yang bersin dekat aku. Kalau dah tau tak sihat boleh tak pergi pakai mask tu. Bukan mahal pun beli jer kat Watson ker Guardian ker. Murah jer tak sampai RM2.00 pun ade la. Okla dah lari tajuk pulak. Hari ni doktor Cida nak cerita tentang kentut. Hari-hari kita kentut dan kita tak tahu macamana proses kentut berlaku kan. Nak tau ker taknak? Nakk? Sila bace! Aku share artikel ni kat sini.

::Kentut berapi... Perghhh!!::


Kerap Kentut


Pakar Perubatan Greek, Hippocrates pernah menyifatkan kentut adalah proses penting untuk kesihatan. Justeru, jangan malu kerana kentut. Setiap orang kentut. Tanpa kentut, anda sebenarnya mungkin berhadapan dengan masalah kesihatan.

Bagaimanapun, kentut yang berbau dan 'dilepaskan' dengan bunyi yang kuat memang memalukan. Bau dan daya kekuatan kentut dilepaskan bergantung pada makanan yang kita ambil, berapa lama kentut itu 'disimpan' dan daya kepantasannya dikeluarkan dari anus.

Definisi Kentut

Dalam definisi perubatan, kentut adalah sebahagian daripada lebihan gas dalam perut atau usus. Ada kala lebihan gas ini menyebabkan anda berasa tidak selesa seperti perut kembung, sendawa atau kentut. Kebanyakan orang melepaskan gas berlebihan ini 14 kali sehari, tidak kiralah sama ada sebagai kentut atau sendawa.

Kentut tidak membahayakan nyawa, mungkin ia hanya akan membuatkan anda malu jika 'terlepaskannya' di khalayak ramai dan berbau kurang menyenangkan. Bagaimanpun, jika anda kerap kentut ada kalanya ia mungkin penanda masalah kesihatan yang lain. Justeru, anda memerlukan rawatan perubatan.


Komponen

Umumnya, komponen utama dalam kentut adalah 5 gas yang tidak berbau - nitrogen, hidrogen, karbon dioksida, gas metana dan oksigen.

Bau busuk kentut adalah disebabkan disebabkan kompaun berunsurkan sulfur yang dihasilkan bakteria tertentu dalam kolon. Bagaimanapun, bakteria ini tidak ditemui pada setiap orang.

Jumlah gas yang dilepaskan pula bergantung pada berapa banyak bakteria yang hidup dalam kolon dan makanan yang tidak dihadam oleh saluran gastro usus sebelum ia sampai ke kolon

Penghasilan Gas

Dianggarkan antara 30 ke 150 gram makanan tidak dicerna sampai ke kolon dalam bentuk karbohidrat setiap hari. Jumlah ini bergantung pada diet anda dan bagaimana saluran gastro usus anda berfungsi.

Tubuh tidak mencerna atau menyerap sesetengah jenis karbohidrat seperti gula atau serat dalam usus kecil kerana kekurangan enzim di kawasan itu.

Makanan yang tidak dicernakan ini melalui usus kecil ke usus besar dan di situ bakteria tidak berbahaya memecahkan makanan, menghasilkan hidrogen, karbon dioksida dan di kalangan sesetengah orang, metana. Kesemua gas ini keluar melalui rektum menjadi kentut.

Sumber Gas

Gas berlebihan dalam saluran pencernaan (esofagus, perut, usus kecil dan kolon) datang daripada 2 sumber :

a) Udara yang anda telan (menerusi tabiat mengunyah gula-gula getah atau merokok)

b) Peningkatan penghasilan gas daripada makanan tidak hadam yang dipecahkan oleh bakteria dalam usus

Komposisi

Gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen.

Bagaimana pun, komposisi gas yang keluar dari badan anda bergantung kepada beberapa faktor seperti makanan, udara yang disedut, jenis bakteria dalam usus dan tempoh masa anda menahan kentut.

Makanan Berangin

Sesuatu yang anda perlu tahu, makanan yang menghasilkan gas tidak sama bagi setiap orang. Sementara, bakteria umum yang ditemui dalam kolon boleh memusnahkan hidrogen yang dihasilkan oleh bakteria lain.

Keseimbangan dua jenis bakteria ini menjelaskan mengapa sesetengah makanan menjadi 'berangin' kepada sesetengah orang. Namun, kebanyakan makanan yang mengandungi karbohidrat menyebabkan gas. Makanan lemak dan protein menghasilkan sedikit gas. Selain itu, kekurangan laktosa juga boleh menyebabkan seseorang itu kerap kentut.

Info : Makanan Penyebab Kentut

* Kacang
* Sayur-sayuran seperti brokoli, kubis, tauge, asparagus
* Buah-buahan seperti pear, epal dan pic
* Minuman bergas dan ada kalanya jus buah-buahan
* Produk tenusu seperti keju, ais krim, bijirin

Sumber : oleh Hafizah Iszahanid, Berita Harian


No comments: