Saturday 7 May 2011

Tentang Sesuatu...

Kau dan aku.
Kita berkongsi tarikh lahir yang sama.
Berbeza tahun berbeza status.
Aku berjiwa moden kau lebih konservatif.
Kita tak pernah sependapat, tak sebulu malah selalu berbalah.
Kau menyakiti aku dan aku menyakitimu.
Maafkan aku kerana kita tak pernah berkongsi memori indah bersama.
Selama 18 tahun hari-hari kita berjumpa.
Jangkamasa yang agak lama tapi tak pernah kita cuba untuk memahami satu sama lain.
Jangankan hendak berpeluk, Salam pun tak pernah. Time raya jer mungkin la..
Selepas itu kita mula berjauhan.
Aku pergi mencari ilmu di perantauan.
Tiada lagi perbalahan tiada lagi sakit hati. 
Tapi jiwa kita jadi semakin jauh... jauh...

Sekarang... 
Diusia 25 tahun ni mungkin aku dah sedikit matang.
Kau pun dah semakin berusia.
Kita dah tak seperti dulu kan.
Masing-masing dah mula beralah.
Dah jarang berbalah.
Tapi jurang itu masih ada dalam hati.
Kosong.

Aku di sini. Kau di sana.
Aku sedikit kesal. Mengapa kita tak pernah rapat. 
Kenapa hubungan kita tak macam orang lain.
Tapi tak mengapa. Aku dah cuba memahami.
Semua ada hikmahnya...
Aku tahu kau sayangkan aku.
Aku juga sayangkan kau.
Terima kasih Mak kerana melahirkan dan membesarkan aku.
Selamat Hari Ibu.

...........................................................................
Buat sang kekasih hati, dia yang jadi kekuatan aku disini. Dia juga yang selalu ingatkan aku tentang mak. Dia jugak yang selalu nasihatkan aku supaya mintak maaf dekat mak. Bila aku mengadu kerana berselisih faham ngan mak dia jugak yang marahkan aku balik. Dia cakap aku bertuah sebab masih ada mak sedangkan dia dah lama tak merasa kasih sayang seorang ibu. Ibunya meninggal masa dia masih sekolah dulu lagi... Takpe la sayang, mak i kan boleh jadi mak u jugak... :p


SELAMAT HARI IBU BUAT MY MOM, MY SIS, MY SIS IN LAW DAN SEMUA IBU-IBU DISELURUH DUNIA!! (Dalam jiwa aku, aku pun ibu jugak ibu pada semua teddy bear teddy bear aku! Hak hak hak.. Lepas ni nak bela kucing, jadi mummy pada kucing tu pulak. hak hak hak (T_T) Gilaaa...)

Sekadar coretan,

2 comments:

Mijoe said...

Touching la cida, but it's a good one... :-)

Cida said...

hehe.. sekadar coretan perasaan... lain orang lain cerita kan.