Monday, 16 May 2011

Sewaktu Aku Masih Lagi Bodoh...

Tahun 1993
Darjah 1 Kenanga, Sekolah Kebangsaan Changkat Jering, Taiping, Perak.
Puan Nur Izzati Binti Abdullah


::Sekolah rendah aku::


Beliau seorang guru. Cikgu kelas dan cikgu Bahasa Melayu aku semasa darjah satu. Bagi aku dalam banyak-banyak cikgu yang pernah mengajar aku nama beliau jer yang paling aku ingat sebab dialah cikgu yang pertama sekali ajar aku kenal ABC, 123, mengeja dan membaca. 


Yea... pada tahun 1993 kanak-kanak berumur 7 tahun baru mula kenal huruf adalah normal. Tak macam kanak-kanak zaman sekarang yang punyai parents yang moden dan educated. Boleh ajar anak sendiri dekat rumah dan umur 4 tahun dah boleh membaca. Aku tak begitu. Parents aku sibuk cari rezeki. Orang kampung. Belajar pun setakat sekolah rendah jer. Biasalah. Berkat tunjuk ajar Cikgu Izzati aku mudah faham dan tangkap apa yang diajar. Tiap-tiap kali ujian bulanan aku dapat markah yang tinggi. Walaupun dia jarang senyum tapi dia tak garang lansung. Berbanding dengan cikgu-cikgu lain, cikgu lain garang. Suka cubit kat perut. Tak pun ketuk jari aku dengan pembaris.


Raut wajah Cikgu Nur Izzati ada iras-iras macam orang Sabah tak pun Sarawak. Aku agak-agak jer beliau berasal dari sana sebab slang bertutur pun agak lain dari orang Melayu semenanjung. Hari-hari Cikgu pakai baju kurung. Bertocang satu di belakang. Berkacamata empat segi berbingkai hitam. Apa khabar cikgu sekarang yea? Aku teringin nak jumpa. Hampir 13 tahun dah aku tinggalkan sekolah rendah. Sejak masuk sekolah menengah aku dah tak nampak kelibat Cikgu Nur Izzati. Tiba-tiba rasa rindu...


Aku bukan la pelajar favourite ketika di sekolah. Aku dulu pendiam sangat-sangat. Masa mula masuk sekolah aku takut dengan cikgu. Cikgu yang mula-mula masuk ke kelas aku dan mula mengajar Cikgu Izzati ni lah. Beliau mengajar dengan tekun sekali. Walaupun murid-murid nakal dan bising beliau tak pernah tengking atau tinggikan suara. Agak-agaknya macamana rupa cikgu Izzati sekarang? Masih mengajar kat SKCJ lagi ker? Kalau terserempak pun mesti aku dah tak cam cikgu dan cikgu pun pasti dah tak kenal aku. Aku cuma masih ingat rupa paras cikgu yang dulu jer... Rupa cikgu masa muda-muda... Rupa cikgu sekitar tahun 1993 - 1998. Wajah itu jer yang masih kuat kat ingatan aku. Apa-apa pun, Terima Kasih Cikgu!



Tahun 2002-2003
Tingkatan 4 & 5 Sains 1, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Menteri, Changkat Jering, Taiping, Perak.
Cik Zabidah Arif


::Sekolah menengah aku::

Kelas Lukisan Kejuruteraan jadi idaman aku. Masa tu cita-cita aku nak jadi arkitek tak pun engineer. Aku minat sangat dengan subjek ni. Masa awal tahun 2002 masa aku tingkatan 4 aku tak pulak apply nak masuk sekolah teknik. Kawan-kawan baik aku masa tu ada apply tapi semua tak bagitau aku. Sedih betul. Tapi takpe la sebab kat sekolah aku ni pun ada jugak subjek Lukisan Kejuruteraan. Masih boleh lagi kejar cita-cita. 


Pada awalnya nama aku terpilih untuk masuk kelas Biologi. Pehhh... aku sungguh tak minat lansung ngan Bio. Takde mase la aku nak pagi bedah tikus ngan katak weiii. So aku pegi jumpa dengan cikgu Zabidah aku cakap yang aku minat nak masuk kelas beliau kelas engineering. Memang berharap sangat dapat tukar sebab kelas tu tak ramai yang terpilih dan akhirnya dapat jugak tukar.


Cikgu Zabidah tegas orangnya. Garang sikit tapi aku suka sebab dia sempoi. Apa yang dia ajar semua masuk dalam kepala. Memang best. Tiap-tiap kali exam for sure la subjek yang beliau ajar ni aku pulun. hehehe.. Selalu jugak la aku dapat score markah paling tinggi dalam kelas. Lepas result SPM keluar ternyata aku dapat score A2 untuk Lukisan Kejuruteraan. Tapi yang tak best Add Math ngan Kimia teruk. Hahahaha... Maaf cikgu Kimia. Saya lupa nama cikgu! Cikgu suka cubit perut bila saya tak dapat jawab soalan. (-_-") Sakit tau... Apa-apa pun, Terima kasih Cikgu!


::Ngan kawan-kawan masa Form 5. Kelas 5 Sains 1 tahun 2003. Mana satu aku? Heheh::


Habis sekolah...



Beberapa bulan lepas tu keluar la keputusan permohonan ke universiti. Aku dapat sambung ke peringkat diploma di UiTM Seri Iskandar. Tapi bukan dalam bidang yang aku cita-citakan. Punya la berat hati aku nak pergi. Nak tahu aku dapat course apa? Accounting!!! Perghhhhh... Aku punya la tak tau satu kebenda hapa itu akaun. Aku apply bende lain bende lain yang aku dapat! Nangis gak la sebab tak mau pegi. Tapi parents suh aku pegi jugak so aku pegi la dengan berat hati. Akhirnya aku tamat gak diploma graduate on time tepat-tepat habis 3 tahun. Legaaa... After that, aku further degree pulak. Aku amik Perbankan Islam atau penuhnya Bachelor of Business Administration with honour (Islamic Banking). Pehh.. Bende lain pulak... hahaha! Berjaya graduate ontime jugak. Tahun lepas aku konvo. Sekarang dah kerja. Tapi... aku tak pulak kerja di sektor perbankan. Hahaha! Cita-cita asal aku nak jadi arkitek ataupun engineer tapi sekarang ni dah pusing-pusing jadi lain dah. Rezeki Allah dan tentukan. Apa-apa pun syukur Alhamdulillah! (Ehh.. aku nak cite pasal cikgu kan tadi.. sori melencong.. :p)


Apa yang aku nak ceritakan kat sini ialah aku begitu menyanjung peranan guru-guru yang pernah ajar aku dulu. Tanpa tunjuk ajar diorang aku tak mungkin sampai ke tahap ni. Mungkin aku stuck kat kampung jer wat keje bodoh-bodoh jer. Tak pun dah kawen dan jadi surirumah. Perghhhh... mintak dijauhkan. Banyak lagi benda yang aku nak kejar. Aku sukakan benda yang lain dari yang lain. Bervariasi. Barula hidup enjoy dan aku taknak menyesal bila dah tua nanti. Haha... 


Aku petik dua nama guru yang paling aku sanjung tu bukan bermakna cikgu-cikgu yang lain aku tak ingat tapi dua insan yang aku sebut tu ada dekat jer kat hati aku selalu. Aku salute diorang. Terima Kasih Cikgu!


Berkat tunjuk ajar kalian, aku dah berjaya sampai ke menara gading. Dah pegang Diploma. Dah pegang Ijazah Sarjana Muda. Pegang Master belum lagi. Pegang sijil nikah pun belum jugak.. (T_T). Terima kasih Cikgu. Jasa kalian aku ingat sampai mati.


SELAMAT HARI GURU


5 comments:

Eyra Rizal: Your MUA said...

MAKEUP CLASS DI SHAH ALAM!!!
http://www.facebook.com/event.php?eid=113982102020746

MAKEUP CLASS DI PULAU PINANG!!!
http://www.facebook.com/event.php?eid=173619536025779&ref=notif&notif_t=event_wall#wall_posts

HP: 016-2128740 (eyra)
014-3213922 (eryn)
FB :Eyra Rizal, Eyra Rizal II
Fan Page: Eyra Rizal Touch

..gugu.. said...

heheh sis kne tag..

http://akudanchenta.blogspot.com/2011/05/le-beau-monde-giveaway_18.html

..gugu.. said...

link td tkt slh la..

bg link baru eh.
http://akudanchenta.blogspot.com/2011/05/le-beau-monde-giveaway_18.html

Mijoe said...

touching la cida...

sedih pulak tingat kat cikgu2 den masa sekolah rendah dulu...sekolah menengah tak best sangat..:p

Chieda Hafiz said...

encek mijoe ni selalu touching la.. hihihi... teringat zaman sekolah rendah dulu..