Sunday, 17 July 2011

Projek Kawen Ina : Buku Tetamu

Sempena majlis perkahwinan bff aku hujung minggu depan, bff aku Iena telah mempertanggungjawabkan aku untuk menghasilkan buku tetamu buatan tangan dan seluruh idea terpulang pada aku. Pehhhh... dah lama kot aku tak wat keje-keje seni camni.


Zaman sekolah dulu aku memang suka subjek pendidikan seni nih. Hahaha... teringat-ingat dulu tiap-tiap tahun aku dan kelas aku bolot hadiah johan pertandingan mereka cipta kad gergasi hari guru. Aku fikir idea yang best-best siap ngan budget sekali and diorang satu kelas bagi duet jer. Esoknye dah siap dah! Huhu... Manakala pertandingan melukis poster lak aku bolot seorang diri. Bff aku lagi sorang lak join pertandingan menyanyi. Johan jugak! hehehe... Terbaik lah geng-geng aku. Tapi tu dulu la zaman sekolah dulu. Lepas aku masuk universiti aku dah tinggalkan dah semua nih...


::Konon-konon kulit buku ah tu..::

Lepas jer Iena bagitau aku pasal buku tetamu nih terus aku fikirkan tema dan rupa bentuk die. Terus jer tangan aku sketch. Huhu.. Masa tu aku kat office. Nasib baiklah keje tak banyak. Jap jer dah dapat fikirkan idea. 

::Hehe::

::tu konon-kononnye pic iena ngan tunang die la::

::Pantun-pantun yang aku gugel::

::Buwok sket.. hahah::
Haihh.. tinggal lagi 6 hari jer nak siapkan. Jumaat depan aku nak balik dah. So khamis nak kena siapkan dah. Nak print lagi... Nak bind lagi.. Petang ni keluar baru nak pergi cari kertas semua. Harap-harap budget aku cukup. Balik nanti baru boleh claim dekat pengantin. Kehkehkeh! Da la semua urusan nak buat ni by email and chatting kat fb jer. Bakal pengantinnye dekat Pedas, Negeri Sembilan nu aku si tukang buat kat KL ni. Harap-harap hasilnye nanti die puas hatilah yea.

Nak usha-usha sket hasilnyer? Haa tengoklah...




Haaa.. ok tak?

Hehehe.. Nanti dah siap aku tunjuk lah yea... Buku Tetamu untuk majlis aku nanti pun aku dah ada idea sikit-sikit nie.. hihihi... ok lah.. aku nak keluar ngan encik bf cari barang buat buku Iena. Tataa


2 comments:

NormaLiza Mah said...

Hai...
Tgk entry n klik2... sama2 jana tabung...
Singgah seketika di laman saya dan klik2...
Moga berjaya dgn nffng...
Salam perkenalan.

icam valeryn said...

website yg bagus, sukses terus dan maju terus...
silahkan kunjungi balik blog ane : http://obatmataminus.my.id/