Wednesday, 29 June 2011

Transformers: Dark of The Moon

Semalam aku dan encek bf pergi tengok tayangan premier Transformers dekat Times Square. Aku dapat dua tiket free. Tengok kat panggung Premier Class hokehh. Huhuhu...

Kali ni ada banyak pelakon baru antaranya Patrick Dempsey (Si doktor dalam Grey's Anatomy) yang bertukar jadi orang jahat dalam cite ni bersengkongkol dengan Decepticon. Sejak awal-awal lagi aku da dapat agak dah die ni ada agenda tersembunyi sebab tibe-tibe baik sangat nak adiahkan kete la ape la kat pekerja die si Carly gf Sam. Pastu watak-watak lama yang kembali lagi seperti husband Fergie Black Eyed Peas yang kacak tu si Josh Duhamel (Lennox), Tyrese Gibson (Epps), John Turturro, parents Sam yang kalut dan semestinye robot-robot yang bleh bercakap tuh. Huhu..

::Josh Duhamel, husband Fergie yang kacak! I lOikes!::
::Patrick Dempsey dan Carly::

Cerite ni bermula dengan peperangan di Cybertron diantara pihak Autobots dan Decepticons. Autobots kalah dan ketua diorang Sentinel Prime cuba untuk launch The Ark, Autobot spacecraft dari planet diorang yang membawa satu teknologi hebat yang boleh menyelamatkan umat eh.. spesies diorang.. eh.. diorg ni nak cakap apa eh.. spesies ker hape ntah.. ahh lantak la... Semasa pelancaran The Ark, Starscream menyerang dan The Ark crashes kat Bulan. Masa tu tahun 1961. Kebetulan masa tu Presiden Amerika John F. Kennedy kuar kat TV berjanji pada rakyat untuk menhantar manusia pertama ke bulan. Huhuhuhihihiu... Pada tahun 1969 NASA pun hantar angkasawan pertama ke bulan yang sebenarnya tujuan diorang adalah untuk menyiasat kapal angkasa The Ark yang terkandas kat bulan tu.
::Sentinel Prime::

Sam Witwitcky pulak dah dewasa... Dah tamat kolej dan tengah menganggur. Die duduk serumah dengan gf baru die Carly. Scene mula-mula Sam and GF die bermula diatas katil hokehh... Tak berapa sesuai untuk anak-anak la aku rasa. Aku takpe le dah besar (motif? T_T). Bagi aku Carly ni asyik-asyik nak cantik jer. Watak die tak menyerlahkan bakat die pun. Ohh.. I miss Mikaela (T_T) I want Mikaela back! Hmmm... Autobots pulak sangat-sangat sibuk dengan misi sampaikan Sam kene naik kete buruk hehe.. sebab Bumblebee busy (chomell...)
::Sam and Carly... hurmmm.. xde chemistry lansung aku tengok.. x beshh arr pompuan ni.::

Selepas diorang sume sedar yang ada rahsia besar tersembunyi di sebalik bahagian sebelah bulan yang gelap... Diorang sedar akan kemusnahan besar yang bakal berlaku kalo teknologi tu terjatuh kat tangan Decepticons... dan Sentinel Prime yang berpaling tadah... hurmmm.. errrr.. aku tak tau la nak cite camne.. tak reti nak wat ayat... ehh waitt.. tanak ahh spoil cite. Transformers kan kuar arini.. ha sile la korang sume pegi beli tiket dan tengok sendiri yek. Huahahahhaha

But aku still tak boleh nak masuk dengan watak Carly (Rosie Huntington-Whiteley, si bibir sexy.. pehh) gf baru Sam Witwicky... Aku lebih suka Mikaela lakonan Megan Fox (aku kan kipas susah mati Cik Musang tu... heheh).. Serius aku rindu nak tengok Mikaela yang ganas-ganas tu. Hukhuk! Digambarkan konon-kononnye ex gf Sam (Mikaela lakonan Megan Fox) tu yang dump Sam dulu. Hmm.. macam tu jer diorang matikan watak Megan Fox. Love interest Sam yang baru ni merupakan seorang model English dan die lagi tinggi dari Sam nampak macam tak sepadan jer. (Nak jugak watak Mikaela tu.. uhukkk)



Rate yang aku bagi kali ni?





3/5 star jer... sebab takde Mikaela.. sobb.. sobb... 

3 comments:

Mun said...

bestnye, kite tak pnah tgk premier class..tp mmg xsyok kn bila kita dah selesa dgn watak tu tba2 dia matikan mcm tu aje..:(

Alkisah said...

ok nice. alkisah jeles sbb tak tgk lagi..

Chieda Hafiz said...

huhu.. sume dah tgk dah cite ni?
mun... mmg terasa pelik.. bile kite dh selesa dgn watak tu tambah2 lagi kita suka die lps tu dimatikan dan diganti dgn pelakon baru yg x best lansung. mmg rasa x puas hati.