Agak lama jugak la aku tak berjumpa dengan diorang ni. Masa kat UiTM Seri Iskandar dulu diorang ni la roommates aku dari part 1 sampai la abis belajar. Diorang la kawan-kawan yang rapat dengan aku kat sana. Lepas abis diploma aku lak terus sambung degree manakala diorang lak terus kerja so start dari situ la masing-masing dah jarang jumpa. Kadang-kadang jer dapat contact. Aku busy ngan study and diorang busy ngan kerja. Sekarang aku dah kerja baru la ade mase nak huha huha sket. Hahahaha...
So, masa majlis pertunangan salah sorang roommates kami ni la kami dapat hangout sama-sama cam dulu.. huhuhu.. windu ouhh... berapa tahun dah tak lepak lepak camni. Pegi kenduri, jalan-jalan, makan durian! Hahaha... Encek bf semua kene tinggal yer... kami berpakat pergi sama-sama naik satu kereta jer.
::Majlis pertunangan Nisa:: |
Dusun durian yang kami berenti singgah tu kat Melaka jugak. Perghhh... sedap woohh... pekena durian Musang King dengan Udang Merah. First time aku dengar jenis-jenis durian tuh. Sebelum ni main makan jer la. Isi dier oren beb.. sedap gilerss... Then, harga dia boleh tahan mahal la jugak. Tapi puas la sebab sangat sedap okeh! Makan terus jer kat dusun tu.
::sempat lagi tu:: |
::ngaaaaaappp:: |
Then, dinner kat Restoren Ikan Bakar Tasik Idaman, Dengkil. Ina belanja.. ohh yeahh!
::Pilih meja yang terapung diatas tasik.. huhuh:: |
::Ada & Silah muke lapar:: |
::Aku maintain.. hahah:: |
::Sebelum:: |
::Posing sebelum melantak. Ina yang paling kanan belanje. :: |
::Ikan pari liat...:: |
::Selepas:: |
No comments:
Post a Comment