Semalam aku lepak kat Shah Alam jer. Lama sungguh tak pergi Shah Alam sampaikan sekarang Seksyen 7 area rumah sewa aku dulu berubah dengan mendadak sekali. Fuhhh... kenapa la zaman aku belajar kat sana dulu tak hebat macam ni. Kau cakap je la nak makan apa, western, arab, indon semua ada weh! Nak beli kain nuu seberang jalan je ada Jakel. Nak beli barang rumah jalan kaki jer pergi Giant (masa aku duduk situ dulu tu Pasaraya Bintang). Memula sampai terus pergi buat treatment rambut kat saloon peberet aku masa study dulu Max Point Hair Studio dengan harapan yang besar dapat la jumpe hairstylist hensem aku dulu si Joness Tan. Sekali tunjuk kad die diorang cakap Si Joness dah berenti keje pindah kat Banting setahun yang lepas. Arghhhhh!!! Sedihnye! Tak dapat lagi tatap muka kacak die ala-ala artis Hong Kong tuh. Kuciwa... Rasa nak nangis. T_T Heh.. sudah la. Jom cerita pasal makanan.
Akibat kelaparan melampau semalam kerana rambut siap pukul 6.30 petang sedangkan aku belum lunch lagi (tarik nafas jap... ok sambung..) bf aku bawak pergi makan dekat restoren arab sebab kata dier portion makanan arab sepinggan memang banyak dan muka aku memang nampak macam orang kebuluran. Heh! Kitorang pergi lunch + dinner kat Zam Zam Arabic Restaurant kat Oasis 9 Section 9. Belakang Plaza Masalam ngan Mekdi Sec 9 tu jer.
Restoren baru jer bukak. Parking space memang banyak dan menyenangkan orang ramai nak datang sini. Pekerjanya pulak semua arab. Takde sorang pun melayu. Aku tengok bf aku pun terkial-kial nak order. Hahahahhaa!! Kitorang bukak menu lepas tu tak tau nak pilih apa. Aku yang tak pernah makan makanan arab ni lagi lah. Aku tanya dia "Chicken Mandy ni apa? macam Ayam mandi ja bunyi. Hehe" "kabsa ni natang pa. Pelik ja.." "lamb Madghut? Hahahha!" last-last kitorang order berdasarkan gambar kat menu tu. Chicken Mandy ni nampak macam sedap. Nasi die warna warni so aku order je la yang tu dan bf aku order Lamb Kabsa. Minuman Watermelon Juice dengan Honeydew Shake jer.
Environment restaurant tu memang best. Perabot semua nampak mewah. Customer pula memang penuh la malam semalam dan order pun cepat jer sampai.
Aku punya makanan Chicken Mandy. Memang sedap la rasa dia superb! Aku dan bf memang sengaja amik lain-lain so kitorang boleh rasa dua-dua. Masa nak bahagikan ayam dan kambing tu aku ingatkan mesti susah dan liat. Sekali aku cocok dengan sudu jer.. Alahaiii... lembutnye isi! Senang sangat nak potong. Ayam pun sangat juicy dan fresh. Tetiba rasa happy gila! Hahaha!
Bagi aku dua-dua Chicken Mandy dan Lamb Kabsa ni sedap tapi aku lebih suka nasi Kabsa bf aku dan sememangnya walaupun orang kata beras basmathy (iklan die kate huuu panjangggggggg!) ni cepat kenyang walau makan sikit tapi dah nama kami ni buruk lantak dan kuat makan kami pun order lagi satu nasi tambah Kabsa ni. Kata nak diet tapi.... :p
Memang kenyang sangat-sangat dan sedap! Dan bil untuk tiga pinggan pun ok la berpatutan. Semua sekali berjumlah RM66. Bukan selalu leh makan mahal-mahal macam ni. Bf aku kan kedekut! hahaha (Nasib baik die tak tau pasal blog aku nih :p)
Ok lah itu sajer. Terbayang-bayang lembutnya Chicken Mandy tu.. Owhhh... terliurr. slurppp...
P/s: Apa beza Lamb, Mutton dengan Goat? Semua tu Kambing kan...
1 comment:
nanti, boleh g try zam zam nie..
Post a Comment