Saturday, 13 August 2011

Day 07 ~ Nicknames you have; why do you have them

Aku takde la nicknames yang havoc-havoc sangat pun. Biasa-biasa jer.


~Spyder~
Camana aku boleh dapat nick ni? Ntah la aku pun tak berapa ingat. Bermula pada awal tahun 2000 atau 2001 kot masa aku kat sekolah menengah. Masa tu zaman hiphop... huhuhuhuhu... Rasa macam tak boleh belah masa tu. Tiap-tiap hujung minggu aku macam remaja lain lepas balik tuisyen suka melepak kat McD Taiping. Haha.. masa tu zaman hiphop memang tengah top la. Melepak dengan kawan-kawan lelaki yang dressup dengan seluar baggy shiny-shiny dan tshirt besar. Kahkahkah... Kelakar betul kalo nak diingatkan balik zaman 10 tahun yang lepas. :P Lepas tu nickname setiap seorang kene ada. Pehh macam-macam la diorang reka termasuk la nama aku. Kebetulan kan perangai aku macam kasar-kasar sikit dan aku masa tu suka sangat dengan labah-labah. (Teringin nak bela kot). Kawan aku masa tu nama dia Eja la bagitau diorang semua suruh panggil aku Spyder (ejaan sengaja ditukar macam ni yer baru nampak hype!)
::Aku dulu teringin nak bela labah-labah as a pet! Gilaa::


Lepas tu, aku pun lebih dikenali dengan nick Shieda Spyder. Sampai sekarang ni jugak la kalo terserempak dengan kawan-kawan lepak yang lama mesti diorang panggil aku dengan nickname ni. Kuikuikui... mengenang kisah-kisah lama ni buat aku tersenyum jer...




~Sikucenghitam a.k.a blackcat~
Nick si kucing hitam ni bermula semasa aku mula-mula nak masuk UiTM Shah Alam. Masa tu sekadar suka-suka jer aku nak buat email baru (sha_blackcat). Kebetulan sangat-sangat pada tahun tu band-band indie tengah meningkat naik dan band indie dari Ipoh Bittersweet tengah hot dengan lagu Kucing Hitam.


::Saye hemsemm..::


Aku masa tu pulak guna nick kucing hitam @ blackcat untuk myspace, facebook dan lain-lain. So aku lebih dikenali dengan nick sikucenghitam ni lah. Huhu... masa tu ada jugak sesetengah kawan-kawan dengan tak semena-mena akan nyanyi lirik "kuceng hitamm" bila terjumpa dengan aku. Huhuhu... Melekat jugak la sampai sekarang.


~Cida~
Bagaimana nama aku yang panjang boleh jadi sependek ini? Kawan-kawan aku punye keje lah ni. Masa sekolah kawan-kawan panggil aku full name. Hahahaha! Nurul Shahida! Naik sekolah menengah panggil Shahida jer. Sampaila satu hari tu bff aku kate "Wehh... nama hang panjang sangat la aku pendekkan jadi Shida je lah!" Suke-suke ati die je kann.. tapi melekat la nama Shida tu sampai masuk U. Masuk pulak U, jumpa kawan-kawan baru. Bile nak tanya pasal assignment jer mesti nak kene sms sebab masing-masing hostel jauh malas nak berjalan, depa pi pendekkan lagi nama aku jadi Cida. Pastu lagi pendek jadi Cda terus. Pehhhh... Shieda, Cida, Cyda, Cda... boleh pendek lagi tak? Kehkehkeh... Suka ati korang la nak panggil aku apa!

2 comments:

logorithm said...

I pulak, nickname 'logorithm' nih wujud di alam cyber sejak tahun 2002 selepas I menyapu bersih tiga pertandingan mencipta logo untuk Revolution9 Downline Club.

Citernya kat sini.

Apabila tuan punya Revolution9 DLC memerlukan satu lagi logo untuk business dia iaitu web hosting, tapi dia tak buat competition dah. Dia mintak directly I tolong buatkan. Sebagai balasan, dia kasi free web hosting dan free domain name registration. Dia tanya I nak register domain name apa. I pon mulakan pencarian kat kamus dan tertarik dengan 'logarithm'. Disebabkan I minat buat logo, I tukarkan 'a' jadik 'o', maka lahir lah 'logorithm' di dunia cyber nih. ;-)

Cida said...

uhuhu menarik! setiap nma ada cerita tersendiri...