Sunday, 17 July 2011

Projek Kawen Ina : Buku Tetamu

Sempena majlis perkahwinan bff aku hujung minggu depan, bff aku Iena telah mempertanggungjawabkan aku untuk menghasilkan buku tetamu buatan tangan dan seluruh idea terpulang pada aku. Pehhhh... dah lama kot aku tak wat keje-keje seni camni.


Zaman sekolah dulu aku memang suka subjek pendidikan seni nih. Hahaha... teringat-ingat dulu tiap-tiap tahun aku dan kelas aku bolot hadiah johan pertandingan mereka cipta kad gergasi hari guru. Aku fikir idea yang best-best siap ngan budget sekali and diorang satu kelas bagi duet jer. Esoknye dah siap dah! Huhu... Manakala pertandingan melukis poster lak aku bolot seorang diri. Bff aku lagi sorang lak join pertandingan menyanyi. Johan jugak! hehehe... Terbaik lah geng-geng aku. Tapi tu dulu la zaman sekolah dulu. Lepas aku masuk universiti aku dah tinggalkan dah semua nih...


::Konon-konon kulit buku ah tu..::

Lepas jer Iena bagitau aku pasal buku tetamu nih terus aku fikirkan tema dan rupa bentuk die. Terus jer tangan aku sketch. Huhu.. Masa tu aku kat office. Nasib baiklah keje tak banyak. Jap jer dah dapat fikirkan idea. 

::Hehe::

::tu konon-kononnye pic iena ngan tunang die la::

::Pantun-pantun yang aku gugel::

::Buwok sket.. hahah::
Haihh.. tinggal lagi 6 hari jer nak siapkan. Jumaat depan aku nak balik dah. So khamis nak kena siapkan dah. Nak print lagi... Nak bind lagi.. Petang ni keluar baru nak pergi cari kertas semua. Harap-harap budget aku cukup. Balik nanti baru boleh claim dekat pengantin. Kehkehkeh! Da la semua urusan nak buat ni by email and chatting kat fb jer. Bakal pengantinnye dekat Pedas, Negeri Sembilan nu aku si tukang buat kat KL ni. Harap-harap hasilnye nanti die puas hatilah yea.

Nak usha-usha sket hasilnyer? Haa tengoklah...




Haaa.. ok tak?

Hehehe.. Nanti dah siap aku tunjuk lah yea... Buku Tetamu untuk majlis aku nanti pun aku dah ada idea sikit-sikit nie.. hihihi... ok lah.. aku nak keluar ngan encik bf cari barang buat buku Iena. Tataa


Saturday, 16 July 2011

Majlis Pertunangan a.k.a Reunion ex-Roommates

Majlis pertunangan seorang rakan yang kami kenal semasa sambung diploma di UiTM Perak dulu membawa kami semua ke Melaka.... cecece. ayat aku skema pulak. (-_-')


Agak lama jugak la aku tak berjumpa dengan diorang ni. Masa kat UiTM Seri Iskandar dulu diorang ni la roommates aku dari part 1 sampai la abis belajar. Diorang la kawan-kawan yang rapat dengan aku kat sana. Lepas abis diploma aku lak terus sambung degree manakala diorang lak terus kerja so start dari situ la masing-masing dah jarang jumpa. Kadang-kadang jer dapat contact. Aku busy ngan study and diorang busy ngan kerja. Sekarang aku dah kerja baru la ade mase nak huha huha sket. Hahahaha...


So, masa majlis pertunangan salah sorang roommates kami ni la kami dapat hangout sama-sama cam dulu.. huhuhu.. windu ouhh... berapa tahun dah tak lepak lepak camni. Pegi kenduri, jalan-jalan, makan durian! Hahaha... Encek bf semua kene tinggal yer... kami berpakat pergi sama-sama naik satu kereta jer.


::Majlis pertunangan Nisa::
Lepas majlis pertunangan Nisa, kami pergi pulak makan durian kat sebuah dusun tepi jalan. Nak tau tak, sibudak kecik yang baru bertunang tu nak ikut kitorang gi jalan-jalan.. ade ker... hehehe. Tak boleh!


Dusun durian yang kami berenti singgah tu kat Melaka jugak. Perghhh... sedap woohh... pekena durian Musang King dengan Udang Merah. First time aku dengar jenis-jenis durian tuh. Sebelum ni main makan jer la. Isi dier oren beb.. sedap gilerss... Then, harga dia boleh tahan mahal la jugak. Tapi puas la sebab sangat sedap okeh! Makan terus jer kat dusun tu. 

::sempat lagi tu::

::ngaaaaaappp::
Lepas dah puas melantak durian kami pun bertolak lah balik. Dalam perjalanan sempat singgah kat Nilai... huhuhu tengok barang-barang kawen. Lepas ni sapa pulak yang nak kawen ntah ler. Huhu... 


Then, dinner kat Restoren Ikan Bakar Tasik Idaman, Dengkil. Ina belanja.. ohh yeahh!

::Pilih meja yang terapung diatas tasik.. huhuh::

::Ada & Silah muke lapar::

::Aku maintain.. hahah::

::Sebelum::

::Posing sebelum melantak. Ina yang paling kanan belanje. ::

::Ikan pari liat...::

::Selepas::
Ohh yea.. di restoren ikan bakat Tasik Idaman ni ada karaoke, pentas besar dan boleh wat majlis-majlis keraian. Boleh tahan jugak la tempat tu. Wat majlis kawen pun boleh. Dengar-dengar cerita kumpulan May pun selalu wat show kt situ. Satu jer aku pesan... jangan order ikan pari... takk beshhhhhh!!!!!


Bestnye dapat lepak-lepak camni ngan kawan-kawan lama sambil mengimbau balik kenangan masa belajar dulu. Agaknye bile la dapat hang out camni lagi ngan diorang.

Friday, 15 July 2011

Floria 2011 : Roses are Forever

Roses are forever... forever.. forever.. (lirik asal diamond are forever.. keh keh keh)


Korang dah pergi dah Putrajaya Flower & Garden Festival 2011? atau lebih senang nak ingat Floria 2011. Aku dah dua tahun berturut-turut pergi. Aku ni... walaupun hati kental. Agak ganas macam gengster tapi dalam hati ada taman. Aku suke bunga. Paling suke red rose la. Hehehe.. tiap-tiap tahun tiap kali birthday aku, Encek bf mesti kasi red rose! suke suke sukee!!!

Eheh... Floria 2011 ni bermula dari 9-17 July 2011. Maknanye ahad ni last day. Kalo korang suke kan bunge boleh la pergi. Ada jualan pokok-pokok bunga dan macam-macam lagi lah. Venue nya adalah di Waterfront, Precint 2 Putrajaya.

Kali ni tak banyak pulak gambar yang diambil macam tahun lepas. Tahun lepas aku first time pergi Floria memang jakun habis lah. Semua gambar pokok nak snap. Tapi tahun ni aku rasa ada kekurangan sket la. Tema tahun ni kan Roses are forever but roses yang aku tengok takde la banyak mana. Bunga tahun lepas lagi banyak kot. Tahun lepas lagi meriah. Ape-ape pun. Aku tetap suke!










Nak tahu dengan lebih lanjut? Kelik kelik lah SINI

Thursday, 14 July 2011

Projek Kawen Ina : Flower Gal


Beberapa minggu yang lepas masa aku tengah online fb tibe-tibe 'PING' (sound efek) sorang bff aku nih ajak chat. Ha.. camni la lebey kurang...

Ina: Wei mu... 23 haribulan ni mu balik tak?
Aku: Nape? Ade ape? Aku tak balik kot.
Ina: Ade la... Aku balik. Mu balik la... ajak Apit sekali.
Aku: Aku balik 30 haribulan ni ada kenduri sikit. Takmo la balik 23. Takkan la aku nak balik tiap-tiap minggu kot. Lagipun laki aku keja.
Ina : Alaaa.. wei.. aku kawen la 23 tu!
Aku: Chehhh.. skang baru nak bagitau... Takmo la balik. huhu
Ina: Yer la.. baru dapat confirmation tarikh tu dari pejabat kadi. Mu balik aww...
Aku : ....... (Aku lupe dah aku cakap aper sebab terkejut plus eksaited & terus call bff lagi satu nak bagitau.. ngahahaha!)

yang aku ingat last-last tu Ina sempat pesan, tema silver & hitam aww... mu, Noin ngan Huda kene jadi flower gal aku aww. awww.. awwwww... Ina awwww (ahaks!) 

Aduhh.. Ina nih! Dah la duit gaji aku bulan ni dah aku perabih shopping nampaknye hadiah kawen mu delay la yer... (-_-'). Ni baju pun nak kene cari lagi nak ikut tema. Nampak gaye kene wat loan ngan encek bf la nih. Nasib baik la bf aku tak pemboros macam aku. Muahahaha! Ina ni sajer taw... dah la tunang hari tu pun tarikh dah dekat baru bagitau. Ni kawen pun dah nak dekat baru bagitau. Macam-macam la kawan aku sorang ni...

Sorang dah lepas.. tinggal lagi tiga... ;p

Ina... i'm happy for u bff!


P/s: Jadi flower gal kene wat hape pulak? aiyooo...

Saturday, 9 July 2011

A Journey To The South (Part 2)

Mak aih... Lama gila aku peram entry ni. Agak sibuk sampai tak sempat nk update. Sambungan dari SINI... Ini entry bergambar.

Awal-awal pagi lagi kami dah bangun. Kami akan ke Singapore naik shuttle bus jer. Tak silap aku RM25 seorang pergi dan balik ke Singapore atau paling tepat ke Universal Studio di Sentosa Island tu. Dekat Tune hotel memang dah tersedia counter jual tiket shuttle bus ni. Rasanya setiap hotel kat JB ni ada perkhidmatan shuttle bus ke USS Singapore tu. Senang kan. Tak payah nak stay kat hotel Singapore. Mahal. Stay kat JB jer then pergi USS naik bus jer. Huhu... Jimat!

Pukul 8.30 pagi bus mula bergerak.Huhu..

::Muke Sarah masammm jer.. haha::

Lepas check imigresen ape sume. Kami pun masuk Singapore.. hehehe jakun giler aku. Tapi sampai-sampai je ke Singapore hujan turun lebat gile.

::Hujan lebat! uhukk::
::Kaunter tiket USS::
 Kat pintu masuk USS memang wajib amik gambar ni hokehh.. hahaha


::Tadaa.. aku ngan Haqimi.. yg ni sebenarnye gambar time petang.. kuar kejap pegi depan tu.:
Dan oleh kerana Singapore hujan lebat kami pun terpaksa bertukar jadikkk.... Orang Kuningggg!!! Boleh keje jadi maskot DIGI nih. hahaha

::orang kunin :p::
 Di dalam USS....

Ni rumah Shrek..


::Jalan ke jamban shrek::
Haa.. yang ni bende yang mula-mula kami main! Hahaha.. first time kot aku naik. Kat Malaysia bukan takde tapi tah la.. kat sini baru nak naik.

::Tunjuk bontot::

::Bontot orang..::
Ni gambar rollercoaster yang bakal aku naik kejap lagi. Phewww.. Nak beratur nak naik mende ni pun dekat 40 minit dowh...


Welcome to Madagascar...

Kat dalam ni ada bot bawak ronda kat dalam tu tapi kitorang tak sempat naik sebab masa tu ada masalah teknikal..

Then kitorang lapar, kat sini ada foodcourt kat depan Jurassic Park tu and kitorang terus jer la serbu. Lepas tu kitorang tengok ramai Chinese jer sampai la satu mamat melayu pekerja kat situ tegur kata sini Non-Halal. Cafe yang halal ada di area Eqypt tu. Yang ada patung-patung firaun. So, apelagi trus gerak kesitu..

::Besar gile patung-patung firaun tu..::

::Kat dalam ni ada rollercoaster dlm gelap. Aku masuk ngan nephews aku. huhu Best jugak la!::
Kitorang makan dekat Oasis Spice cafe ni. Indian food jer ade. Sedap.. Cafe ni betul-betul kat depan pintu masuk Rollercoaster yang ada patung pengawal hitam besar tu... Ada logo halal disitu...

:: Pintu masuk Cafe::

::Suasana dalam Cafe::

::makanan aku.. Nasi beriani ape tah... huuuu sedappp.. lapar giler licin aku makan::
Lepas makan masuk Jurassic Park. Bestttt sangat naik boat kat dalam tu. Korang kene try la pegi sendiri. Aku takde la letak gambar aku naik boat and main game kat dalam ni. Nanti basah camera aku!




Sini lak Waterworld. Kitorang sempat la tengok watershow. Last show pukul 6.30 petang. Menareks!



::Ada banyak lagi gambar tapi malas nk letak::
Pusing-pusing sekitar USS









::Bende ni aku naik.. hahahahhaha!!!!::

::miss woodpecker::

:::Belakang aku tu natang apa tah..::

::Alien dari Planet Nameck?::

::Huwaaa... Aku tak sempat amik gambar ngan Puss in Boot! Aku ngan anak buah sulung gi main rollercoaster mase ni.::

::With Po!::
Sampai ke malam kami kat USS...



::bergambar sebelum nak balik.. baju aku lenjun sebab naik boat::

::The pharaoh::






::Ni dah tahap maksima punye penat niece aku ni. muahahahaha!!!::
Tepat kul 9 malam kami pun bergerak la keluar tunggu kat tempat parking bus yang akan membawa kami pulang ke Malaysia tercinta... Tu je la cerita satu hari kami di Universal Studio Singapura.

Nak tau tak... Aku masuk Singapore ni tak bawak sesen pun Dollar Singapore. Aku tak tukar duit pun.. :p Masa tu aku trainee lagi. Duit takdak. So takde la beli ape-ape untuk kawan-kawan kat Malaysia. Bukan tak ingat tapi tak mampu. Semua belanja kakak aku yang tanggung.. hehehehehehe :p Terbaekkk lah!

Haippp!! Tak abis lagi lah.... ade lagi...

Keesokan harinya pagi-pagi lagi selepas checkout dan sarapan di Jb kami bergerak la pulang. Tapiii.. dalam perjalanan pulang tu sempat lagi singgah kat Ayer Itam beli kerepek. Hihihi..

Lepas tu singgah pulak kat Banda Hilir Melaka.


::Casa del Rio.. last time aku datang ngan Apit die masih dalam pembinaan. Sekarang dah siap. cantik!::

Sempat pulak masuk Muzium TLDM. Huhuhu


::Sarah nak masuk dalam::


::Kete bomba zaman dulu.::
Sempat daki bukit A Famosa.. Naik dari sebelah Gereja sebelah sana turun kat pintu depan sebelah Muzium Istana. huhuhu





Itu sajer percutian kali ni... Zasss...

P/s: Aku merancang nak ke Bandung dan Bali lepas raya and awal tahun depan sekali kawan-kawan aku check imigresen nama diorang blacklist la pulekkkk!!! Sebab tak bayar PTPTN! Kuciwanyeeee akuuu!!!! Hurmmm... ade ape-sape tak yang nak join pegi sana?