Wednesday 16 April 2014

Ujian Saringan HIV Untuk Bakal Pengantin

Assalamualaikum...

Akhirnya dalam kekalutan ni sempat jugak update pasal kahwin kat sini. Update pasal jalan-jalan aku ke Korea dan Bandung terbantut sudah. Memang tak sempat lansung. Hehehe...

Bulan lepas aku dan tunang pergi buat ujian saringan HIV di Klinik Kesihatan Tanglin. Ala klinik yang terletak berdekatan dengan Masjid Negara tu la. Asalnya aku nak balik buat kat Taiping jer tapi bila dengar salah sorang colleagues office cakap masa dia nak kahwin dulu slot untuk buat test HIV asyik penuh jer sampai kene tunggu berbulan-bulan aku terus ajak tunang pergi buat. Gile ape.. test HIV tak buat apa lagi borang kadi pun tak submit lagi. Kalut lah aku... hahaha..

Memula datang pagi-pagi tapi diorang suruh balik sebab test HIV start pukul 2 petang je. So kami pun datang la balik pukul 1.45 ptg. Kengkunun datang awal takde orang la sekali dah ada yang menunggu dah. Ramai betul orang yang nak kahwin.

Bagi orang KL dan Selangor diorang boleh dapatkan HIV form tu dari pihak klinik jer. Bagi orang luar KL/Selangor contohnya macam aku dari Perak aku kena ambil borang tu dari Jabatan Agama Perak dulu. Isi form tu siap-siap dan bawa ke Klinik. Borang persetujuan menjalankan ujian saringan HIV bagi negeri Perak macam contoh kat bawah ni.

::Borang Ujian Saringan HIV negeri Perak::

Isi borang siap-siap kemudian ambil nombor. Bila nombor dipanggil, pergi kaunter bayar RM1. Then tunggu pulak nombor dipanggil kali kedua untuk ambil darah. Lepas ambil darah tunggu result keluar pulak. Dalam sejam lebih jugak la aku kat klinik sebab orang agak ramai. Overall, puas hati dengan perkhidmatan Klinik Kesihatan Tanglin. So sesiapa yang nak buat ujian saringan HIV sila la pergi kat situ yer. Sejam lebih jer dah dapat.

p/s: Peringatan untuk bakal pengantin, ujian saringan HIV ni boleh dibuat di klinik dan hospital kerajaan sahaja ye. :))


2 comments:

Unknown said...

salam sis..brape lame ye valid untuk ujian hiv ni?

Baldi Pecah said...

6 bulan