Thursday, 20 March 2014

My Custom-made Shawls for Bridesmaids

Assalamualaikum...
Saja nak update cerita bulan lepas. My bff's wedding kat kampung pada cuti raya cina yang lepas. Aku dan kawan-kawan berpakat pakai baju sama dan shawls yang sama pada majlis bff kitorang tu. So aku dengan baik hatinya sponsor halfmoon shawls untuk kawan-kawan aku. hikhik...

Aku jahit shawls ni kejap jer. Awal bulan Jan tu Jakel buat jualan murah so aku apelagi amik lah peluang beli kain chiffon. Pepaham jelah harga Jakel camana kan.. mahal tapi mutu kualiti kain diorang bagus. Itu yang aku suka. So aku beli la 2 helai kain. Pink 2 tones dan pink belacan. Pink belacan tu untuk kawan aku yang jadi pengapit. Potong-potong kain lepas tu pergi jahit tepi. Then jahit lace, manik dan roses. Tiap-tiap malam lepas balik keje terus menjahit.

Tadaaaa... siap dalam masa seminggu.   

::3 helai halfmoon shawls::

::Us::
::With the bride & groom::
Selamat Pengantin Baru buat sahabatku Wanie & suami. Semoga kekal ke anak cucu. Lepas ni turn aku pulak. Hewhewhew.. Tak menyabo dah ni! gatai.


P/s: Aku juga kadang-kadang amik upah jahit shawls ni. Tapi sekarang ni tak amik lah kot sebab busy siapkan baju kahwin sendiri. Hihihi... If anyone interested email me lepas bulan Jun 2014 nanti. Masa tu dah free sikit kot. In sha Allah.


1 comment:

ziqa nuar said...

Kreatif! Suke nye tgk!