Friday, 30 December 2011

UiTM Seri Iskandar... after 4 years...

Bosannyer weii petang-petang camni kat opis. Staff ramai cuti so tersangat la sunyi opis ni. Keje pun dah tak banyak rasa macam nak balik tido jer... (T_T). Hmmmm.. sambung cerita bercuti je la yer daripada membuang masa merapu sorang-sorang kat workstation.

Korang punye universiti macamana tempatnye? Ada hutan tak? Ada hantu tak kat kolej penginapan? Hehehe... aku dulu masa sambung diploma kat UiTM Seri Iskandar kat Tronoh 7 tahun lepas keadaan macam kat pekan koboi. Kedai ada la satu dua jer. Nak makan Kepci ngan Mekdi (KFC & McD) pun kena pergi Ipoh yang jauhnya lebih kurang sejam dari Tronoh. Universiti lak dikelilingi hutan yang banyak babi tonyok. Hahaha.. Serius! aku dan kawan-kawan selalu terserempak dengan babi masa berjalan nak pergi ke kelas. Pernah satu hari tu kami berjalan la nak ke kelas sambil sembang-sembang kami terdengar bunyi bising kat tepi semak tu sekali pandang.. Makk aihhh satu family babi! Bapak Babi, Mak Babi dan anak-anak babi tengah berkeliaran kat tepi semak di tepi jalan yang kitorang lalu. Ape lagi, melompat la kitorang atas longkang besar ke kawasan atas rumput sebelah jalan tu. Nak dijadikan cerita kemuncup tengah segar bugar kat kawasan berumput tu. Sampai-sampai jer kat kelas masing-masing berpeluh-peluh sambil cabut kemuncup kat kain baju kurung masing-masing! Hahahahahahhahahaha! Kenangan sehhhh!!!! sampai sekarang aku ingat!

Ok sambung dari cerita bercuti dengan kawan-kawan aku kat Pangkor tu. Kami memang berhajat nak kunjung masuk tempat belajar kami dulu tu. Rindu giler! Selepas aku dan kawan-kawan bertolak dari Lumut, kami terus menuju ke Bandar Seri Iskandar. Tak jauh pun dari Lumut. Lebih kurang dalam 40 minit kot. Setelah 4 tahun meninggal Seri Iskandar... Perghhh memang terkejut habis. Dah maju la tempat ni! dah ada KFC, McD, Tesco. Fuhhh.. Kedai dan restoren pun dah banyak giler. Dah naik habis la tempat ni.

::Dulu takde pun bende nih::

::Kat belakang pintu gerbang tu kawasan perumahan::

::Tengokkk!! dah ada Tesco! Fuyoo::

Kitorang siap masuk dalam kawasan UiTM untuk mengimbau kenangan lama. Hihihi.. Pak Guard pun sporting je. Kawasan dalam UiTM pun dah lain. Memang kitorang excited giler masuk dalam.

::Excited giler!::
::Nampak jauh tak jalan ni? Dulu kitorang jalan kaki jer keluar masuk UiTM ni tau.::

::Pondok Guard. Dulu aku selalu kene tahan sebab baju tak melepasi paras bontot. Pak guard saja dengki la tu.. padahal baju aku ok jer labuh::
Kalau student-student yang bercinte plak diorang suke dating kat sini. Hahaha.. nama tempat ni Uptown.

::Uptown. dulu ada nasi lemak best kat sini. sedap giler rasa macam dadah sebab hari-hari nak makan nasik lemak tu. ::

::Ini downtown. Tempat bercinte gak tapi dulu hanya meja dan kerusi plastik bwh payung jer.::

::Opis HEA & HEP::
::Pusat Islam yang baru dibina::
::Dewan UiTM Perak::



Fakulti yang paling dirindui... Fakulti Perakaunan.


Ok tu sajalah percutian dengan kawan-kawan. Next time tak tahu lah pulak kemana. Kawan-kawan pulak masing-masing nak kahwin dah. Nanti bercuti bawak husband dan anak-anak pulak lah yer... Tapi yang pasti rindu dah terbalas! hahaha.. itula... Dulu zaman belajar tak suke sekarang dah kerja rindu balik.


2 comments:

Sofea said...

happy new year chieda

HaZiQ said...

ni taun 2011? ce try dtg skrg ni.. lagi macam2 ada..... ada mall(billion) yg ada wayang, ada beratus lagi shophouse yg naik. ada al ikhsan, burgerbyte, dominos, ayam penyet, kdai mamak yg berlambak lambak, nasi vanggey pun ada, ada foodcourt baru, sepanjang jalan kt sidec yg beratus shophouse tu ada lampu pokok mcm I city, pendek kata mcm2 lah... xyah kuar ke ipoh dah... in fact org lain yg dtg sni, dr bota, lambor, parit, batu gajah, seberang perak, ayer tawar etc....