Sunday, 25 December 2011

Laksa Utara Kak Limah..

Ohh haii.. I'm back...lega sikit la cuti 3 hari ni baru lah lapang sket. Tak tahu nak buat apa so duduk kat rumah je lah sorang-sorang. Petang tadi sambil layan hindustan aku sempat masak laksa seperiuk. Sedap ooo kuah die.. (puji diri sendiri.. hinsss hinsss..) sampai 3 mangkuk aku hentam. Dah la cerita hindustan tadi sedih bebenor sambil layan laksa pedas sambil air mata meleleh tengok kajol sakit nak mati. Aahahahahhaha...


Pape je lah...


So sekarang ni aku nak letak resepi laksa utara kak limah..
kenapa nama dia laksa utara kak limah? Sebab nama mak aku Kak Limah! ahahahhaa.. Aku belajar masak jugak dari mak aku kan... so hentam sajalah bubuh nama mak aku jadi la Laksa Utara Kak Limah. Hehe..


Laksa Utara Kak Limah
Bahan-bahannya
- 4 atau 5 ekor ikan sardin, 2 ekor ikan kembong (siyes aku campur jadi sedap!)
- 10 tangkai cili kering (sukati aku la nak letak berapa sbb aku ske pedas)
- 2 tangkai bunga kantan
- daun kesum sikit
- 5 biji bawang merah
- belacan
- 5 keping asam keping
- garam secukup rasa
- laksa kering beli kat kedai bawah umah.. :p


Cara-cara nak masak.
1. Aku rebus dulu cili kering tu lepas tu tapis and blend dengan bawang dan belacan. Aku letak jugak sikit cili padi bagi kaw sket. hahak!
2. Rebus ikan dan kemudian blend isi ikan. 
3. Tulang ikan jangan buang lagi boleh di blend dengan air rebusan ikan tadi.
4. Masukkan je semua bahan-bahan yang dah diblend dalam periuk. Lepas tu letak la garam secukup rasa, asam keping, bunga kantan dan daun kesum.
5. Sambil tunggu kuah masak boleh la rebus laksa kering tadi tu. Sebelum rebus jangan lupa rendam dalam masa sejam... rendam lama pun takpe nak bagi lembut.
6. lepas kuah dah masak biarkan sebentar bagi rata semua asam garam dia.. pehh sedapp!
7. sediakan la bawang besar, cili padi, limau nipis, timun, salad, daun seylon dan pape je lah yang korang suke! hahahah.. sedapnyeeee...


Aku nak gi makan laksa buat kali keempat! Yummmm


Gini le ropenye Laksa Kak Limah aku...




Tata...




1 comment:

Alkisah said...

ramai betui orang nages tgk hindustan cerita "we are family" semalam.. ermm