Pengalaman bercamping. Masa aku sekolah rendah pernah sekali camping kat sekolah. Ikut aktiviti kelab. Yang aku paling ingat kitorang kena memasak nasi dan lauk sendiri. Bayangkan la budak-budak sekolah rendah bukannya pandai masak sangat. Hehe.. aku masa tu baru darjah 4 so aku tengok aje la kakak-kakak dan abang-abang darjah 5 dan 6 masak. Last-last lepas makan petang tu aku muntah... Huhuhu... T_T Entah apa la yang diorang masak tu. Malam pulak tak boleh tidur ingat nak balik rumah jer rindu bantal busuk. Hihihi..
Masa sekolah menengah aku join Persatuan Silat Seni Gayung. Masa tu ada upacara mengambil bengkung kot (tali pinggang putih, hijau etc.) kitorang kene tidur dalam khemah kat area rumah tok guru silat. Kawasan gelanggang silat tu faham-faham aje la keras dan berpenunggu. Kami awal-awal lagi dah dinasihatkan jangan huha-huha dan seronok sangat. Sebelum tidur ada la sorang adik seperguruan ni bersembang bergelak ketawa happy sangat-sangat. Aku dan dua-tiga orang kawan tak ambil pusing sangat la. Kami terus jer dengan aktiviti masing-masing. Lepas tu masuk tidur ke khemah masing-masing. Dalam pukul 2, 3 pagi kami semua terjaga sebab dengar suara adik seperguruan kat khemah sebelah menjerit-jerit menangis macam tak sedar diri. Seram betul. Last-last lepas lepas dibaca-baca kan ayat-ayat dia pun dah ok kami semua tidur dalam rumah tok guru. Tak berani dah nak tidur kat khemah. Huuu.. seram wehhh...
Masa zaman universiti pulak, masa sambung diploma di UiTM Seri Iskandar aku join Kesatria. Pernah la camping dalam hutan dekat air terjun di area Manong, Kuala Kangsar. Syok wooo... sejuk jer. Tapi yang tak syok... aku period so x boleh mandi sungai. T_T
Aku dulu kira aktif la jugak dengan aktiviti-aktiviti camping, daki bukit dan macam-macam lagi. Tapi sekarang dah tak buat dah. Pemalas. Lagipun takde geng.
Okeh tu jer...
No comments:
Post a Comment