Haaa.. actually dah lama dah balik dari Pulau Perhentian ni... Nak update jer ambik masa. Hihihihi... Laptop yang rosak tak repair terus hmmm...
Pergi ke Perhentian ni sempena menyambut Anniversary kitorang yang kedua bulan Mei yang lepas. Dah lama aku teringin nak datang ke perhentian. Last datang ada la dalam tahun 2003 kot. Berbelas tahun dah wei! Anak buah aku yang sulung pun dah amik PT3 kot. Dulu time pergi dia kecik ja lagi. Hahaha...
Dalam bulan September 2015 aku dah start booking flight ticket sebab harga tengah murah. Naik Firefly dari Subang ke Kota Bharu, Kelantan. Why Kota Bharu? Sebab kalau turun kat Kota Bharu lebih dekat nak ke jetty Kuala Besut. Ambil masa dalam 45 minit ke sejam jer. Kalau turun di Kuala Terengganu amik masa lebih kurang 2 jam. Then dalam bulan Jan baru booking pakej perhentian. Aku Google jer blog-blog dan website-website travel & tours dan bila dah puas hati baru booking. Aku pilih Pakej Free & Easy 4 hari 3 malam di Shari-La Island Resort dari Sealife Travel & Tours. Senang jer berurusan dengan diorang ni via email jer. Memandangkan aku pergi pun time peak season so harga pun boleh la tahan untuk kami 3 beranak. Helena free jer.
::Breakfast di Subang Airport:: |
Hari Pertama,
Flight ke Kota Bharu tepat jam 8.30 pagi. Kami semua bersiap-siap terus keluar selepas subuh. Naik uber jer ke airport Subang. Hehehehe... Dalam 9.35 pagi dah sampai pun di Airport Pengkalan Chepa. Kat situ driver yang akan bawa kitorang ke jetty memang dah sedia tunggu. Pihak Travel & Tour yang uruskan. Sesampai jer di jetty Kuala Besut, kami terus ke ofis Sealife Travel & Tour untuk settlekan baki bayaran. Lepastu terus cari kedai makan untuk isi perut dahulu. Then terus ke jetty menunggu boat untuk ke Chalet kami di Perhentian Kecil. Sebelum naik boat, kene bayar dulu Caj Pemuliharaan, Jabatan Taman Laut Malaysia sorang RM5.
::Baru naik bot:: |
::Helena pun terlena sambil peluk abah:: |
::Di jetty Shari-la Resort:: |
Sekitar Shari-la Resort
::Chalet kami untuk 4 hari 3 malam:: |
::pemandangan di tepi cafe:: |
::cantik tak?:: |
Lepas dapat chalet terus kami salin baju mandi. Tak sabar dah nak terjun ke laut! Hehehehe
Airnya jernih wehhh!! pasir halus putih bagai di sorga.. ewahhhhh!!!
Masa mama abah sibuk dok bermandi manda tengok-tengok Helena terlelap dalam pelampung dia. Kihkihkih.. penat sangat agaknya!
::Oloh oloh:: |
Hari Kedua
Bangun pagi-pagi dan breakfast di cafe Shari-la. Ada macam-macam breakfast. Sedap juga! Helena pun excited bangun awal nak pergi snorkelling.
Tepat jam 10 kami dah terpacak di tepi pantai menunggu bot untuk aktiviti snorkelling.
::Kanak-kanak di kampung nelayan:: |
::Lunch di restoran ini:: |
::Shushu timeee:: |
Habis aktiviti snorkelling, kami kembali ke pantai berhampiran chalet masing-masing.
::Bot sealife yang membawa kami tadi:: |
::Lepak makan fries di gerai tepi pantai. Dia makan sos cili jer:: |
::Abah penat tunggu makanan sampai:: |
::Helena dan makanan berpisah tiada:: |
Hari ketiga kami banyak bersantai aja. Bangun pagi, breakfast dan terus turun mandi di pantai.
Mandi manda
::jernih kan air dia:: |
Menjelang tengahari kami naik teksi bot ke kampung nelayan. Pergh.. naik bot laju tak pakai life jacket wehh!
::Pasangan orang putih depan kami pun naik teksi bot gak. Siap kiss kiss owhh... dah berumur pun still lovey dovey. Cayalah!:: |
::Singgah makan di Kampung Nelayan:: |
Dari Kampung Nelayan kami naik teksi bot ke Long Beach pulak. Jenjalan la katakan... Long Beach ni happening pada waktu malam. Penuh dengan mat salleh berparty kat sini.
Dan kami balik dengan berjalan kaki jer merentasi pulau. Chalet kami berada di sebelah sana jer. Panjat bukit sikit dalam 10 minit dah sampai.
Hari Keempat
Dah tiba masa untuk pulang. Tak puas rasanya bercuti disini. Tunggu Helena besar kita repeat sekali lagi.
Tiba di jetty Kuala Besut kami disapa beberapa driver teksi. Setelah bersetuju dengan harga yang ditawarkan kami pun bertolak lah ke Kota Bharu. Memandangkan flight balik ke Subang jam 6.25 petang kami singgah di Pasar Siti Khadijah.
Sempat jugak driver teksi tu singgah di kedai menjual keropok keping dan keropok lekor di tepi jalan.
Makan keropok fresh fresh baru dibuat sedap! Sempat borong untuk bawak balik.
;;Helena tengah lena;; |
::Dia dah bangun:: |
Lepas tu singgah makan di Restoren Nasi Ulam Cikgu di dalam Kampung Kraftangan. Dekat jer dengan pasar Siti Khadijah. Sedap wehhhhh!
::model mama:: |
Selesai bershopping dan isi perut kami pun kembalilah ke tempat yang di janjikan bertemu dengan driver teksi tadi dan meneruskan perjalanan ker airport. Sekian saja percutian kali ini.
p/s: Rasa tak puas pulak datang Kelantan tak berjalan-jalan sangat. Apa tempat-tempat menarik yang ada di Kelantan yea? Rasa nak datang lagi!
-Chieda-
1 comment:
Best juga la pergi pulau perhentian n singgah ronda2 kat kelantan ni kan ☺
Post a Comment